AYAM GORENG KUNYIT
Sumber : RASA May
Bahan2
2 keping dada ayam- dipotong kecil (saya guna ayam yg bertulang)
40 gm kacang buncis
2 biji bawang besar- dihiris
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
3 biji bawang putih
1 biji cili merah
*saya tambah kobis sedikit. Dlm perapan ayam tu saya tambah cuka utk menambah rasa & supaya ayam tu pejal sedikit.
Caranya
1. Gaul ayam bersama garam, kunyit & cuka kemudian digoreng hingga masak.
2. Goreng kacang hingga masak, ketepikan.
3. Tumis bawang hingga kekuningan
4. Masukkan kacang bunis, cili merah dan ayam kedalam bawang dan angkat. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment