Friday, May 16, 2008

Udang Semarak Kasih

UDANG SEMARAK KASIH


Bahan-Bahan
½ kilo Udang
1 Tin kecil Tomato puri
1 biji Limau nipis
1 ikat Daun Ketumbar
1 cawan Air
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

REMPAH GILING:
1 sdt Jintan halus
1 sdt Lada hitam
1 sdm Ketumbar
1 labu Bawang besar
1 ulas Bawang putih
5 biji Bawang merah
5 tangkai Lada kering
1 batang Serai

UNTUK HIASAN:
½ cawan Bawang goreng
1 biji Bawang besar (dipotong bulat)
1 tangkai Lada merah (dihiris)
1 tangkai Lada hijau (dihiris)

Cara Cara...

Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang telah digiling tadi. Masukkan air, tomato puri dan udang dimasak sehingga mendidih. Kemudian masukkan air perahan limau, garam, gula dan daun ketumbar. Masak sehingga kuah pekat. Akhir sekali, masukkan bawang besar, lada merah, lada hijau dan bawang goreng.

No comments: