Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Friday, August 28, 2009

Murtabak Sardin Cream Crakers

Try tis recipe...

Bahanya
1 paket biskut cream crakers (tanpa gula ya )
1 tin sardin markerel or sardin biasa ok jugak
2 bji bawang besar - potong dadu
4 biji cili merah - potong memanjang
1 liter santan or susu cair pun ok jugak

caranya :
sardin + bawang + cili = gaul sehingga sebati semuanya
sapu loyang dengan marjerin supaya murtabak tak melekat bila masak
susun biskut dlm loyang empat segi - biskut wat 2 lapis ya
tuangkan santan atas biskut sampai tenggelam
lapiskan dengan sardin tadi
susun lagi biskut 2 keping jugak
curahkan santan atas biskut hingga tenggelam jugak
buat lee berselang-seli hingga sardin dan biskut abis ikut selera masing2
akhir sekali pastikan sardin diatas , leh tabur bawang goreng sebelum bakar
or leh jugak taburkan dengan daun bawang or daun sup ..
pastikan jugak santan or susu cair tadi abis ya...biarkan biskut tenggelam
biarkan selama 30 minit sebelum bakar dlm oven 180 = masak selama 40 minit or
hinngga murtabak masak kekuningan...
tunggu sejuk baru potong...



Sunday, August 17, 2008

Menu for Today





Putri Salat/Serimuka

I actually got this resepi from blog abg Rozzan... thanks bro for sharing... really helps especially siap dengan sukatan nya... for first timer mcm me baru nak buat kuih ni... anyway i follow exactly the same ingredients cuma i change the measurements... yeh yeh.. dah pandai!!! hehehe... Hubby kasi 2 thumbs up.. his favourite kuih anyway.. suit his tastebuds...so anyway here it is

Bahan2 nya :

Lapisan Bawah ;

100ml santan pekat plus air - anggaran dapat 1 mangkuk
1 mangkuk pulut - cuci bersih dan toskan
garam
daun pandan - simpulkan

Satukan semua bahan2 di atas ni dan kukus sampai pulut nya tanak.

Lapisan Bawah ;

550ml santan pekat
5-6 helai daun pandan - blend dengan sikit santan cair, tapiskan
6 biji telur kocok sikit
2 cawan gula
perasa pandan
pandan paste
8-10sbd tepung gandum - depends on the consistency of the batter

Satukan semua bahan & blend agar ia tidak bergumpal..

Caranya ;

Setelah pulut tanak, ambil loyang lagi satu yang telah dilenserkan dengan minyak dan ratakan pulut dalam loyang tu.. Ia harus tekan2 kan pulut tu agar ia mampat kat dalam loyang tu. Kukus kan sekejap for at least 5 min... Lepas tu masukkan batter bahagian bawah dan kukuskan selama 30 minit..

Wednesday, May 28, 2008

Epok Epok Sayur

Ahad lepas terlebih rajin sikit... nak buat epok2 sayur. Hubby tukang uli dough nya while i do the rest... nasib baik dia ada kalau nak harap me buat, confirm lambat siap.. anyway thank u hubby... Uli dough ni dapat lah dalam 40 biji so most of it hantar kat rumah mertua... tinggalkan sikit kat rumah... bukan banyak untuk 2 orang jer yang makan... ok anyway here is the resepi i wanna share with u

Epok2 Sayur


Kulit :
tepung gandum
minyak masak
marjerin
air panas dan garam

Untuk kulit ini, panaskan minyak
dan tuangkan ke dalam bekas yang
berisi tepung. Panaskan pula marjerin, tuangkan juga ke dalam bekas. uli dengan senduk dulu dan masukkan air garam sedikit demi sedikit. apabila kurang panasnya bolelah uli dengan tangan hingga ia menjadi doh yang lembut.


Bahan inti ;

Bawang besar - hiris
bawang putih - hiris
daun kuchai - hiris kasar
taugeh
garam

tumis seperti biasa.
Isikan inti dan kelim tepinya dan
goreng seperti biasa.

Friday, April 11, 2008

Kuih Bakar Berlauk

KUIH BAKAR BERLAUK

Bahan A:
200ml santan dari 1 biji kelapa parut putih
garam secukup rasa
(Garam dan santan dimasak sehingga mendidih)

Bahan B:
500gm daging kisar
(lembu atau kambing)
1 sudu makan rata rempah beryani atau rempah kari daging
sedikit serbuk lada putih
garam secukup rasa
(Bahan diatas digaul rata dan sangar hingga kering)

Bahan C:
300gm tepung gandum diayak
4 biji telur
600ml air
sedikit pewarna kuning
garam secukup rasa

Bahan D:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu makan ketumbar biji
(kedua bahan disangar dan dikisar)

Bahan-bahan taburan:
2 pokok daun sop
2 pokok daun bawang
5 biji lada merah di hiris tipis
1 cawan bawang goreng


Cara-cara nya:
Telur, tepung, santan, 300ml air, pewarna kuning dan garam dikacau rata. Keluarkan setengah bahagian adunan dan ketepikan. Masukkan bahan D pada baki adunan dan kacau lagi dengan lebihan 300ml air hingga rata. Campurkan dengan adunan yang diketepikan tadi dan tapis, dalam bekas yang besar sedikit. Campurkan dengan sedikit hirisan daun sop/ daun bawang, satu sudu teh minyak makan, satu sudu teh gula dan bawang goreng lalu digaul rata.

Panaskan ketuhar 180 darjah. Tuangkan adunan kedalam acuan kuih bakar kira-kira tiga-suku penuh. Taburkan sedikit daging yang telah disangar kering ( bahan B ), bawang goreng, hirisan daun sop/bawang dan lada merah. Bila hendak membakar turunkan suhu ketuhar kepada 160darjah. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak. Jangan lupa untuk gilis sedikit minyak pada acuan sebelum membakar.

Wednesday, April 9, 2008

Temosa Mak Teh

Resepi ni dapat dari Rnet.. try lah

TEMOSA MAKTEH

INTI

3 - 4 ekor ikan (makteh gunakan ikan cencaru, sy buat guna ikan kembung)
1/2 biji kelapa parut (bahagian putih shj)
3 biji bawang besar didadu
3 sudu mkn gula
1 camca teh garam
(sy tambah 1 camcateh halba - request my abg syg)

Bakar ikan dan ambil isinya. Isi ikan xperlu blend just hancur2kan dgn jari
shj. Masak isi ikan, kelapa parut, halba, gula dan garam secukup rasa.
Masak hingga agak kering airnya.
Nota: Tulang2 ikan sy blend dgn sedikit air & tapis ambil airnya

KULIT TEMOSA
1 kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
1/2 camca teh garam
Air secukupnya

Campurkan tepung dan garam. Panaskan minyak & curahkan ke dalam tepung.
Gaul2kan dengan sudu, nnti melecur tangan. Dah agak rata masukkan air dan
uli jadi doh. Biarkan sebentar.

Sy tengok makteh gunakan mesin mee yg putar2 tu utk nipiskan kulit temosa ni. Pastu dia gunakan acuan karipap hak plastik tu....

Sy plak nipiskan doh dgn mencanai di antara lapisan plastik.... dh nipis sy kepit gunakan acuan karipap...

Tuesday, April 8, 2008

Lompang Bersambal

Lompang Bersambal

Sumber: Aini Salim

Bahan-bahan membuat lompang
300 gm tepung beras
20 gm tepung jagung
1200 ml santan dari 1 biji kelapa
1 biji telur yang kecil
garam secukup rasa
sedikit warna kuning

Bahan-bahan membuat lauk
200 gm daging cincang
2 sudu makan rempah kari
sedikit minyak dan garam secukup rasa

*untuk dikisar halus
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris halia

Bahan-bahan membuat sambal
6 tangkai lada merah
1 sudu makan udang kering
1 ulas bawang putih
*bahan ini semua dikisar halus

1 sudu makan kicap
2 sudu teh cuka atau jus lemon
2 sudu makan air
sedikit gula pasir dan garam

Bahan-bahan untuk hiasan
daun sup dan daun bawang dirampai
bawang goreng

Cara-caranya
Sediakan lauknya dahulu. Panaskan satu sudu makan minyak, goreng bahan-bahan yang telah ditumbuk, setelah wangi masukkan rempah kari dan daging, masak sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.

Gaul rata bahan-bahan membuat lompang - tapis dan kacau atas pai kecil sehingga naik wap seperti dadih.

Panaskan kukusan, aturkan acuan lompang yang disapu dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan kedalam acuan lompang tiga suku penuh, dan kukus selama 3-5 minit. Letakkan diatasnya inti daging dan sambal. Kukus lagi selama 8 - 10 minit.

Bila sudah masak, keluarkan dari kukusan. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan. Semasa menghidang, tabur sedikit bawang goreng serta daun sup dan daun bawang.

Kuih Tepung Pelita

KUIH TEPONG PELITA

Bahan Bahannya

Air Gula Halus 60 hingga 70g

UNTUK LAPISAN BAWAH

Tepong Beras 50g
Tepong Biasa 20g
Air Daun Pandan 500ml,dari 10 helai daun pandan yang diserap dengan air suam
1/2 biji limau nipis di perah dengan 1/2 sudu air
Perwarna Hijau 4 titik

UNTUK LAPISAN ATAS

Tepong Beras 20g
Tepong Biasa 7g
Santan Kelapa 250ml,dari 200g santan kelapa dicampurkan dengan sedikit air
1/2 biji limau nipis di perah dengan 1/2 sudu air
Garam
1/4 sudu air
Daun pisang 7-8, dipotong 7x10cm helai dihias 4 persegi dan diikat dengan lidi

CARA CARA MEMBUATNYA

Letakkan 2 sudu air gula halus didalam cetak daun pisang yang dibuatnya dan susunkan acuan daun daun pisang itu kedalam tempat kukus.Untuk lapisan bawah, campurkan tepung beras,tepung biasa,air daun pandan,air limau nipis,dan perwarna hijau kedalam mangkuk dan kacau. Selepas itu, masukan bahan bahan itu kedalam loyang untuk dikukus hingga adunan menjadi pekat. Dan masukkan adunan itu kedalam acuan daun pisang 3/4 penuh,kukus hingga masak.

Untuk lapisan atas,semua bahan bahan lapisan atas hendaklah dicampur dan dikacau hingga sebati. Selepas itu, dikukus hingga menjadi tebal dan pelan pelan tuangkannya kedalam acuan daun pisang tadi dan kukus selama 10 min. Selepas masak, sejukkannya sebelum dihidangkan.

MASA UNTUK SEDIAKAN BARANG BARANG SELAMA 35 MINMASA UNTUK MEMASAK MENGAMBIL 40 MIN KEISTEMEWAAN KUIH INI ADALAH CAMPURAN BAU DAUN PANDAN DAN DAUN PISANG YANG MEMBUAT BAUNYA NAIK HINGGA TAK TERKATA.

Kuih Keria

Kuih Keria

Bahan-bahan:
keledek-kupas,potong nipis2,kukus
tepung-secukupnya
gula
sedikit air

cara-cara:


mash keledek, masukkan tepung. buat cam donut shape
goreng sampai siap
masukkan gula kedlm periuk bersama dgn sedikit air (1/2cup gula+1/6cup air).masak sampai gula larut& mendidih, masukkan kuih yg tlh digoreng. kacau sampai sebati. dengan sederhana. biarkan sehingga gula pekat cam bertali bila di angkat dgn sudu. tutup api. kacau lg hingga gula jadi keras

Kueh Bakar Kentang

Kueh Bakar Kentang

250g Kentang (dicuci bersih, rebus dan lecek) / keledek – cuci bersih ebus dan lecek
200gm minyak ghee / mentega (saya guna ghee lagi harum baunya)
350gm tepung gandum
300gm gula pasir
4 biji telur
1 kotak santan - tambah air jadikan 900ml
1/2 sdt vanilli
1/2 sdt garam
sedikit pewarna kuning

bijan (kalau gunakan keledek)

Cara:
Panaskan oven
Campur semua bahan jadi satu lalu diblend.
Masukan ke dlm loyang yg sudah di sapu mentega atau ghee.
Bakar hingga masak.

Nota: Adunan ni cair (masa tu bimbang juga betul ke ni...takut ada silap, talipon kawan nak kepastian. Memang adunan cair. Saya bakar lebih kurang 1 jam api 180)

KARIPAP PUSING

KARIPAP PUSING

Bahan kulit A
350 gm tepung gandum
1 cawan air suam + sikit garam

Bahan kulit B
150 gm tepung gandum
1 s/k lemak spry [crisco]
majerin ikut lembut

Cara
1. Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. Bahagikan kepada 5 bebola kecil. Ketepikan.

2. Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada 5 bebola kecil juga.

3. Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis.

4. Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi.
Buat kesemua bebola sehingga habis.

5. Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.

6. Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hunujg jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.

7. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.

Bahan Inti.
1 cawan isi ayam atau daging [hiris kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang]
500 gm ubi kentang [potong dadu]
1 s/b rempah kari daging [bancuh dgn sikit air]
1 cawan airj
garam
gula
daun kari
minyak untuk tumis

Cara masak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing.
3. Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air.
4. Masakkan sehingga kentang empok dan air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan

Bebola Udang Espanyol

Bebola Udang Espanyol

Bahan A

300 gm isi ikan
300 gm udang basah

Bahan B

6 keping roti sandwich
(direndam di dalam susu, diramas sebati dan diperah)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 s/kecil serbuk paparika
1 biji lada merah (dicincang halus)
1 biji telur
garam dan serbuk lada hitam dan putih secukup rasa
segenggam daun ketumbar (dicincang halus)
minyak masak (untuk menggoreng)
sedikit bawang goreng

Cara Menyediakannya

1. Kisar isi ikan, udang, cili merah, serbuk lada putih, serbuk paparika, serbuk lada hitam, garam dan gula.
2. Bahan - bahan yang telah dikisar dicampurkan dengan roti yang telah diperah dari susu, serta campurkan sekali daun ketumbar dan bawang goreng
3. Bentukkan menjadi bebola padat, goreng di dalam minyak panas sehingga bertukar warna kekuningan.
4. Hias dan hidangkan panas.

Apam Tepung Gandum


Apam Tepung Gandum

Bahan-bahan:
450 gm tepung gandum
1/2 cawan gula
6 gm ibu roti (yis segera)
3 1/2 cawan air


Cara membuatnya :
1. Kisar air dan tepung gandum dalam blender hingga hancur.
2. Pindahkan adunan ke dalam mangkuk besar, masukkan gula dan kacau hingga larut.
3. Masukkan ibu roti dan kacau hingga larut. Tuangkan dalam acuan bulat 8 inci.Peramkan adunan 1 jam.
4. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih. Masukkan apam dan tutup. Kukus 30 -40 minit hingga masak.

Nota : Apam ini boleh dinikmati bersama kelapa parut dan digaul bersama sedikit garam.Untuk mempercepat keaktifan yis, bancuh yis dengan sedikit gula dan 1/4 cawan air suam. Yis yang elok akan naik dan berbuih dipermukaan atasnya.

Friday, April 4, 2008

LAPIS APRICOT CHEESE

LAPIS APRICOT CHEESE

ING A:

500 GM GOLDEN CHURN BUTTER
20 GM PANDAN KAYA
1/2 TS PUDDING ESSENCE OR VANILLA ESSENCE
1/2 TS FRUITY ESSENCE OR LEMON FLAVOR
2 TBLSP CORN OIL

MIX ALL ABOVE ING AND BEAT AT HIGH SPEED UNTIL WHITE AND FLUFFY

ING B:

110 GM TOP FLOUR
270 GM CASTER SUGAR
20 NOS. EGG YOLK
5 NOS. EGG WHITE
1 TBLSP OVALETT
100 GM GRATED CHEDDAR CHEESE(GARNISHING)
100 GM ALMONDS FLAKES(PREBAKED FIRST ABOUT 10 MINS AT 180)GARNISHING
100 GM APRICOT(SOAKED WITH A LITTLE HOT WATER AND 1 TBLSP HONEY FOR 1 HR)
(CUT INTO SMALL CUBES ALSO FOR GARNISHING)
A LITTLE GREEN COLOURING

METHODS

1. IN A MIXING BOWL BEAT EGG YOLK, EGG WHITE,SUGAR AND OVALETT BEAT AT HIGH SPEED
UNTIL FLUFFY, ADD IN FLOUR AND ING A MIX WELL WITH SLOW SPEED BUT NOT TOO LONG.
2. PREPARE 10 X 7 X 3 OR 9 X 9 X 3 BAKING TINS, LINE BASE WITH BAKING PAPER GREASE
ALL AROUND WITH BUTTER.
3. PREHEAT OVEN AT 180 NORMAL OVEN.
4. DIVIDE BATTER INTO 2 DIV AND ONE GIVE GREEN COLOURING.
5. BAKE PLAIN COLOUR FIRST 2 LAYER, AND 2 LAYER GREEN COLOUR AND EVERY ALTERNATE
LAYER SPRINKLE WITH CHEESE, ALMONDS AND APRICOT, REPEAT PROCEDURE UNTIL FINISH.
6. ONCE COOK LEAVE TOO COOL ON RACK, ABOUT 5 HRS BEFORE SERVING.....TRY THEM VERY

Bingka Kentang

Bingka Kentang

Sumber : Chef Aini

(A)
5 biji telor size besar
300ml santan pekat
200 ml air paip
200gm tepung gandum

(B)
400gm kentang bersihkan-rebus dgn secukup garam hingga empuk, lecek halus
180gm gula pasir
1/2 st garam
1/2 st vanila
pewarna kuning

CARA:
Satukan bahan A gaul rata, tapis
masuk kan bahan B gaul hingga sebati
Siapkan tin pembakar 20x20x7 sm.Sapu butter alas kertas atau daun pisang (misa guna kertas jek..)
Tuang adunan dan bakar 40minit ,suhu 200 * C

Samosa Sayuran


Samosa Sayuran

Sumber : The Puteri Pan Pacific Hotel, JB

Bahan-bahan
Sedikit minyak
50 gm bawang besar dihiris halus
15 gm buah pelaga
100 gm rempah kari ayam
100 gm lobak merah, dihiris dan direbus
100 gm ubi kentang, dihiris dan direbus
100 gm kacang pis
15 gm serbuk kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
10 keping kulit popia
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang bersama buah pelaga.
2. Masukkan rempah kari, lobak merah, ubi kentang dan kacang pis, gaul hingga sebati.
3. Masukkan serbuk kulit kayu manis dan daun kari, masak hingga kering.
4. Sejukkan dan letakkan sedikit bahan pada kulit popiah dan gulung.
5. Sediakan kuali berisi minyak penuh dan panaskan. Goreng samosa hingga kuning.
6. Hidangkan panas-panas bersama sos cili. __._,_.___

Pulut Serunding


Pulut Serunding

Bahan-bahan A (pulut)
1 cawan beras pulut
3 1/2 cawan air

Bahan-bahan B (serondeng)
10 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit, dihiris halus
1 batang serai dihiris halus
Sedikit minyak untuk menumis
1 biji kelapa parut, putih sahaja

Cara membuat pulut
1. Tanak beras pulut bersama air hingga masak.
2. Biarkan ia sejuk, kepalkan bulat-bulat dan tekan supaya leper sedikit.

Cara membuat serondeng
1. Kisar cili, bawang merah, bawang putih, halia, ketumbar, jintan putih hingga lumat.
2. Masukkan garam dan gula. Masukkan daun kunyit dan serai dan kisar lagi.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis semua bahan yang dikisar hingga naik baunya.
4. Kemudian masukkan kelapa parut dan kacau di atas api sederhana hingga kelapa kering.
5. Hidangkan serondeng bersama pulut.

Wednesday, April 2, 2008

Popiah Basah


Popiah Basah

POPIAH CINA

Bahan-Bahannya :
2 biji sengkuang besar dihiris kasar-kasar
3 sudu makan sos soya pekat
1 sudu teh lada putih serbuk
2 keping tauhu dipotong dadu dan digoreng sebentar
2 ulas bawang putih dicincang
Garam secukupnya
Kulit popiah secukupnya
Beberapa helai daun salad yang dicuci bersih sos manis ( boleh dibeli di pasaraya )
5 biji telur rebus dihancurkan atau telur dadar dipotong memanjang
¼ kilogram udang, dibuang kulitnya, direbus sebentar dan kemudian dicincang kasar-kasar
¼ kilogram isi ketam yang telah direbus ( jika suka )
8 batang lada merah dikisar halus
8 ulas bawang putih dicincang halus
¼kg kacang tanah disangar dan ditumbuk kasar-kasar

Cara Membuatnya :
Tuang sedikit minyak masak dan goreng bawang putih yang dicincang hingga
kekuning-kuningan.
Masukkan sengkuang hiris tadi dan goreng sebentar.
Masukkan sos soya pekat, serbuk lada putih dan garam secukupnya.
Masukkan pula tauhu yang telah digoreng.
Kacau semua bahan ini hingga rata dan menjadi satu.
Kecilkan api dan masak sehingga sengkuang benar-benar lembut.
Proses ini boleh memakan masa sehingga satu jam.
Adalah lebih baik jika anda menggunakan slow cooker supaya sengkuang tidak
hangus.
Ambil sekeping kulit popiah. Sapukan lada merah kisar ( terpulang berapa pedas
yang anda mahu ) di tepi sebelah bawah kulit popiah.
Tuangkan sedikit sos manis dan ratakan.
Letakkan sekeping daun salad, taruh dua sudu besar sengkuang rebus yang telah
dimasak sehingga lembut tadi.
Toskan airnya sebelum diletakkan di atas daun salad tadi.
Taburkan isi udang / ketam, telur rebus / dadar, kacang tanah yang sudah
ditumbuk dan bawang putih goreng.
Gulung kulit popiah seperti membuat kuih dadar.
Gulungan yang kemas akan memastikan intinya tidak terburai apabila dipotong.
Anda boleh memotong dua atau tiga bahagian popiah sebelum dihidangkan untuk
dinikmati

Lompang Bersambal

Lompang Bersambal

Sumber: Aini Salim

Bahan-bahan membuat lompang
300 gm tepung beras
20 gm tepung jagung
1200 ml santan dari 1 biji kelapa
1 biji telur yang kecil
garam secukup rasa
sedikit warna kuning

Bahan-bahan membuat lauk
200 gm daging cincang
2 sudu makan rempah kari
sedikit minyak dan garam secukup rasa

*untuk dikisar halus
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris halia

Bahan-bahan membuat sambal
6 tangkai lada merah
1 sudu makan udang kering
1 ulas bawang putih
*bahan ini semua dikisar halus

1 sudu makan kicap
2 sudu teh cuka atau jus lemon
2 sudu makan air
sedikit gula pasir dan garam

Bahan-bahan untuk hiasan
daun sup dan daun bawang dirampai
bawang goreng

Cara-caranya
Sediakan lauknya dahulu. Panaskan satu sudu makan minyak, goreng bahan-bahan yang telah ditumbuk, setelah wangi masukkan rempah kari dan daging, masak sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.

Gaul rata bahan-bahan membuat lompang - tapis dan kacau atas pai kecil sehingga naik wap seperti dadih.

Panaskan kukusan, aturkan acuan lompang yang disapu dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan kedalam acuan lompang tiga suku penuh, dan kukus selama 3-5 minit. Letakkan diatasnya inti daging dan sambal. Kukus lagi selama 8 - 10 minit.

Bila sudah masak, keluarkan dari kukusan. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan. Semasa menghidang, tabur sedikit bawang goreng serta daun sup dan daun bawang.

Epok Epok Bakar

Epok Epok Bakar

Bahan Inti

500 gram daging cincang
250 gram bawang besar, didadu
300 gram kentang rebus, didadu
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu teh pes bawang putih
1/2 sudu teh pes halia
3 pelepah daun kari
1 batang serai, dititik
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh serbuk kunyit
minyak untuk menumis
sedikit garam

(bahan dibawah disanggar dan dikisar halus dan gunakan 1 sudu makan sahaja)

100 gram ketumbar biji
40 gram jintan manis
40 gram jintan putih

Bahan Pastri

1 kilo tepung gandum, diayak
300 gram mentega
350 - 400 ml air sejuk (dari peti sejuk)

Cara-caranya

Gaul rata rempah kari daging, satu sudu makan rempah yang telah disanggar yang telah dikisar, pes bawang putih, pes halia dan kunyit serbuk dengan sedikit air. Panaskan minyak di kuali. Tumis rempah yang digaul tadi. Masukkan daun kari dan serai. Bila sudah naik aromanya, masukkan daging cincang. Gaul rata. Tuangkan sedikit air dan masak sehingga dagingnya empuk. Bila hampri kering masukkan kentang dan bawang dadu. Gaul rata. Taburkan gula dan sedikit garam. Tunggu sehingga airnya kering, baru diangkat dan sejukkan.Tepung dan mentega digaul dengan hujung jari sehingga menjadi abuk roti. Sambil menggaul, tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Jangan lagi ditambah airnya Canai seperti membuat epok-epok. Isikan secukup inti, cantumkan dan kelim tepinya. Jika tidak melekat sapukan sedikit air sejuk ditepinya.Sapu sedikit crisco diloyang pembakar dan atur epok-epok, dan sapukan atasnya dengan kuning telur.

Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Bakar untuk 20-25 minit dengan kepanasann 170 darjah C

Pulut Panggang




PULUT PANGGANG

Bahan-bahan :
200 gm (½ biji) kelapa putih (diparut kasar) atau beli jer yg dah parut!
500 gm isi ikan (tenggiri, parang, kembong atau yg lain)

atau
400 gm (1 biji) kelapa putih parut
200 gm udang kering (direndam dan tumbuk/kisar halus)

Bahan Kisar
3 batang serai
1½ cm lengkuas
½ cm halia
2 biji bawang besar
6 ulas bawang kecil (merah)
6 ulas bawang putih
3 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu teh lada putih serbuk
½ sudu teh kunyit serbuk
( Semua bahan di atas dikisar halus )

5 - 6 sudu makan gula pasir (atau secukup rasa)
1 sudu makan air asam (atau secukup rasa)
garam secukup rasa
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
sedikit daun limau purut
secukup minyak utk menumis (abt 2 senduk besar)

600 gm pulut
secukup santan pekat
garam secukup rasa
daun pandan (disimpul)
daun pisang secukupnya -dilayukan (saiznya dipotong ikut citarasa anda)

Cara:
1) Kelapa parut disangai sebentar hingga kekuningan sedikit. Ikan dikukus dan ambil isinya lalu dihancurkan sedikit. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Masukkan gula, air asam, garam, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau sebentar lalu masukkan kelapa dan isi ikan tadi. Sesuaikan rasanya dan tambahkan apa-apa yg kurang jika perlu.

2) Sukat pulut di dalam sebuah mangkuk. Gunakan mangkuk yg sama utk menyukat santannya. Kemudian rendam pulut sebentar (kira-kira 10 minit ) dan toskan. Sediakan kukusan dan biarkan hingga airnya mendidih. Masukkan pulut tadi bersama santan pekat dan garam ke dalam sebuah loyang lalu bubuhkan daun pandan. Masak hingga pulut tanak (kira-kira 25 - 30 minit). Sejukkan sebentar.

3) Ambil sehelai daun pisang dan bubuh sedikit pulut (abt 3-4 sudu makan bumbung) lalu ditekan2 agar ia leper sedikit. Kemudian bubuh pula serunding ikan tadi di tengah-tengah (memanjang). Setelah itu, tangkupkan pulut tu dan gulung daun pisang tadi dgn kemas dan ketat. Akhir sekali sematkan di kedua hujung daun dgn lidi (toothpick). Susun di atas kuali leper dan panggang sebentar. Anda juga boleh memanggang di dalam ketuhar (oven).