Monday, August 30, 2010

Been A While

Wow.. last entry was last year September 2009.. aiyo.. well i have been bz lately... moving on with life...

Enjoying it... alhamdulillah.. New life, New career and new love.. hehehe

It's been a while since I last post entries on recipes and updates.. Well for a start, I'm happy coz the interest in cooking that I have.. manage to impart some knowledge my beloved sis.. now she's so into cooking... wish her all the best... continue cooking and make her proud.. you know who i meant..

Ok.. back to resipe... Today is already the 18th day of Iftar, will update more on recipes and photos of what i cook the past weeks, months.. hehehe..

For today, is Nasi Tomato. Dimakan bersama Dalca Sayur, Ayam Goreng Rempah and Jelatah..


Source of recipe is from CMG..






Here is the recipe...


Nasi Tomato

5 cawan beras basmathi-cuci dan rendam 20 min dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai daun pandan - simpul
3 ulas bawang putih *
5 biji bawang besar*
2 btg serai - titik *

* bahan ni saya blend instead dihiris as the original recipe

4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pe ka)
air - ikut sukatan beras
garam

Hiasan : daun sup dan bawang goreng

Cara nya

Dalam periuk, panaskan mentega dan minyak. Setelah mentega cair, masukkan 4 sekawan, rempah blend dan daun panda. Tumis sampai wangi.
Masukkan tomato cincang, sos tomato dan kacau hingga masak. Tuangkan susu cair dan air yang disukat. Setelah mendidih, masukkan beras dan masak hingga tanak. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.



Dalca Sayur

Kacang Dhal - rebus sampai empuk

bawang besar *
bawang putih *
halia *

Bahan2 ni di blend

Daun Kari
Rempah halba
bawang besar - hiris halus
Rempah Kari daging
air asam jawa
yogurt / santan

kentang
carrot
kacang panjang
terung
mangga muda(optional)
tomato muda (yg hijau)

Caranya

Tumis kan bawang besar hiris, halba dan daun kari sampai wangi. Masukkan rempah kari dan air. Masukkan air asam jawa. Kemudian masuk kan kentang, mangga muda dan carrot dan kacang dhal. Setelah empuk masukkan tomato dan kacang panjang. Masukkan yogurt or santan . Perasakan dan sedia untuk dihidangkan.






Jelatah

1 btg timun - potong ikut suka
1 btg lobak merah - hiris nipis
1/2 biji bawang besar - hiris halus
2 btg lada merah - hiris halus
cuka dan gula

Perap kan semua bahan ne selama 15 min sebelum di hidangkan.

So enjoy and try the recipe ya..

Thursday, September 3, 2009

Roti Jala Dan Kari Daging





Roti Jala

1/2 paket tepung gandum
pewarna kuning
telur
susu cair
garam

daun pandan - untuk lengser kat kuali
Cheesecake

Base:

Biscuit - dihancurkan sampai halus
Butter/mentega utk digaul dengan biskut
- buat sehingga kita boleh kepalkan biskut tersebut dan tekan ke dasar acuan cheesecake.


Adunan Cheesecake

500 gm cream cheese
4 biji telur - asingkan putih dan merah telur
150gm whipping cream
1 sudu besar lemon juice
10gm sugar
60gm sponge cake mix

Dalam satu mangkuk asing, pukul putih telur sehingga kembang dan masukkan 50 gm gula dan terus pukul sehingga likat dan berkilat (meringue laa tu)

Dalam mangkuk lain, pukul cheese dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan whipping cream.
Masukkan tepung sponge.

Tuang adunan cheese tadi ke dalam adunan putih telur dan kacau perlahan sehingga sebati.

Curah ke atas base tadi dan masak secarai bain marie. Ikut masa dan kepanasan oven masing-masing


Mee Rebus Tulang

Bahan-bahan:
600 gm mee kuning


Kuah:
i. Bahan-bahan dikisar halus
12 tangkai cili kering
10 labu bawang merah
2 batang serai
1/2 inci halia
2 sudu besar udang kering
ii. Pemekat kuah
3 biji keledek merah direbus dan lenyek halus
100 g pes tomato (tin kecil)
3-4 sudu besar kacang tanah yang telah disangai dan ditumbuk hancur
2 sudu besar bijan yang telah disangai


Bahan2 Sup tulang

600 gram tulang rusuk
rebus tulang dengan garam, sup bunjut, daun pandan dalam pressure cooker.


Hiasan

4 biji telur direbus
4 keping tauhu digoreng
bawang goreng
cili merah dihiris
limau kasturi
daun bawang dan daun sup
taugeh dicelur




Tumisan:
kulit kayu manis, bunga cengkih, bawang merah dan bawang putih diracik.

garam, gula merah
asam keping


Panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian tumiskan bahan tumisan hingga naik bau.
Masukkan bahan yang dikisar halus dan masak hingga garing dan terbit minyak kemudian curahkan sup tulang ke dalam periuk tumisan. Masukkan sekali asam keping bersama sup tadi dan biarkan hingga menggelegak. Satukan bahan pemekat masukkan dalam kuah dan kacau hingga rata. Perisakan dengan garam dan gula merah.
Biarkan merenih hingga kuah pekat... jika kuah masih cair, bancuh tepung jagung dan masukkan dalam kuah.




Keema Lembu

Bahan-Bahan:
1 kilo daging lembu cincang
1 biji bawang besar di dadu
3 ulas bawang putih di cincang
½ kilo kentang yang telah direbus dan dadu
½ cawan tairu
½ cawan susu
½ cawan daun ketumbar di hiris
6 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa
1 tin kacang peas

Bahan di kisar
2 ½ sudu teh ketumbar
2 ½ sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 inci halia
1 sudu teh kunyit
10 biji cili padi

Cara:
1. Panaskan minyak sapi.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih
3. Campur bahan yang di kisar.
4. Tumis hingga harum
5. Campur daging cincang.
6 Masak hingga tukar warna.
7. Campur daun ketumbar, air limau dan garam
8. Campur kentang, tairu dan susu
9. Bila mendidih tambah kacang peas dan padamkan api.

Ikan Goreng Sambal

Ikan Goreng Sambal

1 ekor ikan ( tak kisahlah ikan apa-apa; saya guna kerapu)
garam dan kunyit
Sambal:
3 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
5 bawang merah
3 labu bawang putih
10-15 biji petai, isinya sahaja dihiris halus.
belacan, garam, gula
sos ikan
limau kasturi

Ikan:
Bersihkan ikan dan rendam dalam campuran air asam dan garam ( asam keping/asam jawa/ limau nipis dan garam utk hilangkan bau yang kurang enak).
Cuci dan toskan, kemudian lulurkan garam halus dan kunyit secukupnya.
Goreng tapi usah sampai garing.

Tumbuk KASAR cili dengan belacan , garam, 3 biji bawang merah dan dua biji bawang putih.

Mayang halus lebihan bawang merah dan putih kemudian tumis hingga layu. Masukkan sambal yang di tumbuk , sekaligus dengan garam, gula. Bila sambal garing, masukkan petai yang sudah dihiris halus. Masukkan sos ikan ( nampla) dan perahkan limau kasturi. Tambah garam gula mengikut rasa. Tambah air supaya sambal yang lebih cair.

Bila sudah masak, masukkan ikan yang telah di goreng, biarkan dalam kuali hingga sebahagian dr kuah di serap ikan. Balikkan ikan supaya sama rata menyerap kuah sambal.
Hidang bersekali dengan rencah sambal.

Friday, August 28, 2009

Murtabak Sardin Cream Crakers

Try tis recipe...

Bahanya
1 paket biskut cream crakers (tanpa gula ya )
1 tin sardin markerel or sardin biasa ok jugak
2 bji bawang besar - potong dadu
4 biji cili merah - potong memanjang
1 liter santan or susu cair pun ok jugak

caranya :
sardin + bawang + cili = gaul sehingga sebati semuanya
sapu loyang dengan marjerin supaya murtabak tak melekat bila masak
susun biskut dlm loyang empat segi - biskut wat 2 lapis ya
tuangkan santan atas biskut sampai tenggelam
lapiskan dengan sardin tadi
susun lagi biskut 2 keping jugak
curahkan santan atas biskut hingga tenggelam jugak
buat lee berselang-seli hingga sardin dan biskut abis ikut selera masing2
akhir sekali pastikan sardin diatas , leh tabur bawang goreng sebelum bakar
or leh jugak taburkan dengan daun bawang or daun sup ..
pastikan jugak santan or susu cair tadi abis ya...biarkan biskut tenggelam
biarkan selama 30 minit sebelum bakar dlm oven 180 = masak selama 40 minit or
hinngga murtabak masak kekuningan...
tunggu sejuk baru potong...