Thursday, October 11, 2007

Ayam Masak Serai



ini masakan favourite ida... anything to do with ayam... is my favourite... daripada ayam goreng to ayam asam pedas.. to lemak cili padi... and to this...

so here's the recipe i wanna share out there


Bahan2

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan

6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)

2 keping asam gelugor

Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:

6 biji bawang merah

1 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

20 tangkai lada kering dibunag biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak Angkat ayam dan toskan minyaknya. Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 .

Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

No comments: