Wednesday, April 2, 2008

Mee Bandung Kak Zar

*sukatan agak2 mengikut citarasa dan saiz keluarga*
1 kilo mee kuning

1/2 biji bawang besar@10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1/2 cawan udang kering

segenggam kecil cili kering mengikut kesukaan kepedasan(rendam air panas @direbus dulu sebelum dikisar dgn sedikit air dan minyak)

1/2 kilo daging serta air rebusan daging(rebus agak lembut)

1 paket keledek dibuang kulit (5 ketul) -direbus dan dilenyek hancur guna senduk dgn sedikit air rebusan tadi ( jgn diblender kerana agak halus…lebih sedap biarkan agak berketul2)

1 paket udang mentah saiz sederhana

1 paket Chikuwa (sosej ikan utk dijepun)@boleh fishball@fish cake

6 biji telur

sayur sawi @kubis cina
5 biji tomato saiz sedang-dibelah 8

sepaket tauhu goreng dipootng 2 dan dihiris panjang

sedikit bawang goreng

seketul belacan saiz ibu jari

daun sup dan daun bawang jika suka

juga kacang tanah goreng yg tumbuk halus jika suka



Caranya:

Blend asing cili kering kemudian kisar udang kering, bawang putih & bawang merah dgn sedikit air.

Pijarkan minyak dalam kuali dan goreng belacan dulu.

Tumiskan bahan yang dikisar sehingga agak garing dan wangi.Baru masukkan cili kering dan biarkan sehingga tumisan agak garing.

Masukkan udang, daging rebus serta air rebusan dan keledek hancur.Biarkan lama sedikit sehingga nampak agak pekat.

Masukkan tauhu,telur, sayur dan rasakan garam.Tutup api baru masukkan tomato.

Cadangan Hidangan:

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)

Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)

Taburkan bawang goreng,daun sup & daun bawang,kacang tumbuk jika suka

No comments: