Soto Bandung
Bahan-bahan A
1/2 kg daging
300 ml air
Satukan air dan daging, kemudian rebus hingga dagingnya empuk. Jikaperlu, boleh tambah air. Selepas itu, keluarkan daging daripada airrebusan dan siat-siat, kemudian goreng tetapi jangan sampai garing.
Bahan-bahan B
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sentimeter halia
1 sentimeter kunyit hidup
1 sudu teh lada putih (biji)
Semua bahan ini dikisar hingga lumat.
Bahan-bahan C
6 helai daun limau purut
2 batang serai (titik)
1/2 biji buah pala (titik)
4 kuntum cengkih
Bahan-bahan D
Secukup lontong, suun yang sudah direndam, daun sup dan daun bawangyang dihiris, bawang goreng, bergedel, limau nipis (hiris dan perahkan ke dalam kuah soto sebelum dimakan) dan keropok ikan.
Caranya
Panaskan setengah cawan minyak, tumis bahan-bahan C hingga naik baunya.Masukkan bahan-bahan B dan tumis hingga semua bahan rata dan terpisahminyaknya. Tuang stok daging dan biarkan mendidih. Tuangkan cuka (jikasuka).
Cara hidang Soto Bandung ini sama dengan lain-lain jenis soto. Untukyang sukakan pedas, bolehlah makan soto dengan sambal kicap.
No comments:
Post a Comment