APPLE PIE (acuan 22 cm)
Bahan-bahan:
150g butter
200g tepung gandum(sepatutnya 150 tpg gandum+50 gm tepung roti)
1/2 s/k gula
secubit garam
sedikit saja air sejuk dari peti seeloknya
Inti:
4 biji epal hijau di potong-potong dadu(gunakan renji dlm 8-10 minit utk lembutkan)
1 sudu kecil serbuk kayu manis dan sedikit serbuk pala/nutmeg( optional )
2 s/b lemon jus
gula pasir mengikut suka kemanisannya( actually dr resepi 100 gm)
*sedikit kismis sebagai hiasan jika suka*
kuning telur untuk sapuan
Cara memasak inti:
Satu kan semua bahan dan masak di atas api yang kecil sehingga epal empuk dan sedikit hancur. selepas itu apple digaul dgn 1 s/b corn starch +2 s/b tepung gandum supaya sebati dan gaulkan dengan gula dan jus)
Ketepikan.
Untuk membuat apple pie:
Gaul mentega dan tepung sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit-sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut. Tutup dengan kain lembab/wrappping dan ketepikan selama 15-20 minit didalam peti seeloknya.
.
Canai sehingga tipis dan dilipat lagi dan dicanai sehingga tipis. Sapukan marjerin pada loyang dan taburkan sedikit tepung diatas nya .Letakkan pie dan cucukkan dengan garfu serta buang keliling mengunakan pisau atau gunting.Masukkan filling apple dan taburkan kismis jika suka. Lebihan pie tadi dicanai panjang dan dipotong jalur panjang dan boleh dijadiakan hiasan utk bahagian atas hiasannya seperti cara membuat tikar silangnya.Sapukan dengan kuning telur diatasnya…
Bakar menggunakan oven 160 -180 darjah sehingga masak (dlm 40 minit)dan agak kekuning-kuningan.
No comments:
Post a Comment