Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Sunday, August 17, 2008

Menu for today Part 2

Mee Soto




Menu for today Part 2... Masak mee soto jer untuk hari ni.. since my both BIL datang n sleep over... i decided to make this.. simple and easy...

Here's the resepi although most of u know how to make them... but I guess different people have different methods of cooking them... This is my method...

Mee Soto Ida

Bahan Kisar ;

Bawang besar
bawang putih
halia
buah keras
bunga cengkih ( y i blend it?? coz i tak nak nanti termakan bunga cengkih ni...)
jintan manis - sanggar dulu
jintan kasar - sanggar dulu
ketumbar - sanggar dulu

Bahan2 ni diblend halus.

Bahan tumis ;

Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga

Bahan2 Lain ;

santan pekat - anggaran dalam 2 senduk
rempah kurma
lada sulah
serbuk kunyit
serai - titik

Tumis kan bahan tumis bersama serai hingga wangi dan masukkan bahan blend. Masak hingga garing dan masukkan rempah kurma, air, santan, ayam, serbuk kunyit. Masakkan hingga ayam nya empuk. Perasakan dengan garam dan gula.

Bergedil ;

kentang - rebus hingga empuk dan lenyek kan.
daun sup
daun bawang
bawang goreng
lada sulah
telur - kocok dulu bersama sikit garam

Satukan semua bahan kecuali telur. Kepal2 kan, celupkan ke galam telur dan goreng kan.

Sambal Kicap ;

cili padi
kicap manis
bawang putih
air limau kasturi

Blendkan semua bahan.

Bahan2 lain ;

mee kuning/mee hun - celur
lontong adabi
taugeh - celur
daun sup dan daun bawang - hiris halus

Wednesday, June 11, 2008

Mee Daging

Harini masak mee daging jer.. permintaan B... very simple and easy to cook also...





Here's the recipe :

Daging - lebih sedap tetel or rusuk kambing or lembu

daging ni harus direbus dahulu dengan kulit kayu manis.. rebus sampai daging empuk... jgn buang air daging kerana ia diperlukan waktu masak mee nya

Bawang besar - potong dadu
bawang putih - cincang halus
cili mesin
tomato sos
kicap pekat
kicap masin
garam - optional (kalau suka masin tambah sikit jer garam, ida tak gunakan sebab kicap nya dah masin)
taugeh
sawi - potong kasar
mee kuning / mee hun

Caranya :

tumis kan bawang dan bawang putih hingga wangi dam masukkan 1 atau 2 sdb cili mesin, gaul hingga ia garing dan wangi. Masukkan tomato sos, gaul rata dan masukkan air rebusan daging dan daging nya sekali. Masukkan kicap pekat, kicap masin dan garam jika perlu. Apabila ia sudah mendidih, masukkan sawi dan taugeh dan juga mee.

Hidangkan panas2

Friday, May 16, 2008

Mee Goreng Phat Phet

MEE GORENG PHAT PHET

Bahan
2 bungkus mee kuning. Dibersihkan dan toskan
daging, dihiris nipis
ayam, dipotong kecil
udang*, optional
sotong*, optional
6 helai daun limau purut
2 biji telur
2 sudu serbuk perencah ikan bilis
1 batang karet, dipotong kecil2
bunga kobis
2 pokok sawi
kobis
tau miu
sos cili
sos tomato
sos tiram masam manis
kicap
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit gula

Bahan kisar
1 1/2 in halia
1 1/2 in lengkuas
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1 biji tomato masak
4 batang serai, dihiris halus
sejemput lada hitam
10 biji cili api
3 biji cili merah
10 batang cili kering

Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar,serbuk perencah ikan bilis, daun limau purut hingga garing ( tanda garing tu ialah bila seisi rumah dah terbersin2 )
2. Masukkan garam, gula dan masukkan ayam, daging, sotong ,udang dan dikacau sebati.
3. Masukkan pula kicap, sos tomato,sos cili, sos tiram dan dikacau rata. Jika pes terlalu kering masukkan sedikit air agar daging dan ayam senang empuk.
4. Masukkan sayur, dan akhir sekali masukkan mee kuning. Goreng sebati.
5. Ketepikan sedikit mee di dalam kuali, pecahkan dua biji telur di tepi kuali dan masukkan sedikit minyak untuk telur masak. Kacau2 telur tersebut, bila dah hancur dan sedikit kering, gaul rata bersama mee tadi. Angkat.

Friday, April 11, 2008

Misua Goreng Chiengmai

Misua Goreng Chiengmai
(Kaisiml Na Kung)

Bahan-bahan
150gm misua
3 ulas bawang putih dicincang halus
100gm udang basah
100gm isi ayam dihiris nipis
50gm rebong
50gm cendawan butang
3 tangkai daun bawang
2 camca besar kicap cair
1 camca besar sos tiram
¼ camca kecil serbuk lada putih
1 cawan air rebusan tulang ayam
1 camca besar tepung jagung dilarut sedikit
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Mee Sua direndam sebentar didalam air sejuk .
Ditoskan dan digoreng didalam minyak panas sebentar .
Letakan didalam pinggan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama cendawan dan
rebung.
3. Masukan sos tiram, lada putih, kicap cai dan juga air rebusan ayam
tadi.

Setelah mendidih, masukan isi ayam dan udang .
Tuangkan air tepung jagung tadi lalu dituangkan keatas misua tadi.
Sajikan segera.

Mi Wantan

Mi Wantan

Bahan-Bahan:

300 gm mi wantan
150 gm dada ayam
2 tangkai sawi
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
2 sudu kecil kicap cair
2 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu kecil sos tiram
½ sudu kecil minyak bijan
½ sudu kecil serbuk lada sulah
Sedikit minyak masak

Cara:

Mi wantan direbus dengan air panas hingga lembut. Angkat & toskan. Dada
ayam
direbus & disiat-siatkan halus. Sawi dicelur dengan air panas & sedikit
minyak masak. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah
&
bawang putih hingga garing. Masukkan stok ayam, kicap cair, kicap
pekat,
sos
tiram, minyak bijan & serbuk lada sulah.
Masak hingga mendidih. Angkat & hidangkan.

Cadangan Hidangan:

Bubuh mi wantan, sawi & daging ayam di dalam mangkuk. Kemudian tuangkan
kuah
panas ke atasnya.

sebenarnya saya sendiri pun tak pernah mencubanya lagi....tapi saya
simpan
resepinya....manalah taukan teragak lak nak makan...

cubalah dulu kalau sedap bagi tau boleh laa saya dan yang lain
mencubanya....

Mee Goreng Kicap Ida


Hari breakfast hubby cuma buat kan mee goreng kicap jer... yang simple sebab belum larat nak masak yang berat2.. badan ni masih lagi lemah... tapi tak mau pula nak manjakan diri ni... nanti makin sakit... anyway this is the recipe... tak da sukatan ... main campak2 jer... pandai2 korang lah


Sorry gambar tak berapa clear sebab ambil gambar pakai hp


Mee Goreng Kicap


Mee kuning - digaul dengan kicap pekat di dalam bekas ( nak senang sebab takut kicap nya tak rata dengan mee kalau tuang jer dalam kuali)


Bahan Kisar


Bawang besar

bawang putih

lada kering


bawang besar - potong dadu


sawi

taugeh

tomato bulat - potong 4

telur

fishcake


kalau nak sedap lagi tambah lah udang dan sotong


Caranya


tumis bawang besar yang di dadu hingga layu kemudian masukkan bahan kisar dan gaul hingga garing. Masukkan tomato sos gaul rata. Masukkan fishcake dan seafood jika ada. perasakna dengan garam. Masukkan sayur sawi dan gaul seketika. masukkan mee gaul rata lagi. masukkan taugeh dan tomato dan gaul rata. hidang panas2

Tuesday, April 8, 2008

MEE FISHBALL SOUP

MEE FISHBALL SOUP

Bahan
1 rangka ayam {potong kecil]
500 gm mee kuning atau bihun [celurkan]
1 pokok daun sup [hiriskan]
1 batang carrot [potong kecil]
3 pokok sawi minyak/baby sawi/kailan [potong pendek]
3 biji cili merah [hiriskan]
bawang goreng
garam
air secukupnya
2 s/b minyak
2 biji fishcake panjang [potong kecil]
15 biji fishball bulat
10 biji fishcake bulat [potong 2]
1 kiub ayam [maggi atau knor]

Bahan tumbuk/mesin
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/b lada hitam

Sos Kicap Pedas
15 biji ciliapi ] tumbuk halus
1 ulas bawang putih ]
2 s/b kicap cair

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk/mesin sehingga wangi.
2. Masukkan air dan biarkan mendideh.
3. Masukkan garam, tulang ayam dan renehkan sehingga mendideh.
4. Apabila mendideh asingkan tulang2 ayam tadi dan masukkan fisball dan fishcake yg telah dipotong.
5. Masukkan kiub ayam dan carrot dan bairkan mendideh perlahan2.
6. Masukkan sawi/kailan.
7. Bila mendideh tuangkan bahan sup keatas mee atau bihun.
8. Taburkan daun sup dan cili yg telah dihiriskan dan bawang goreng.
9. Hidangkan panas2 bersama sos kicap pedas.

Kway Teow Goreng Thai

Kway Teow Goreng Thai

Bahan-bahannya

Untuk perap

8 oz daging, dipotong nipis panjang
3-5 ulas bawang putih, dicincang
1 biji telur, dipukul
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos ikan
3 sudu besar kicap manis (sweet dark soy sauce_
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar halia, dihiris
1 sudu besar daun bawang, dipotong
1 sudu besar bawang, dihiris
1 sudu besar cili padi Thailand, dipotong halus

Cara-caranya

Campurkan semua bahan di atas dan perap daging untuk satu jam.


Bahan-bahan

Daging yang telah diperap
8 oz mee kuay teow, dicelur sekejap
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (sweet dark soy sauce)
½ cawan kacang goreng,

Cara-caranya

Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Goreng daging yang telah diperap tadi sampai masak. Masukkan kuay teow, sos ikan, gula, sos tiram, dan kicap manis. Kacau hingga rata. Sewaktu menghidang taburkan kacang goreng.


Nota: Boleh juga gunakan udang, sotong atau daging ayam ikut citarasa sendiri. Kalau inginkan sayuran, boleh juga ditambahkan dengan sayur sawi.

CHICKEN NOODLES

CHICKEN NOODLES

Bahan-bahannya
1 ekor ayam
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh kicap cair

1 gumpal mee wantan
1 sudu besar sos abalone
1 sudu teh kicap cair
1/4 cawan air rebusan ayam
secubit serbuk lada putih
secubit garam secukup rasa
gula secukup rasa

sayur pak choy secukupnya, yang telah dicelur

Cara untuk Ayam
Ayam dibersihkan. Panaskan air secukupnya untuk tenggelamkan ayam tersebut didalam periuk. Rebus ayam tersebut sehingga masak. Angkat ayam dan celup dalam besen berisi air sejuk. Cara ini supaya kulit ayam cantik. Angkat ayam dan gantung toskan dan sehingga betul2 kering. Campurkan minyak bijan dan kicap cair dan sapu diseluruh kulit ayam tersebut, perap selama 10 minit. Kemudian boleh goreng dimana minyak panas dituang diatas keseluruh badan ayam selama 10 minit, sehingga kulit ayam nampak garing dan isinya lembut dibahagian dalam.

Cara untuk Mee
Dalam periuk didihkan air, celur mee wantan. Kemudian angkat dan toskan. Celur pula dalam air sejuk. Angkat dan toskan. Campurkan sos abalone, kicapcair, air rebusan ayam, serbuk lada putih, garam dan gula. Masukkan mee wantan dan gaul rata. Angkat dan hidangkan didalam pinggan bersama daging ayam yang telah dipotong dan sayur pak choy.

Friday, April 4, 2008

Mee Bandung Chef Wan

Mee Bandung Chef Wan

Sumber : Chef Wan Ismail

Bahan-bahan
Minyak untuk menumis
2 sudu cili kisar
200 gm daging, dihiris nipis
300 gm udang basah
200 gm sotong
4 sudu besar sos tomato
3 cawan air rebusan tulang lembu
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris nipis
100 gm sawi hijau
50 gm kobis
Garam dan gula secukupnya
300 gm mee kuning, dicelur
Cili merah, dihiris untuk hiasan
Bawang goreng, untuk ditabur
Hirisan daun salad
Tauhu
Limau kasturi
1 cawan kacang pis
3 biji telur rebus

Bahan-bahan ditumbuk halus
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara membuatnya
1. Panaskan munyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan ditumbuk halus hingga wangi dan kuning.
2. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar hingga naik baunya.
3. Masukkan daging, udang, sotong dan sos tomato. Masak sebentar sebelum dimasukkan air rebusan tulang lembu dan sayur-sayuran.
4. Masukkan garam dan gula. Masak kuah hingga pekat baru dimasukkan mee kuning.
5. Hidangkan mee bandung bersama cili merah, bawang goreng, hirisan daun salad, tauhu, limau kasturi, kacang pis dan telur rebus

Laksa Seafood Goreng

Laksa Seafood Goreng

Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
500 gram mee laksa, cuci bersih dan toskan
2 biji telur, goreng dan pecah-pecahkan, ketepikan
1 sudu makan lada kisar (jika ingin lebih pedas)
3 biji bawang putih, dicincang
100 g tauge
200 g udang hidup, kupas kulit, goreng dan ketepikan, simpan minyaknya
1-2 ekor sotong, disiang bersih dan dihiris
1 sudu makan OYSTER SAUCE
1 sudu makan ABALONE SAUCE
1 sudu makan LIGHT SOY SAUCE
1 sudu teh minyak bijan atau SESAME OIL

BAHAN DIHIRIS
2 biji bawang besar
3 biji lada merah
200 g kobis panjang
25 g karot
25 g daun bawang

Cara Cara
Panaskan sedikit minyak didalam kuali.. Tumis lada kisar sehingga garing. Masukkan bawang putih cincang, tumis sebentar, masukkan sotong, hirisan bawang besar dan lada merah. Balik-balikkan kemudian masukkan hirisan sayur dan gaul sampai rata. Masukkan OYSTER SAUCE, LIGHT SOY SAUCE, ABALONE SAUCE, PURE SESAME OIL dan lada putih. Kacau sebentar. Barulah dimasukkan mee laksa dan udang. Seandainya meenya kelihatan kering, tuang sedikit bekas minyak menggoreng udang, dan gaul lagi supaya meenya basah sedikit. Akhir sekali masukkan tauge. Segera matikan api. Kacau sehingga semuanya rata. Semasa menghidang taburkan bawang goreng. Enak disajikan dengan lada jeruk

Wednesday, April 2, 2008

Laksa Sarawak

Laksa Sarawak

Bahan-bahan :
2 litre air
1 kilo dada ayam (di buang kulit)
600g udang sederhana
3 camB minyak
100g kacang tanah bakar/goreng tanpa minyak (dikisar)
1 kiub stok ayam
garam secukupnya
500 ml santan pekat (dari 1 1/2 biji kelapa)
1 paket mihun (direndam & dicelur)
1 keping telur dadar dari 3 biji telur (dihiris nipis)
200g taugeh (dicelur sebentar)
4 tangkai daun sup
Bawang goreng
6 biji limau kasturi (dibelah dua)

Bahan Kisar
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
6 biji buah keras
70g bijan
25 tangkai cili kering (direndam)
3 cm lengkuas
4 batang serai
30g belacan
2 camt biji ketumbar

Cara menyediakan:

1. Jerang air dalam periuk besar hingga menggelegak. Masukkan ayam dan rebus
15 minit atau hingga masak. Angkat ayam dan siat isinya, ketepikan
2. Rebus udang dalam air rebusan ayam sampai masak. Angkat dan kupas kulit
udang. Ketepikan udang dan simpan stok tadi
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
4. Masukkan ke dalam stok ayam/udang, bubuh kacang tanah. biar sampai
menggelegak.
5. Perlahankan api, renehkan untuk kira-kira 1 jam. Kemudian tapiskan stok
ke dalam periuk lain.
6. Campurkan kiub stok ayam serta garam secukup rasa.
7. Tuangkan pula santan pekat ke dalamnya dan masak lagi. Apabila
menggelegak, angkat dari api.
8. Untuk menghidang laksa, isikan mihun ke dalam mangkuk. Letak isi ayam,
sedikit udang, taugeh dan telur dadar.
9. Tuangkan kuah panas ke atas laksa. Sajikan panas-panas dengan daun sup,
bawang goreng dan perahan jus limau kasturi.

Kway Teow Goreng Thai

Kway Teow Goreng Thai

Bahan-bahannya

Untuk perap

8 oz daging, dipotong nipis panjang
3-5 ulas bawang putih, dicincang
1 biji telur, dipukul
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos ikan
3 sudu besar kicap manis (sweet dark soy sauce_
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar halia, dihiris
1 sudu besar daun bawang, dipotong
1 sudu besar bawang, dihiris
1 sudu besar cili padi Thailand, dipotong halus

Cara-caranya

Campurkan semua bahan di atas dan perap daging untuk satu jam.


Bahan-bahan

Daging yang telah diperap
8 oz mee kuay teow, dicelur sekejap
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (sweet dark soy sauce)
½ cawan kacang goreng,

Cara-caranya

Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Goreng daging yang telah diperap tadi sampai masak. Masukkan kuay teow, sos ikan, gula, sos tiram, dan kicap manis. Kacau hingga rata. Sewaktu menghidang taburkan kacang goreng.


Nota: Boleh juga gunakan udang, sotong atau daging ayam ikut citarasa sendiri. Kalau inginkan sayuran, boleh juga ditambahkan dengan sayur sawi.

Laksa Kampong Siglap

Laksa Kampung Siglap

Sumber: Nurhuda Yusuf

Bahan untuk Kuah
1 ekor ikan parang
1/2 biji kelapa parut putih, dijadikan kerisik
1 1/2 biji kelapa (dapatkan 2 liter santan pekat dan 1 liter santan cair)
8 sudu makan rempah kari ikan
150 gram asam jawa campur dengan 1 atau 2 cawan air (tapis dapatkan air asam yang pekat)
1 paket tulang ikan kurau kering (direndam sebentar dan toskan)
1/2 cawan minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa jika perlu

(bahan dibawah dikisar)
6 batang serai
1 jari lengkuas
10 ulas bawang putih
4 biji bawang besar

Bahan-bahan untuk sambal
40 batang lada kering, direndam dengan air panas sehingga kembang, tos dan kisar tanpa air dengan sedikit garam

Bahan-bahan untuk tabur
seikat daun kesum atau daun selasih, cuci bersih dan hiris halus
300 gram tauge, bersihkan
3 biji timun, kupas kulit buang hatinya dan hiris halus
1 atau 2 kilo mee laksa, celur dan toskan

Cara untuk membuat kuahnya
Ikan dibuang kulit, potong empat dan bersihkan. Kemudian dikukus, setelah sejuk, buang tulang dan ambil isinya Kisar dan ketepikan. Gaul rempat kari ikan dengan bahan-bahan kisar, tumis hingga garing dan naik aromanya. Masukkan kerisik dan ikan kisar, kacau rata. Masukkan santan pekat dan cair. Biarkan ia mendidih, masukkan air asam, kemudian masukkan tulang ikan kurau, dan masak sehingga kuahnya naik minyak.

Jika kuahnya terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Jika mahukan kuahnya lebih pekat, masak sehingga kepekatan yang diperlukan. Setelah tulang ikan kurau benar-benar kembang, rasa kuahnya, jika masih kekurangan garam, boleh ditambah sedikit lagi.

Cara menghidang
Mee laksa yang telah dicelur diletakkan dalam mangkuk. Atur diatasnya taugeh yang sudah dicelur, hirisan timun dan hirisan daun kesum atau daun selasih. Tuangkan kuah diatasnya dan letakkan sedikit sambal. Enak dihidangkan panas-panas.

Mee Bandung Kak Zar

*sukatan agak2 mengikut citarasa dan saiz keluarga*
1 kilo mee kuning

1/2 biji bawang besar@10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1/2 cawan udang kering

segenggam kecil cili kering mengikut kesukaan kepedasan(rendam air panas @direbus dulu sebelum dikisar dgn sedikit air dan minyak)

1/2 kilo daging serta air rebusan daging(rebus agak lembut)

1 paket keledek dibuang kulit (5 ketul) -direbus dan dilenyek hancur guna senduk dgn sedikit air rebusan tadi ( jgn diblender kerana agak halus…lebih sedap biarkan agak berketul2)

1 paket udang mentah saiz sederhana

1 paket Chikuwa (sosej ikan utk dijepun)@boleh fishball@fish cake

6 biji telur

sayur sawi @kubis cina
5 biji tomato saiz sedang-dibelah 8

sepaket tauhu goreng dipootng 2 dan dihiris panjang

sedikit bawang goreng

seketul belacan saiz ibu jari

daun sup dan daun bawang jika suka

juga kacang tanah goreng yg tumbuk halus jika suka



Caranya:

Blend asing cili kering kemudian kisar udang kering, bawang putih & bawang merah dgn sedikit air.

Pijarkan minyak dalam kuali dan goreng belacan dulu.

Tumiskan bahan yang dikisar sehingga agak garing dan wangi.Baru masukkan cili kering dan biarkan sehingga tumisan agak garing.

Masukkan udang, daging rebus serta air rebusan dan keledek hancur.Biarkan lama sedikit sehingga nampak agak pekat.

Masukkan tauhu,telur, sayur dan rasakan garam.Tutup api baru masukkan tomato.

Cadangan Hidangan:

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)

Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)

Taburkan bawang goreng,daun sup & daun bawang,kacang tumbuk jika suka

Spagetti Goreng Daging Kisar

ini resepi yang ida dapat dari PODCAST.sg.... resepi mami asmah laili pesta perut. sesuai untuk bekalan atau ke picnic


Bahan2

1 paket spagetti
3 helai daun bay
minyak zaitun

caranya :

rebus spagetti, tabur sikit garam dan rebus hingga ia lembut. Setelah itu tapiskan hingga spagetti nya keringdan tuang sikit minyak zaitun agar ia tidak melekat.

Bahan2 lain

300 gm daging cincang

12 biji lada merah - kisar
8 biji bawang putih - kisar

1 biji bawang besar - dadu
2 btg lada merah - hiris
2 btg lada hijau - hiris

1 tin (100gm) tomoto puree
1/2 cwn sos tomato
1 sdt teh lada hitam - ditumbuk
6 biji tomato - potong dadu
1/2 biji kobis - hiris
3 btg celery - potong dadu
1 cwn sayur campur
1 sdt herba kering - spagetti bolognaise
1/2 sdt italian herbs
garam, gula

minyak untuk menumis


caranya

tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan bawang yang didadu. Masukkan daging cincang,garam sikit, tomato puree, lada hijau, lada merah dan masak hingga daging empuk. Setelah itu masukkan bahan herba kering, gula bahan2 yang lain dan gaul hingga sebati... kemudian rasa kuah nya dahulu jika kurang garam nya boleh lah ditambah... kemudian masukkan spagetti dan gaul hingga rata...

hiaskanlah dengan telur dadar yang dihiris, hirisan lada merah dan lada hijau serta bawang goreng

Tuesday, April 1, 2008

Maggi goreng

Kalau dah malas nak masak Maggi juga yang laku....


My version of Maggi Goreng


Bahan-bahan:
Utk dikisar
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering

Daging ~ anggaran dlm 100gram, potong kecil
1 biji telur ayam
3 keping mee maggi ~ Rebus dulu then, buangkan airnya menggunakan penapis
1 sudu sos tomato
2 sudu sos cili ~ sbb Sab kan suka makan pedas, tak letak pun takper
2 sudu kicap manis
4 pokok sayur sawi ~ dipotong ikut kesesuaian ler yer....
2 keping tauhu ~ dipotong mengikut kesesuaian
Garam secukup rasa
Minyak masak

Utk hiasan
Bawang goreng
1 biji cili merah ~ dihiris nipis

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dikisar sehingga naik baunya.
2. Masukkan pula daging yg telah dipotong kecil dan tambahkan sedikit air utk mempercepatkan proses pelembutan daging.
~selalunya Sab rebus dulu daging tuh.. senang sikit..
3. Apabila daging telah lembut, masukkan pula garam,sos cili,soso tomato dan kicap manis.
4. Setelah sebati semua bahan tersebut, masukkan pula mee maggi yg telah di tos kan airnya tadi.
5. Masukkan sayur sawi dan tauhu yg telah dipotong dan kemudian pecahkan telur lalu dikacau sebati semua bahan tersebut.
6. Hiaskan dgn bawang goreng dan cili yg telah dhiris nipis.

Pelbagai Jenis Laksa Johor...


Laksa Johor
Puan Puti Maizura


Sukatannya boleh adjust ikut rasa)
Untuk kuah
1. seekor ikan tenggiri/parang sederhana besar - rebus, separate the flesh from the bones, blend separately
2. dua ekor ikan kembung - as above
3. segenggam udang hidup - rebus dan blend
4. segenggam udang kering - rebus dan blend
5. ikan kurau kering (sebesar tapak tangan)- rebus dan blend
Note: bahan 1 dan 2 boleh buat sekali, bahan 3,4,5 boleh buat sekali Air rebusan jangan dibuang. Guna air yang cukup cukup shj.
6. 20 ulas bawang merah (shallots)- blend
7. 10 ulas bawang putih - blend
8. dua peket kecil perencah kari ikan Adabi - mix with a little water to form paste
9. asam jawa - segenggam - bancuh dengan air rebusan ikan(boleh adjust ikut taste)
10. 10 cili kering (rebus dan blend) or boleh guna dua sudu cili boh (kalau
tak suka pedas, jangan guna langsung)
11. santan (from sebiji kelapa) boleh guna santan segera
12. kerisik (tiga/empat sudu makan/dari 1 biji kelapa)
13. gula, garam
14. minyak untuk tumis
15. 2 serai, dititik (atau boleh blend dengan bawang)

Method (throughout the process, api sederhana and keep stirring)
1. Perapkan ikan & udang yang telah dihaluskan dengan santan selama 2 jam.
2. Masukkan cili boh (if using)and paste kari, goreng sampai terbit minyak, masukkan kerisik dan gaul rata.
3. Masukkan isi ikan, udang, ikan kering and udang kering dan santan.
4. Masukkan air asam jawa (bancuh dengan air
rebusan)
5. Bila agak mendidih, adjust airnya
6. Biar mendidih
7. Adjust the gula and garam
8. Biarkan mendidih and boleh rasa, kalau kurang masam boleh masukkan 1 atau 2 keping asam gelugor.

Untuk hidangan
1. Satu peket spaghetti, rebus al dente* - laksa Johor ni kalau guna laksa beras tak sedap
2. Sebiji timun - hiris halus (macam batang mancis pun boleh)
3. Taugeh - basuh, buang kepala hitamnya
4. Daun selasih - basuh dan mayang
5. Bawang besar - basuh dan mayang halus
6. Daun kesum (optional) - basuh dan mayang
7. Jeruk lobak (optional) - basuh dan hiris nipis
8. Limau kasturi - belah dua (for one serving)
9. Sambal - (10/15 cili kering rebus/cili merah dan 10 biji bawang merah di blend halus, belacan anggaran 1 inci diameter + gula + garam secukup rasa)

Method
Masukkan spaghetti dalam pinggan, masukkan timun and ulam ulam lain, pour sesenduk kuah, bubuh sambal belacan dan perahkan limau, (orang yang nak makan tu gaul rata rata) Makan dengan tangan lagi best.


(* to get the al dente texture, Didihkan air, masukkan spaghetti dengan sesudu olive oil/cooking oil and garam selama 10-15 minit(ikut instruction kat packaging), toskan dan bilas dengan air sejuk. This is to avoid the pasta from continuing cooking in its own heat. kalau tak bilas, nanti jadi kembang dan berkanji)


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------


LAKSA JOHOR (utk 10 - 15 orang makan)
Halimah Anang


Bahan A
500 gm ikan tenggiri (rebus atau panggang dan diblender)
200 gm udang hidup (rebus dan diblender)

Bahan B - diblender semua sekali
8 biji bawang kecil merah
4 biji bawang putih
1 in halia
3 batang serai
1 in lengkuas
10 - 15 biji cili kering
3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
11/2 sudu besar jintan putih
(rempah kalau hendak senang gunakan sahaja rempah kari ikan)

Bahan C
2 tbsp kerisik
700 gm - 1000 gm santan
Spegetti 1 bungkus

Bahan D - Ulam-ulam
Timun - potong jgn ambil pulurnya
Daun Kesum - hiris
Kacang Panjang - hiris
Daun Salam - hiris
Bunga Kantan - hiris bagi wangi
Taugeh buang ekor
Limau Kasturi belah 2
Lobak masin hiris halus

Bahan E - sambal belacan biasalah membuatnya

Tumis bahan-bahan rempah hingga wangi, masukkan ikan & udang yang telah
diblender tadi, masak hingga mendidih, kemudian masukkan santan tambah sedikit air ikut kecairan yang dikehendaki. Ketika ini masukkan kerisik, garam, asam keping ikut suka atau nak masuk aji masokkan lah, masak lama dengan api perlahan biar rempah-rempah mesra. Jerang air didalam periuk dan masukkan minyak dlm 4tbsp serta garam untuk merebus spegetti. Rebus spegetti hingga kembang, tapis dan basuh spegetti di air yang mengalir. Gulung spegetti, jika melekat pd tangan, selalu basahkan tangan ketika menggulung. Cara nak makan? biasalah ambil spegetti yang telah digulung tadi, taburkan ulam-ulam, tuangkan kuahnya dan akhir sekali sambal belacan. Sambal belacan ini yang akan menyedapkan selain kuah laksa itu sendiri.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -----
LAKSA JOHOR Animah's special
Penyulawa


bahan utama
1 atau 2 pek speghetti - rebus spt arahan di pek

rebus dan kisar (jgn buang air rebusan)
1 kg ikan kembung putih (ikan parang sweeter la walau banyak tulang but
expensive)
250 gm udang putih yang kecil2 tu... (yg ni option jer tp kalau bubuh lg
sedap)
100 gm ikan bilis basah (option jugak, jarang bubuh sebab susah dapat
boleh abaikan)

bahan kisar
15 butir bawang merah (lebih pun sodap)
10 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit (pakai serbuk pun boleh)
8 batang serai - dihiris
1 inci lengkuas
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih (halus)
sedikit udang kering
belacan
1 senduk cili kisar
minyak untuk menumis

bahan lain
2 sudu besar kerisik
250 gm santan pati (beli terus kat pasar RM1)
asam keping
garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa (tak suka boleh diganti ngan sedikit gula)

untuk ulam/hiasan
daun selasih/daun kesum - hiris nipis
bunga kantan - hiris nipis
kacang panjang - potong kecil
taugeh
timun - buang empulur dan hiris nipis
asam limau
bawang besar - belah dua dan dimayang
lobak masin - dicincang
sambal belacan (kisar cili merah + belacan)

Cara membuat kuah
1. Panaskan minyak di dalam periok. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau
harumnya. (Sapa duduk kondo, apart atau rumah flat, jaga2 nanti ada yang
tunggu depan pintu sambil menatang pinggan...)
2. Masukkan santan dan ikan yang telah dikisar bersama airnya. Tambah
air
kalau terlalu pekat. Masukkan sekali asam keping. Biar hingga mendidih.
Sesekali kacau supaya tak berkerak di dasar periuk.
3. Bila dah menggelegak, masukkan kerisik, garam dan serbuk perasa /
gula.
Kalau kurang rasa masam boleh tambah asam keping lagi. Kecilkan api
sedikit tapi tidak terlalu kecil. Biarkan mendidih selama 1/2 jam lagi
supaya bahan kuah jadi mesra dan pekat.
4. Siap untuk dihidang.

Kaedah menghidang
1. Masukkan speghetti ke dalam pinggan. Sendukkan sedikit kuah.
2. Taburkan bahan ulam/hiasan tadi.
3. Bubuhkan sambal belacan dan perahkan asam limau.
4. Dengan menggunnakan tangan, gaulkan laksa dan ambil sedikit masukkan
ke dalam mulut anda. Buat sehingga habis licin. Jangan lupa menjilat
jari...
5. Eerrrgggkk.. . dah kenyang...

MEE TOMATO GORENG BASAH

SUMBER ASMAH LAILI

MEE TOMATO GORENG BASAH

Bahan-Bahan

In Malay
½ kg daging lembut, dipotong nipis 2 cm
3 cawan air untuk merebus daging
½ kg sotong, dibersihkan dan dipotong 3 cm
½ kg udang hidup, buang kulit tinggalkan ekornya

12 biji lada merah } dikisar
8 ulas bawang putih } halus

1 kg mi kuning, dilalukan sebentar dibawah air dan toskan
½ kg sawi, dipotong 4 cm
2 pokok daun sup, dipotong 3 cm
500 g tauge
4 biji tomato, dihiris
1 tin tomato puri 220 g
5 sudu makan minyak
Garam dan sedikit gula

BAHAN HIASAN
2 biji telur didadar dan dihiris
4 biji tomato, dihiris
2 batang daun sup, potong 3 cm
Bawang goreng
4 biji lada merah, dihiris


In English

½ kg meat, sliced 2 cm thick
3 cups of water to boil the meat
½ kg squids, cleaned and sliced approx 3cm thick
½ kg fresh prawns, de-shell
12 red chillies, grinded
8 cloves garlic, grinded
1 kg yellow noodles, washed and drained
½ kg sawi (tingen vegetables), cut 4 cm long
2 stalk spring onions, cut 3 cm long
500 g tauge
4 whole tomatoes, chopped
1 tin pureed tomato, 220 g
5 tablespoon oil
salt and sugar

INGREDIENTS – GARNISHES
2 eggs, shredded omellete
4 whole tomatoes, cut into 6
2 stalk spring onion, cut 3 cm long
Fried shallots
4 red chillies, chopped

Cara Cara

In Malay

Rebus daging dengan sedikit garam dan 3 cawan air sehingga empuk. Tapis dan ketepikan 2 cawan air rebusan. Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga garing sedikit. Masukkan
tomato puri, daging rebus, 2 cawan air rebusan, garam dan gula.Setelah mendidih masukkan sotong dan udang. Gaul sampai rata.

Masukkan mi dan hirisan tomato. Balik-balikkan sampai rata. Masukkan sawi dan daun sup. Akhir sekali, masukkan taugeh dan segera matikan api


In English

Boil meat with a little salt and 3 cups of water. Drain meat and set aside 2 cups of meat stock. Heat oil in pan. Saute grinded ingredients. Add pureed tomato, boiled meat, 2 cups meat stock, salt and sugar, bring to boil. Add squids and prawns. Mix well.
Add noodles and sliced tomatoes. Mix evenly. Add sawi and tauge. Turn heat off

MEE SOTO

MEE SOTO

Bahan-bahannya
2 kg mee kuning (bee hoon pun boleh) - dicelur
500 gm taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
3-4 liter air
100 ml santan pekat
3 sudu makan ketumbar }
3 sudu makan jintan kasar }
2 sudu makan jintan halus } --- disangai & dikisar halus
1 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
2.5 cm lengkuas , dititik
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
8 biji bunga cengkih
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris

Bahan-Bahan Ditumbuk/Kisar
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu makan kunyit serbuk

Bahan2 Sampingan/Taburan
secukup daun sup & daun bawang
bawang goreng
bagedil
sambal kicap cili padi
isi ayam (disiat-siat)

Sambal Kicap Cili Padi
25 biji cili padi merah
4 ulas bawang putih
125 ml (abt 1/2 cawan) kicap lemak manis
1/2 sudu teh gula (optional)
jus dari perahan 2 biji limau kasturi
(Kisar semua bahan2 dan perahkan jus limau)

Peraturan Membuat Kuah Soto:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga), serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata. Masukkan ayam, air, santan, gula dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.