Friday, April 11, 2008

RENDANG TOK

RENDANG TOK

Daging 1 kg dipotong nipis/ dadu (ikut suka)

Bahan untuk tumis
1 Bunga lawang
4 Bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
1 biji pelaga


Bahan kisar / perap
4 bawang merah
1 bawang besar
4 bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
4 buah keras
1 inci halia
I inci lengkuas
2 batang serai (hiris nipis)
2 helai daun limau purut
Garam/ gula secukup rasa
½ botol kicap masin Adabi
¼ botol kicap manis Adabi
½ inci kunyit
sedikit garam
sedikit gula


Bahan masak lain
Minyak untuk menumis
3 sudu besar kerisik
3 cawan santan pekat
2 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
¼ cawan air asam jawa

Cara:
•Kisar bahan-bahan kisar di atas dan perapkan pada
daging sekurang-kurang 1 jam
•Tumiskan bahan tumis dan masukkan bahan perap, daun
limau purut daun kunyit dan gaul rata,
• biarkan air daging agak kering baru masukkan santan,
kerisik dan air asam jawa
•masak sehingga rendang agak kering

InsyaAllah sedap. Kalau sedap, panjang-panjangkanlah
pada orang lain.

No comments: