Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Thursday, February 26, 2009

Sambal Lonte ku

Sambal Lonte Ku

Bawang kecil
Lada merah
cili padi
sikit lada hijau
belacan

Bahan2 ni goreng dulu sampai layu sikit n then tumbuk kasar...

Wednesday, May 28, 2008

Masak Tumis tahu, telur dan tempe ala ibu mertuaku


Masak Tumis Tahu, Telur dan Tempe ala Bawean..


This resepi is from my mother in law... orang boyan dan resepi ini lain dari yang lain


Bahannya

bawang besar, bawang putih,belacan,lada kering,ketumbar,jintan halus.

Bahan ini harus dikisar.

air asam jawa, garam dan gula

Tumis seperti biasa dan perasakan.. masakan ini kuah nya cair

Wednesday, April 9, 2008

Sambal Gesek

Sambal Gesek

Bahan-bahannya:
Segenggam ikan bilis
10 biji cili padi
sebiji limau nipis

cara-cara membuatnya:
Mula-mula ikan bilis dicuci terlebih dahulu.Kemudian ikan bilis ditumbuk bersama-sama cili padi sehingga separuh hancur.Selepas itu perahkan limau nipis kedalamnya.

Ia sedap dimakan bersama nasi panas.

Selamat mencuba.Pasti memikat selera anda

Friday, April 4, 2008

Sambal Ikan Bilis Tumbuk


Sambal Ikan Bilis Tumbuk

Bahan:
Ikan bilis (basuh, tumbuk, goreng garing dan tos)
8-9 ulas bawang merah (blend/tumbuk)
3-4 ulas bawang putih (blend/tumbuk)
Cili kering (blend) (ikut citarasa masing-masing)
Kentang (potong kuib, goreng dan tos)
Terung (potong ikut citarasa masing-masing, goreng dan tos)
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan:
1. Goreng dan tos bahan-bahan yang diperlukan.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing.
3. Masukkan cili yang diblend, sedikit gula, garam dan masak sehingga cili betul-betul masak.
4. Masukkan ikan bilis, kentang dan terung. Gaul rata.
5. Masak sekejap dan hidangkan.
* Nota: Makan bersama roti pun sedap selain nasi panas

Wednesday, April 2, 2008

Sotong Tin Masak Sambal Tumis

Masak seperti samabl tumis biasa.. tambah lada hitam

Sambal Kerang


SAMABL KERANG

Bahan
1 kilo kerang > rebus kupas kulit
5 ulas bawang merah> diblend
4 ulas bawang putih> diblend
1 labu bawang besar> diblend
7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut & diblend)
3 tangkai cili merah> diblend
8 biji cili api > diblend
3 batang serai (kasi lebih pun boleh) > dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit > diracik halus
1 biji telur > dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung > untuk pekatkan kuah
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng.
Cara membuatnya
1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing.
3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi.
4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak.
5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau.
6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi.
7. Masukkan tepung jagung dan kacau.
8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.

Sambak tumbuk

segenggam ikan bilis
segenggam cili api
3-4 biji cili merah (potong 3)
2-3cm belacan
1 labu bwg besar

cara2 nak buat:

1. goreng belacan dulu then ketepikan.
2. goreng plak ikan bilis ... then ketepikan gak
3. grg cili api, cili merah & bwg besar (tutup kuali ... melotup2 time nih) ... agak layu cukup jgn smpi rentung
4. tumbuk kaso kesemua bhn
5. leh dihidangkan bersama nasik panas

Sambal Udang Bersama Nenas

Sambal Udang Bersama Nenas

Udang basah

Bahan Kisar :
Bwg merah
Bwg putih
Belacan
Cili kering

Nenas - dipotong dadu
Bwg besar - potong bulat

Cara
Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan nenas dan udang...biarkan seketika.
Masuk sedikit garam dan gula
Tabur bawang besar dan tutup api.
Ready to serve dengan nasi putih.

Sambal Tumis Petai Santan


Sambal Tumis Petai santan

Bhn2:

bhn kisar:
cili kering ikut kepedasan
1 bj bawang merah
2 ulas bwg putih
1 inch halia
1 btg serai
sedikit belacan

petai secukupnya
1 cwn ikan bilis
1 cwn santan
1sb jus limau nipis
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

-panaskan minyak dlm kuali.
goreng ikan bilis.angkat,toskan
-goreng sekejap petai.toskan
tumis bahan kisar dgn minyak tadi hingga garing
-masukkan air limau.kacau sekejap.masukkan santan.kacau
-biar pecah minyak.masukkan garam dan gula secukup rasa.biar kering sedikit.
akhir sekali masukkan petai dan ikan bilis.tutup api..hidangkan
-sedap dimakan dgn nasi panas...

khasiat petai:
petai mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan

Sambal Mangga Jeni

SAMBAL MANGGA

Sumber : Majalah Rasa Edisi Bazar Ramadan ‘06/JENI

Bahan-bahan

5 biji cili merah
3 biji cili padi
1 biji mangga muda dihiris
1 cm belacan
Sedikit ikan bilis
Sedikit udang kering
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa

Cara Membuatnya

Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat.
Kemudian masukkan mangga yang dihiris halus. (Jeni grate je kat grater)
Masukkan sedikit ikan bilis dan udang kering serta rasakan dengan garam dan gula. (Jeni tumbuk sikit ikan bilis dan udang kering tu)
Masukkan serbuk perasa dan gaul.

Sambal Lonte



Sambal Lonte @ Sambal Buruk [jawa]

BAHAN-BAHAN:

3 ulas bawang putih
6 biji bawang merah saiz besar
10-15 biji cili padi
1 genggam ikan bilis
4 cm belacan ( Belacan bakar lagi sedap)
Sedikit air asam jawa
Secubit gula (kalau suka manis...taruk banyak)
Minyak untuk menggoreng


CARA-CARA:

1. Goreng bawang putih, bawang merah, ikan bilis, dan belacan berasingan.
2. Goreng cili padi (Kalau digoreng mendahului bahan-bahan no 1., minyak
akan menjadi pedas. Tapi kalau suka pedas...boleh jugak)
3. Tumbuk semua bahan-bahan yang telah digoreng tadi.
4. Campurkan air asam jawa dan gula ke dalam bahan-bahan yang telah siap
ditumbuk.
5. Tuangkan sedikit (banyak pun boleh) minyak yang telah digunakan untuk
menggoreng.
6. Siap untuk dimakan.