TALAM KELADI
Lapisan Bawah
200 gram keladi, dipotong dadu
8 oz tepung beras
34 oz santan cair
1 sudu teh garam
1 ½ sudu makan tepung jagung
1 ½ biji kelapa parut, buang kulit
Cara untuk Lapisan Bawah
Keladi dipotong dadu dan direndam dengan warna ungu lalu ditoskan. Kesemua bahan-bahan tadi digaul hingga rata dengan santan lalu dimasak atas api hingga pekat sedikit dan tuangkan dalam loyang yang telah disapu minyak. Taburkan keladi dan dikukus hingga masak.
Lapisan Atas
5 biji telur
23 oz santan pekat
3 oz tepung gandum
5 oz gula melaka
2 oz gula pasir
½ sudu teh garam
sedikit warna coklat
Cara untuk Lapisan Atas
Telur, gula dan tepung dikacau rata lalu masukkan santan, garam dan warna coklat. Kacau lagi dan ditapis. Masak atas api sederhana hingga berwap lalu dituangkan atas lapisan bawah dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak
No comments:
Post a Comment