Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Sunday, February 8, 2009

Alo

Its been a long time since i posted anything here.. wat more posting recipes.. hehehe.. miss a lot in doing that.. hehe.. n i will make sure i will do it the soonest as cooking is my passion.. i may not be a good cook but the love i had in cooking will never make me stop doing it... at least there r some people who appreciates my cooking.. okie.. enuf of the bla bla bla!!!

the past few months has been a very tough time for me.. that includes this year, 2009... but no matter watever happens .. i noe im a strong girl who can go thru all these... i take this as a test and challenge from the Almighty..

ive grown from the pampered type when im single.. move on to a marriage life... these has made me grow more matured... things that happen in my life now has even make me more stronger to go thru it.. apart from my sickness.. n other personel stuff.. though it can be hurting.. coz eventually u dunt expect thigs to happen this way... no nobody wants it.. but its already written.. n i know i have to go thru it no matter wat...

im proud of myself.. alhamdulillah... with the support i have around me... from sis and dad... i go thru it with a brave heart.. n always think positively ... its not the end of the world..

now.. people around me see so much changes in me... apart from the kidney disease... to them i dunt look sick.. alhamdulillah... ive change my lifestyle for the better.. n i look more confident now.. i enjoy myself nowadays... make myself happy.. dunt want to look wats in the past.. look forward to the future...

this is the new Ida.. alhamdulillah

***** im going back to kitchen soon!!! yeah.. hehehe.. actually now with the new job.. honestly no time to cook.. now i try to find tyme.. to go back to the kitchen.. envy the rest of the sis at FRD...there's always new recipes which i have yet to try them...

looking forward!!!







signing off

Ida Abdul Rahim

Friday, April 11, 2008

Shabsuka Istanbul

SHABSUKA ISTANBUL
Sumber: Puan Puti Maizura

Bahan-Bahannya :
6 biji telur ayam
½kg daging cincang
3 tangkai daun sup
15 biji bawang merah ditumbuk
6 biji lada hijau dihiris
6 biji buah tomato dipotong dadu
5 sudu besar minyak sapi
Minyak masak


Bahan-Bahan Dikisar :
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu besar bawang putih
1 sudu kecil halia
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya :
Panaskan minyak masak.
Masukkan bawang, tumis hingga layu.
Kemudian masukkan buah tomato dan bahan-bahan kisar dan masak hingga rata.
Kemudian masukkan daging, lada hijau dan daun sop, kacau rata.
Siapkan tempat pembakar, masukkan daging ke dalamnya dan pecahkan telur sebiji-sebiji. Bakar hingga telur masak.
Curahkan minyak sapi yang telah dipanaskan.
Hidangkan.

Shabsuka

SHABSUKA HAJAH KAMISAH (masakan Arab)
untuk 6 - 10 orang

Bahan-bahannya
1 kilo daging cincang, digoreng tanpa minyak
2 biji bawang besar, dihiris
1 cawan lada kering kisar
3 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak sayuran
1 botol sos tomato Maggi
1/2 botol sos cili Maggi
1 tin sedang tomato puree
6 biji tomato, dipotong dadu
3 biji bawang besar, dipotong dadu
30 sen daun ketumbar
20 sen daun pudina
4 - 5 cawan air
1 1/2 cawan bawang goreng
1 paket sayur campuran (mixed vegetables)
gula secukup rasa
garam secukup rasa
ajinamoto (jika mahu)

Bahan untuk dikisar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
4 sudu makan jintan halus
2 - 3 sudu makan lada hitam
3 biji bawang besar
1/2 inci kayu manis
2 sudu makan lada putih

Bahan Hiasan
6 biji telur, digoreng buat mata lembu setengah masak kuningnya

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan lada kering kisar tumis hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar, tomato puree, tomato sos dan cili sos. Gaul rata. Masukkan garam, gula dan ajinamoto secukup rasa.
2. Masukkan dagiing yang telah digoreng tanpa minyak, tomato dan bawang yang telah didadu, sayur campuran dan masukkan air. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
3. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Gaul rata dan matikan api.

Cara Menghidang
Sendukkan shabsuka ke mangkuk dan letakkan sebiji telur mata lembu yang telah digoreng setengah masak atasnya. Ia selalu dimakan bersama roti perancis.

Nota: Shabsuka haruslah tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Kalau cair boleh tambahkan sedikit lagi bawang goreng untuk memekatkan kuahnya.

Tempura

Tempura

Bahan-bahannya:
200 gm udang, dibersihkan kecuali ekornya } perasakan
½ camca teh kicap cair }
200 gm filet ikan
100 gm bawang besar }– dihiris bulat
50 gm bendi
50 gm lada benggala, dipotong memanjang
750 ml Minyak

Batter Tempura
160 gm tepung paling halus }
4 camca besar tepung jagung } diayak 2 kali
4 camca besar tepung beras }
2 camca the serbuk penaik }
600 ml air sejuk (dari peti ais) }
sedikit tepung untuk tabur }


Cara-caranya:


Panaskan Minyak.
Tuangkan air ke dalam mangkuk.
Masukkan 3 camca besar tepung.
Gunakan whisk untuk kacau.

Masukkan tepung sekali dan kacau dengan sepit kayu sebentar sahaja.
Jangan risau kalau adunan bergentil.

Taburkan sedikit tepung atas udang dan ikan.

Celup udang ke dalam batter dan goreng hingga timbul di atas.

Hidang dengan sos.

Wednesday, April 9, 2008

Tips Nak buat Optima Flour

BAHAN UNTUK OPTIMA FLOUR

SUMBER:AINI SALIM

325 gm fine sugar
340 gm "BLEACHED FLOUR"(Hongkong flour atau softersilk flour) kitabole juga gunakan 265
gm tepung gandum + 75 gm "TAN MIN FUN" ataucornflour.
60 gm sponge light (tanya kat kedai jual bahan2 kuih)
3 sudu teh baking powder(double action)
1 sudu teh garam

Caranya:

Semua gaul rata bole menghasilkan 780 gm optima flour.

Tuesday, April 8, 2008

Koktail

KOKTAIL

Bahan-bahan :
3-4 gelas plain water.
1 tin koktail campur (ada jual kat kedai)
1/2 tin susu cair.
1 tin susu pekat.
Ais kiub (boleh buat sendiri)
1 botol kecil Ais krim soda/Sprite/Seven up
1 sudu pewarna (merah/hijau)
Bekas koktail yg sesuai (seeloknya yg lebar)

Cara buat :
1. Campurkan susu pekat & susu cair & pewarna & plain water & ais krim soda.
2. Tuangkan campuran ni ke dalam bekas koktail yg berisi ais kiub.
3. Masukkan koktail campuran dan kacau bagi dia rata.

CHEE CHEONG FUN

CHEE CHEONG FUN
Sumber: Cranko21

Bahan A
250gm tepung beras
30gm tepung jagung
3 cwn air rebusan udang
2 sdm minyak masak

Bahan B
150gm udang kering – tumbuk atau mesin kering - halus
100 gm udang hidup - optional
hirisan daun bawang
1 batang - lada merah di potong kecil2 (nipis2 & halus2)
garam secukup rasa

Bahan C – Taburan semasa menghidang
Biji bijan yg dah di sanggar/di bakar
Sweetened soy sos
Sedikit minyak bijan
Sedikit sos cili / sambal
Hirisan lada merah
Hirisan daun bawang
bawang goreng (optional)

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan2 A dlm blender dan mesin halus. Tapiskan.
2. Campurkan Bahan B dan kacau rata.
3. Panaskan loyang 4 segi yg dah di oles sedikit minyak (kalau takde buat pakai tudung periuk cam buat laksam tu pun boleh laaaa) dlm kukusan sebentar dan tuangkan 1 - 2 senduk bancuhan tadi, ratakan dan dan kukus selama 2 – 3 minit. 4. Bila dah masak gulung dan angkat. (ada org alas sehelai kain putih yg bersih dlm loyang tu tuk memudahkan mengulung)
5. Potong kecil2 dan taburkan bahan2 C. Sedap di makan panas.

Bubur Tau swan

Bubur Tau swan


Sumber: Siti Mastura Alwi

Bahan A
500 gram kacang hijau tanpa kulit
(jika suka boleh tambah 150 gram kacang ginko)

Bahan B
150 gram tepung keledek atau sweet potato flour, diayak
250 ml air

Bahan C
320 gram gula halus
50 gram gula perang
2000 ml air
5 helai daun pandan

Cara-caranya
Rendam kacang hijau selama satu jam. Kemudian kukus selama setengah jam atau sehingga kacangnya empuk. Jika menggunakan kacang gingko, rebus sehingga empuk dan ketepikan.

Gaul rata Bahan B dan ketepikan. Didihkan Bahan C. Masukkan Bahan B dan kacau rata. Akhir sekali masukkan Bahan A dan ginko. Kacau rata dan hidangan dengan hirisan char kway.

BUBUR PUTIH BUBUR MERAH

BUBUR PUTIH BUBUR MERAH


Bahan - bahan

4 tin susu beras pulut - bersihkan dan rendam semalaman.
2 helai daun pandan - simpulkan
500 ml santan kotak
Air - secukupnya (anggaran mcm buat bubur nasi gitu - sebab ishzah tak sukat airnya)
1 s/teh garam
Gula merah - secukup rasa dan warna (Jika kurang manis, tambahkan dengan gula pasir)
Gula pasir - secukup rasa

Cara - caranya:
Dalam satu periuk besar, rebuskan beras pulut yg telah di rendam semalaman.
Masukkan air secukupnya serta kesemua santan tadi dan daun pandan.
Masukkan sedikit garam.
Kacau perlahan-lahan untuk memastikan pulutnya bila mengembang ianya tak berkerak di dasar
periuk.

Bila pulut mula agak kembang, senduk pulut secukupnya untuk bahagian putih ke dalam periuk kecil.
Masukkan gula merah di bahagian pulut yg ingin di merahkan.
Kacau dengan perlahan rata-rata agar gulanya sebati.Rasa manisnya.
Jika kurang masukkan sedikit-sedikit gula pasir.Rasa manisnya lagi.

Bahagian pulut berwarna putih, anda masukkan sedikit demi sedikit gula pasir. Rasa manisnya.
Bila pulut sudah mula mengembang seperti yang anda kehendaki.Padamkan api.
Dalam sebuah mangkuk, masukkan bubur merah kemudian di susuli bubur putih di atasnya dan hidang.
Sedap di makan waktu panas-panas.

Note:


Quote:
Ada diantaranya suka masak bubur merah ini dengan menggunakan gula melaka.Ada pula yang guna beras biasa sahaja... tapi ida suka guna beras pulut dan gula merah.Anda boleh pelbagaikannya. Kalau ada yang tak faham jangan segan untuk bertanya lagi k

BUBUR CHEEFF ALA NANGKA PISANG

BUBUR CHEEFF ALA NANGKA PISANG

BAHAN BAHAN A

200G TEPONG PULUT
PEWARNA HIJAU
AIR KAPUR
250G AIR


BAHAN BAHAN B

1000ML SANTAN
200G ISI NANGKA(YANG DIHIRIS)
3 BIJI PISANG( DIPOTONG BEBERAPA KERATAN)
100G SAGU MERAH(YANG DIMASAK)
180G GULA PASIR
4 HELAI DAUN PANDAN


CARA CARA MEMBUATNYA



CAMPURKAN SEMUA BAHAN BAHAN A DAN ULI SERTA GAULKANNYA HINGGA SEBATI. KEMUDIAN BENTUKKANNYA SEPERTI BIJI NANGKA.

REBUSKAN DI DALAM AIR YANG MENDIDIH SEHINGGA TERAPONG. SETELAH MASAK KETEPIKAN BIJI NANGKA ITU DISATU TEMPAT.

MASAKAN SAGU DAN DAUN PANDAN DENGAN AIR SECUKUPNYA.

KEMUDIAN MASAKAN SANTAN DAN GULA PASIR HINGGA MENDIDIH.

AKHIR SEKALI, MASUKKAN ISI NANGKA, BIJI NANGKA, KERATAN PISANG DAN SAGU MERAH. MASAK HINGGA MENDIDIH.

PERINGATAN, ELAKKAN DARI PECAH MINYAK. ITU SAHAJA.

Friday, April 4, 2008

Murtabak Mengkasar

Murtabak Mengkasar

Bahan-bahannya :

10 biji telur ayam
6 senduk daging hancur yang digoreng tanpa minyak
6 senduk bawang besar yang dipotong dadu dan digoreng dengan magjerin, serbuk kunyit, bunga cengkih, bunga lawang ditumbuk halus
1 senduk daun bawang, daun sadri dan cili
4 sudu gula
10 renjisan kicap
Sedikit serbuk perasa
Rempah ratus (campuran daripada 14 jenis ramuan spt jintan manis, jintan putih, bunga lawang, biji pelaga dan lain-lain…)
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas, kacau hingga sebati.

Caranya :

1. Panaskan kulit roti canai. renjiskan dengan minyak dan

2. Tuang sedikit demi sedikit bancuhan diatas ke atas kulit roti canai

3. Kemudian terbalikkan. tuangkan lagi bancuhan ke atas kulit roti canai bahagian sebelahnya.

4. Setelah masak letakkan diatas satu lapis roti canai lagi dan goreng hingga masak

5. Untuk murtabak 'special' tuangkan bancuhan kedua-dua bahagian murtabak dengan satu lagi lapisan bancuhan.

6. Setelah masak angkat dan potong. murtabak enak di makan bersama bawang jeruk dan kuah dal.

Serunding Daging

Serunding Daging

Bahan-bahan
2 biji kelapa parut putih (disanggar sehingga kering sedikit dan kuning)

Bahan untuk Dikisar
3 sudu makan penuh ketumbar biji
2 sudu makan rata jintan kasar
2 sudu makan rata jintan halus
4 batang serai
10 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
30 batang lada kering (rendam dan buang biji jika tidak mahu pedas)
1 ibu jari lengkuas
1/2 kilo daging ayam, lembu atau kambing (dihiris tipis)
150 gram gula hitam
2 helai daun kunyit (buang tulangnya, dan hiris kasar)
5 helai daun limau purut
1/2 cawan air asam pekat
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa


Cara Menyediakan
Panaskan minyak dan tumis rempah kisar sehingga garing dan naik minyaknya. Masukkan daging dan kacau rata. Masak sehingga dagingnya empuk sedikit. Masukkan air asam, balik-balikan dan masukkan pula kelapa, gula dan garam. Masukan semua dedaun. Balik-balikkan dan kacau sehingga rata. Kecilkan api dan terus kacau sehingga serundingnya berderai. Rasa, jika ada bahan yang kurang, tambah, gaul rata dan matikan api. Rasanya haruslah lemak, manis dan sedikit sahaja rasa masam dan pedas.

Perkara penting membuat serunding ialah, api harus kecil dan ia perlu senentiasa di kacau, di balik-balikkan dan digaul supaya rempahnya rata dan bahgian dasarnya tidak hangus.

Wednesday, April 2, 2008

Rojak Mamak

Rojak Mamak

Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Sampingan:
8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris

Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Bahan Kuah:
900 g keledek
2.5 liter air
1 camb asam jawa
75 ml air
75 ml minyak
4 biji bawang merah, dicincang halus
3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar
1 1/2 camt serbuk cili
1/3 camt garam
6 camb gula
50 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
beberapa titik kicap hitam
beberapa titik cuka

Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, kicap pekat dam cuka. Masak lagi hingga terbit minyak

Pulut Kuning Lapis Daging

PULUT KUNING LAPIS DAGING



Bahan untuk Pulut Kuning

3 kilo beras pulut

200 gram serbuk kunyit dibungkus dengan kaiin

1 sudu makan warna kuning lemon

4 biji limau kasturi, ambil jusnya

3000 ml santan pekat dari 3 biji kelapa parut putih

2 sudu teh garam halus

3 helai daun pandan

kukusan dialas dengan kain

2 loyang bulat 12" x 3" dan 8" x 3" dialas dengan kertas timah dan sapukan dengan sedikit mentega



Bahan Daging

3 kilo daging kisar

200 gram rempah kari daging

150 ml minyak untuk menumis

2 pelepah daun kari

200 ml santan dari 1/2 biji kelapa

secukup garam dan gula



(bahan dibawah ini dikisar halus)

15 biji bawang merah

10 ulas bawang putih

5 cm halia

2 batang serai



Bahan Hiasan

2 kotak serbuk kentang (Mr Mash)

1000 ml air mendidih

1/4 sudu teh garam halus

100 gram mentega cair



8 biji telur ayam yang kecil

8 biji telur burung puyuh

(rebus telur ayam dan burung puyuh dan kupas kulitnya dan rebus lagi dengan pewarna kuning, angkat dan toskan)



16 kuntum bunga cengkih, untuk buat mata burung

8 biji cili padi, untuk buat muncung burung hujungnya cucuk dengan lidi

secukup lada merah dipotong jangan putus jadikan bunga

secukup daun parsley

2 keping papan kek untul alas pulut dan 4 penahan kaki wedding kek tinggi 7"

2 piring 7" x 7" untuk alas kaki, hias ditepi dengan kain lace



Cara-caranya

Cuci bersih pulut. Gaul rata dengan secukup air, pewarna kuining, air limau, serbuk kunyit dan rendam semalaman. Pada keesokkan pagi, cuci bersih pulut tersebut dan toskan. Kemudian tuangkan kedalam kukusan, masukkan daun pandan dan kukus selama 30 minit.



Sanggar daging cincang hingga kering dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Masukkan rempah kari, daun kari, kacau rata dan masaklah sebentar. Masukkan pula santan, daging, garam dan gula. Masak lagi sehingga kering dan matikan api. Angkat dan sejukkan.



Sementara itu gaul rata santan pekat dan garam. Pulut yang telah dikukus itu diarunkan dengan santan sehingga sebati. Masukkan kembali pulut kedalam kukusan dan kukus lagi selama 40 hingga 50 minit. Ambil secukup pulut yang sudah masak itu dan masukkan kedalam loyang. Lapiskan pula denga daging dan ratakan. Kemudian timbuskan dengan pulut lagi dan ditekan-tekan sehingga mampat dan padat. Ketepikan.. Setelah sejuk barulah dihias. Buat yang sama kepada loyang yang satu lagi.



Cara Menghias

Pasang alat wedding kek untuk menghias pulutnya. Keluarkan pulut dari acuan loyang. Letakkan disebelah bawah pulut yang besar, dan diatasnya pulut yang kecil. Serbuk kentang, garam dan air dikacau rata dan sebati. Masukkan mentega, kacau lagi sehingga rata, setelah sejuk barulah boleh digunakan. Gunakan piping beg dengan nozzle bintang yang kecil. Isikan adunan kedalam piping beg. Picit dan hias tepian pulut sehingga sempurna. Cantikkan lagi denga bunga lada dan daun parsley, serta burung-burung kuning mengeram didalamnya.



Cara membuat Burung

Cantumkan telur ayam dan telur burung dengan menggunakan lidi. Cucukkan dikiri kanan telur burung dengan bunga cengkih untuk membuat matanya. Cucukkan pula dihujung telur burung dengan hujung cili sebagai muncungnya. Potong sedikit sebelah bawah telur ayam, untuk membolehkan burungnya duduk dengan selesa.

Rojak Buah


ROJAK BUAH


Bahan-bahan kuah;

15 biji cili api
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang (otak udang)
1 cawan kicap
3 s/b gula


*1 s/b bijan goreng tanpa minyak
*1/2 cawan kacang tanah, digoreng dan dtumbuk kasar


mangga muda
timun
epal hijau
nenas
jambu batu
jambu air
sengkuang
betik muda

Cara- caranya;

Blend semua cili, belacan dan asam jawa. Masukkan bahan blend dan semua di atas, masakkan sebentar. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan. Kuah rojak ni boleh disimpan lama..

Rojak Katih


Ingredients·
1 biji sedang timun (dibuang empulurnya & dipotong dadu).
1 biji sengkuang( dipotong dadu).
2 keping tauhu (digoreng & dipotong dadu).
5 batang kacang panjang (dipotong sepanjang ½ inci.
125 gm kacang tanah (digoreng & dibuang kulitnya).
1 camca bijan.
1 cawan air asam jawa.
½ cawan air
Bahan Giling.
60 gm lada kering (direndam & ditoskan).
1 camca penuh gula pasir
1 camca garam
Method
Gaulkan bahan giling dengan air asam jawa & air dalam sebuah periuk.Jerang di atas api hingga mendidih & biarkan mendidih selama 15 minit.Turunkan dari api. Masukkan bahan-bahan lain & biarkan bertutup selama15 minit.Isikan ke dalam pingan & hidangkan sama ada sebagai makanan ringanatau sebagai sajian tambahan kepada hidangan utama.

Bol Kentang

Bol Kentang

2 kg kentang, goreng 1/2 masak & tumbuk
100 gm biskut tawar, tumbuk halus
1/2 cawan bawang goreng, ramas
1 sdt lada putih

Bahan2 ini digaul rata


3 biji telur] utk menggoreng
minyak] kentang bol


BAHAN B : (Inti)

600 gm daging cincang
2 biji bawang besar, dadu
2 sdm rempah kurma
garam

Bahan Kisar :

8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 jari halia
1/2 jari kayu manis
4 kuntum cengkih
4 biji pelaga
1 sdt lada putih
1/2 sdt lada hitam


BAHAN C : (KUAH)

500gm tetelan
1 kg rusuk

Bahan diatas direbus hingga lembut

2 biji bawang besar - hiris
3 biji tomato - dadu
3sdm tomato puri
1/2 jari kayu manis
4 kuntum cengkih
4 biji pelaga
4 sdm kicap masin
4 sdm kicap manis
gula & garam secukup rasa

Bahan Kisar :

8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 jari halia
1/2 sdt lada hitam
1/2 sdt lada putih


Hiasan :
secekak daun salad
hirisan timun
kacang peas
daun sup/ daun bawang
bawang goreng
sambal cili padi



CARA2 NYA :

BAHAN A :

KENTANG YANG DITUMBUK, KEPAL BULAT2 DITENGAH2 NYA DIISI INTI DAGING. PUKUL TELUR DENGAN SEDIKIT GARAM. CELUPKAN BOL & GERANG SEHINGGA KUNING & GARING. ANGKAT DAN TOSKAN

BAHAN B :

PANASKAN MINYAK TUMIS BAWANG BESAR HINGGA LAYU. MASUKKAN BAHAN KISAR, REMPAH KURMA & TUMIS LAGI HINGGA WANGI. MASUKKAN DAGING CINCANG & SEDIKIT GARAM. MASAK HINGGA KERING.


BAHAN C :

PANASKAN MINYAK MASUKKAN BAWANG BESAR, TUMIS HINGGA LAYU. MASUKKAN BAHAN KISAR, CENGKIH, PELAGA & KAYU MANIS. APABILA HARUM BAUNYA, MASUKKAN DAGING REBUS DAN TETELAN BERSAMA AIR REBUSAN NYA SEKALI. TAMBAH AIR JIKA PERLU. MASUKKAN KICAP MANIS DAN MASIN, TOMATO PURI, GARAM & GULA. SETELAH DAGING EMPUK, MASUKKAN TOMATO DADU.

HIASKAN DENGAN BAHAN HIASAN

Tahu Isi Ikan


Tauhu Berisi Ikan


Bahan bahannya

6 biji tauhu di belah dua
300 gm isi ikan kembung
1 biji putih telur
2 sudu besar tepung jagung
5 ulas bawang putih
½ sudu lada sulah.
setangkai daun bawang

Cara penyediaan

Potong tauhu dan korek dibahagian tengahnya- menjadi lubang
Ketepikan. Ikan kembong di renehkan / direbus hingga masak.
Keluarkan isi ikan .Kisar isi ikan, isi tauhu yang di korek tadi bersama
Secubit garam dengan pengisar kering.
Kemudian masukan tepung jagung,daun bawang , sedikit lada sulah
dan putih telur. Isikan semua da;am tauhu yang di korek tadi. Goreng
sehingga kekuningan.

Tuesday, April 1, 2008

Murtabak Krackers

MURTABAK KRACKERS
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
500 gram biskut tawar CREAM CRACKERS
1 besen air
8 biji telur (jika kurang, tambah lagi) dikocak dengan sedikit garam dan lada putih
2 biji bawang besar, didadu kecil
3 biji lada merah, dirampai
3 biji lada hijau, dirampai
1 pokok daun sup, dirampai
1 pokok daun bawang, dirampai
1 loyang kek, sapu sekeliling dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas kek
500 gram daging cincang, disanggar
1 sudu makan rata rempah kari daging/rempah beriani siapkan dagingnya
Sedikit lada putih dahulu
Sedikit garam


Cara Cara
CARA UNTUK MASAK DAGING
Sanggar daging dengan rempah, garam dan lada putih. Angkat dan ketepikan.


CARA MELAPIS MURTABAK

Rendam beberapa keping biskut didalam air. Angkat perlahan-lahan dan tekap supaya airnya keluar. Atur didalam loyang. Ulang sehingga lapisan pertama berisi penuh dengan biskut.

Tabur rata diatas lapisan pertama biskut tersebut, sedikit daging. Tabur pula diatasnya sedikit hirisan lada merah dan hijau. Ini diikuti dengan bawang dadu dan hirisan daun sup dan daun bawang. Curah rata sekelilingnya sedikit telur.

Seterusnya buat lapisan kedua, dan ulang seperti yang dibuat untuk lapisan pertama. Buatlah beberapa lapisan, sehingga habis semua bahan-nya. Tetapi untuk lapisan terakhir, haruslah biskut sahaja diatas. Tuang sedikit telur diatas lapisan terakhir. Setelah lengkap semua lapisanya dibuat, barulah dibakar didalam ketuhar, dengan suhu 160 darjah sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar. Biarkan sejuk, baru dikeluarkan dari loyang dan dipotong. Enak disajikan dengan sos cili dan tomato

Murtabak Perantau


Murtabak perantau
resepi NoorMasri

Bahan-bahan :
12 keping kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm
2 cawan daging atau isi ayam } dicincang
4 ulas bawang merah } dikisar
1 cm halia } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
1 labu bawang besar } dipotong dadu
500 g kentang } dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
6 biji telur (jika suka telur banyak boleh tambah sebiji dua lagi)
minyak untuk memasak

Cara membuat inti:
Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk.
Kemudian toskan kentang tersebut.
Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing
Kemudian masukkan pes rempah tadi.
Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak.
Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.
Angkat dan sejukkan.

Cara membuat murtabak:
Telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dgn inti, kacau hingga sebati.
Buka sekeping kulit popia kemudian letakkan secukupnya campuran inti + telur ditengah2 kulit popia , ratakan inti tersebut.
Kemudian lipatlah kulit popia itu bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah sehingga menjadi 4 segi.
Masak dlm pan leper yg mengandungi sedikit minyak dgn api yg sederhana sehingga perang.
Ulang proses diatas sehingga habis.

Nota: Kentang direbus terlebih dahulu supaya intinya cepat siap/masak
Kalau tak mau guna kentang pun boleh jugak..hanya gantikan kentang kpd daging/ayam..