Tuesday, April 1, 2008

Pelbagai Resepi Rendang Tok


Jenis2 rendang tok

1. Rendang Tok S
Sumber : mealtimemenus. yahoogroups. com

Bahan - bahan
500 gm daging lembu
250 gm isi kelapa - dihiris 2 sm & digoreng
200 gm kerisik
150 gm gula melaka
1.5 kg santan pekat
1 kg santan cair
3 helai daun kunyit - dihiris
150 gm serbuk rempah kari daging + sedikit air - dibancuh

Bahan (A) dikisar
100 gm lengkuas
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sm halia
10 batang serai
10 tangkai cili kering

Bahan (B) digoreng tanpa minyak & ditumbuk:
40 gm bunga lawang
30 gm bunga cengkih
30 gm biji jintan putih
30 gm biji jintan manis
30 gm biji buah pelaga
3 sm kulit kayu manis

Cara membuat:
1. Daging dipotong kiub dan dibersihkan. Perapkan dengan rempah kari, bahan (A) dan (B) selama 2 jam dalam kuali.
2. Tuangkan santan cair dan masak dengan api sederhana.
3. Apabila mendidih, masukkan santan pekat dan masak lagi hingga daging lembut.
4. Masukkan kerisik, daun kunyit, isi kelapa, gula melaka, dan garam.
5. Kacau rata rendang ini dan masak lagi hingga kering dan keluar minyak.

============ ========= ========= ========= ========= ========= ==

2. Rendang Tok
Sumber : Ariza - rnet

Bahan kisar:
200g bawang merah
200g bawang putih
200g halia
200g lengkuas
200g serai
200g kunyit hidup
200g cili api
300g cili kering

Bahan:
1kg daging lembu
1gelas air
1kg santan
50g rempah tiga serangkai (ketumbar, jintan manis dan jintan putih)
200g minyak masak
150g daun kunyit
150g daun limau purut
150g daun salam
Garam dan perisa secukup rasa

Cara membuatnya:
Rebus daging lembu sampai lembut.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan dikisar sehingga naik bau. Masukkan air dan santan dan rempah tiga serangkai.
Apabila mendidih masukkan daging lembu. Reneh sehingga pekat. Masukkan daun kunyit, limau purut dan daun salam. Masak sehingga pekat dan hidangkan.


*Resipi disediakan oleh Chef Hasnah Jusof dari Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur
============ ========= ========= ========= ===

3. Rendang Tok
Sumber : Morni - rnet
Bahan-bahannya:
1 kg daging
100 gm rempah
300 gram kerisik
100 gram jintan manis
100 gram jintan putih
10 biji bawang merah
200 gram lengkuas
4 cm halia
2 batang serai
1 kg santan
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Daging dipotong kecil selebar 4 cm. kemudian, campurkan serai, halia dan bawang merah yang teklah ditumbuk halus bersama dengan daging tadi.
Selepas itu, masukkan santan dan bahan lain kedalamnya. Gaulkan hingga sebati. Akhir sekali, masak pada suhu api sederhana dan sentiasa dikacau. Setelah betul-betul masak, angkat dan bolehlah dihidangkan

============ ========= ========= ========= ========= =======

4. Rendang Tok
sumber : mealtimemenus@ yahoogroups. com

Bahan-bahannya:
1 kg daging
2 batang serai - dikisar
200 gm cili kering - dikisar
400 gram bawang merah - dikisar
1 kg santan kelapa
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Daging dipotong kecil. Kemudian, campurkan daging dengan semua bahan sekali dan kacau hingga rata.
Masukkan santan dan masak sehingga kering.
Lebih sedap dimakan bersama nasi putih.
============ ========= ========= ========= ====

5. Rendang Tok
Sumber : famaliazam.com

Bahan-bahannya:
1 kg daging
100 gm rempah
300 gram kerisik
100 gram jintan manis
100 gram jintan putih
10 biji bawang merah
200 gram lengkuas
4 cm halia
2 batang serai
1 kg santan
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Daging dipotong kecil selebar 4 cm. kemudian, campurkan serai, halia dan bawang merah yang teklah ditumbuk halus bersama dengan daging tadi. Selepas itu, masukkan santan dan bahan lain kedalamnya. Gaulkan hingga sebati.
Akhir sekali, masak pada suhu api sederhana dan sentiasa dikacau. Setelah betul-betul masak, angkat dan bolehlah dihidangkan
============ ========= ========= ========= ========= =====

6.Rendang Tok
Sumber : mealtimemenus@ yahoogroups. com

Bahan-bahan
500 gram daging lembu tulang kering bulat atas tanpa lemak, didadu
1 liter / 4 cawan santan (daripada 2 biji kelapa parut dan 1 liter ( 4 cawan air)
55 gram (1/2 cawan kerisik)
1 sudu besar jintan putih (halus serbuk)
1 sudu besar jintan manis (kasar serbuk)
garam
gula

Dikisar halus halus

4 sudu besar pes cili
2 biji bawang besar, dikupas
6 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
3cm halia, dikupas
4 batang serai, dihiris halus-halus
2cm lengkuas, dikupas

Cara

Bubuh daging, santan dan bahan kisar di dalam kuali dan renihkan. Masak di atas api kechil sehingga daging empuk.
Tambah kerisik, jintah putih/ halis dan jintan manais/ kasar. Masak sehingga kuah mula memekat.
Masukkan gula dan garam dan terus masak sehingga daging menjadi agak kering. Hidang bersama nasi.

============ ========= =========

7. RENDANG TOK FRESH FROM PERAK
Sumbangan: Chetam

Bahan-bahan
1 kg daging batang pinang dipotong menjadi 12 ketul
3 biji kelapa parut, 1 biji dibuat kerisik.
3 sm halia
2 sm lengkuas - dikisar hingga halus.
3 batang serai dimesin
30 sen cili kering 300 gm bawang merah
4 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
2 sm kulit kayu manis
2 paket jintan putih (sepaket 30 sen)-digoreng tampa minyak.
1 paket jintan manis (sepaket 30 sen)-ditumbuk hingga halus
Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang -digoreng kemudian ditoskan.
Sekeping gula melaka kecil.
Garam secukup rasa.


Cara Menyediakan
Daging dibasuh dan toskan sehingga kering. Ambil santan kelapa sebanyak dua mangkuk besar. Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukan santan, kulit kayu manis, bunga lawang dan kelapa yang telah dipotong kecil besama daging. Biarkan mendidih. Masukan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu sehingga kuahnya pekat, baru masukkan kerisik. Biarkan bahan tesebut sebati dan kering. Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih.
Setelah semuanya siap, rendang bolehlah dihidangkan, dan dihias dengan daun salad dan cabai masak.

============ ========= =========

8. RENDANG AYAM TOK PERAK
Sumber: Majalah Wanita Januari 1999


Bahan-bahan

Bahan dikisar
300 gm bawang besar
200 gm bawang putih
150 gm halia
5 batang serai
1 cm lengkuas
20 tangkai cili kering
1 ekor ayam (potong mengikut citarasa)
6 helai daun limau
2 helai daun kunyit
3 sudu besar kerisik
Garam
Gula


Cara Menyediakan
Perah santan sederhana pekat dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan ayam yang telah dibersihkan. Biar sehingga ayam empuk dan masukkan daun kunyit, daun limau, kerisik, garam, gula dan bahan perasa lain. Perlahankan api dan biarkan rendang separuh kering barulah diangkat

No comments: