PRAWN ULARTHIYATU from KARALA CUISINE (PRAWN MASALA JERALA STYLE)
Bahan-Bahan
500 gm Udang yang segar
100 gm Bawang - dihiris
50 gm Tomato - dihiris
10 batang Cili hijau
1 ulas Halia - ditumbuk
5 gm Daun kari
10 gm Bawang putih – ditumbuk
2 sudu makan Serbuk cili
1 sudu makan Ketumbar
Secubit Serbuk kunyit
100 ml Minyak
5 gm Jintan putih
5 gm Lada hitam
2 biji Limau nipis
5 gm Serbuk jintan putih
1/2 cawan Air
Garam secukup rasa
Cara Cara
1. Selepas minyak dipanaskan, masukkan jintan putih, halia, bawang putih, cili hijau dan daun kari. Tumis hingga kekuning-kuningan.
2. Masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan serbuk ketumbar. Tumis selama 1 minit dan masukkan tomato.
3. Gaul rata dan masukkan udang.
4. Masak di atas api kecil, kemudian, masukkan garam, lada hitam, serbuk jintan putih dan jus limau nipis.
5. Biarkan ia kering dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment