Friday, April 11, 2008

Sambal Goreng Pengantin keluarga Ida

Ini lagi satu kemestian pada bulan raya... resepi ni dari mak johor...


Sambal Goreng Pengantin Keluarga Ida

Bahan Utama…

Hati
Paru
Limpa
Daging
Udang

Bahan2 ini kecuali udang harus lah direbus, potong dadu dan digoreng. Udang pula dikupas kulit dan digoreng.

Bahan Blend…

Lada kering
Bawang besar
Bawang putih
Belacan


Bahan hiris

Lada merah
Lada hijau
Lada kering
Bawang putih
Halia
Serai

Bahan2 ini setelah dihiris halus harus lah digoreng juga

Bahan2 lain

Air asam jawa
Gula melaka
Garam


Caranya

Tumis bahan kisar sampai garing dan naik bau.. kemudian masukkan gula melaka dan gaul hingga ia cair.masukkan sedikit air asam jawa dan gaul rata lagi. Masukkan bahan utama iaitu udang, hati, daging, paru dan limpa. Gaul hingga sebati. Masukkan pula bahan hirisan yang telah digoreng tadi dan gaul rata lagi. Perasakan dengan garam. Masak hingga is agak2 lembab.

No comments: