Ini pula resepi lasagne yang selalu ida buat untuk hubby... although ada mcm2 cara nak masak lasagne ni dan ida dah compare resepi2 yang ida dapat... it turns out this is the best,... and it seems to be hubby fav..
Lasagne (beef)
1 bawang putih
½ sk garam
1 bawang besar
2 sb minyak zaitun
125 g daging cincang (lembu)
1 sb tomato puree
1 sb tepung
75 ml air
400 g buah tomato (tanpa kulit)
- paling mudah gunakan yang dalam tin dan jangan buang air (juice) nya
1 sb oregano (herb kering)
1 daun bay (kering)
garam, serbuk lada putih
Bahan-bahan Sos Bechamel:
2 sb butter atau marjerin
2 sb tepung
¼ ltr susu
serbuk buah pala (nutmeg)
2 sb keju parmesan
Bahan-bahan lain:
200 g (atau secukupnya) keping lasagne segera
butter (for greasing the baking dish)
100 g keju mozzarella
1 sb daun basil cincang
Cara Membuatnya:
Sos Tomato –
1. Bawang putih dan bawang besar dicincang. Panaskan minyak dan
masukkan daging cincang. Bila warnanya bertukar, masukkan pula
bawang putih, lalu bawang besar yang dicincang tadi dan garam. Tumis.
2. Selepas tu masukkan tomato puree, tepung dan bila mendidih, air.
Masukkan pula tomato (bersama juice-juice nya) dan biarkan mendidih
atas api kecil sehingga sosnya pekat. Akhir sekali tambah bahan-bahan
yang lain.
Sos Bechamel –
1. Panaskan butter atau marjerin, masukkan tepung dan 'tumis' sehingga
kekuning-kuningan. Masukkan pula susu sambil mengacau dan
didihkan atas api kecil selama 5 minit. Habiskan dengan menambah
serbuk lada putih, garam, serbuk buah pala dan keju.
Yang Lainnya –
1. Panaskan oven ke suhu 200°C.
2. Di dalam greased baking dish, mulakan lapisan dengan sos tomato
(daging), lalu sos bechamel dan kepingan lasagne. Ulangi dan akhiri
dengan lapisan lasagne dan hirisan (sliced) keju mozarella. Bakar
selama 35 minit atau sehingga kepingan lasagne masak dan lembut.
Sebelum sajian, taburkan cincangan daun basil.
Kalau nak buat kepingan lasagne sendiri pun boleh. Resipinya adalah seperti
berikut:
BASIC PASTA DOUGH
200 g tepung gandum
2 telur
1 sk garam
1 sb minyak zaitun
Cara Membuatnya:
1. Dari bahan-bahan atas campurkan semua sehingga mendapat adunan
(dough) yang lemah-liat (flexible). Adunan dibungkus dalam tuala
(tea-towel) yang lembap dan tinggalkan didalam peti sejuk selama
¼ jam.
2. Giling adunan pasta tipis-tipis and in big squares. Tinggalkan selama
½ jam.
3. Masak air dengan garam dan rebus kepingan adunan pasta squares
selama 5 minit. Keluarkan dan ketepikan untuk kegunaan seterusnya
No comments:
Post a Comment