ASAM PEDAS JENAHAK BERSAMA DAUN LIMAU PURUT
Sumber : Yanti
Bahan-bahan
· 3-4 keping isi ikan jenahak
· 4-5 helai daun limau purut
· Air asam jawa secukup rasa
· Garam secukup rasa
· Minyak canola utk menumis
Bahan Kisar
· Cili kering dlm 20 tangkai
· Bawang besar 1 biji
· Bawang merah 6-7 ulas
· Bawang putih 3 ulas
· Kunyit hidup 2cm
· Belacan secukupnya
Bahan Tumbuk
· 3 ulas bawang merah
· 2 ulas bawang putih
Caranya
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar tadi, masak sehingga garing & pecah minyak
3. Masukkan air asam jawa & daun limau purut. Tunggu sehingga kuah mendidih.
4. Perasakan garam dan akhir sekali baru masukkan ikan.
5. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment