Tuesday, April 1, 2008

MAC N CHEESE

MAC N CHEESE DEE
Sumber : Puteri Dee/JENI
Bahan-bahannya1 paket (500 gram) pasta yang sesuai seperti macaroni, spiral atau sebarang bentuk pasta lain yang disukai220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti Prego 400 gram daging cincang1 biji bawang besar, didadu3 ulas bawang putih, dicincang2 - 3 helai bay leaves (kering)Sedikit rempah oreganoGaram dan gula secukup rasa* Rempah oregano & bay leaves boleh dikecualikan sekiranya menggunakan sos spaghetti segera1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut500 - 600 ml susu segar3 sudu besar tepung gandum
Cara-caranya
Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.
Untuk Sos Merah : Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.
Untuk Sos Cheese : Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.
Cara menyediakan Mac N Cheese : Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan.

No comments: