Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Sunday, August 24, 2008

Ini menu last week... masak simple je...




Kari Telur

Bahan Hiris ;

Bawang besar
Bawang putih
Lada Merah dan Hijau - potong serong kasar2

daun kari
rempah tumis ikan (yang biji2 tu... it ak tau nama dia ape, tapi yang selalu masak dengan kari ikan...)

telur rebus

Rempah Kari
Air asam jawa
air
garam


Tumis rempah tumis ikan sampai naik bau, masukkan daun kari sampai wangi dan masukkan bahan2 hiris kecuali lada emrah dan hijau..

Dah wangi dan layu, masukkan rempah kari dan air asam bersama sikit air... apabila dah mendidih, masukkan telur dan lada2... perasakan... setelah mendidih matikan api

Wednesday, April 2, 2008

Sambal Goreng Telur

Bahan2 nya

1/4 cwn minyak
3 biji bawang kecil - hiris
1 tangkai daun salam
serai - titik
lengkuas - titik
2 biji lada merah - hiris
200gm udang hidup
10-15 biji petai - belah 2
1 biji tomato - belah 8
2 cwn santan / susu rendah lemak
6 biji telur ayam rebus
15 biji telur puyuh rebus

garam
gula

Bahan Kisar

lada merah
cekur
bawang putih
bawang merah

Tumis bawang kecil, bahan kisar, daun salam, lengkuas, serai hingga wangi. Masukkan lada merah, tomato, santan. Tabur gula dan garam. Renihkan. Masukkan udang dan telur2.. masak hingga udang nya empuk dan kuah nya pekat.

saji dengan nasi panas

Monday, March 31, 2008

Lemak Telur Cili Padi

Lauk di ida dpt dari mana ida lupa,... resepi asal nya gunakan telur
itik... oleh kerana ida tak makan telur itik.,.. so substitute to telur
ayam

Lemak Telur Cili Padi

Bahan-bahannya:-
6 biji telur ayam
10 biji belimbing buluh, cuci dan belah 2
3 biji limau kasturi
1 biji kelapa parut
2 batang serai, dititik
Sedikit gula

Bahan ditumbuk lumat:-
35 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
1 camca teh garam kasar

Cara membuatnya:-
1- Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah utk mendapatkan pati santan. Kemudian masukkan 500ml air dan ramas. Perah utk santan no.2 (santan cair).

2- Dalam periuk, masukkan bahan ditumbuk halus, serai dan santan cair. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kecilkan api dan pecah kan telur satu persatu dalam periuk, seelok2nya dibahagian2 lain dalam periuk utk satu biji telur. Masak dgn api perlahan hingga telur mengeras sedikit dan tidak mudah hancur.

3- Masukkan belimbing dan sedikit gula. Bila mendidih, masukkan santan pekat dan perah kan jus limau kasturi tadi, kacau perlahan dan rasa garamnya. Jika kurang tambah sedikit lagi. Biar mendidih utk 1 - 2 minit dan matikan api.