RAWON
Sumber: Mami Asmah Laili
Bahan-Bahan
1 kilo daging, dihiris 1 cm tebal dan 4 cm panjang. Cuci bersih dan rebus dengan 3 liter air dan sedikit garam sehingga ¾ empuk. Kemudian diketepikan bersama stoknya.
BAHAN KISAR
2 paket buah keluak (kira-kira 200 gram)
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
6 biji buah keras
10 biji lada kering
2 batang serai, bahagian putihnya sahaja
Sedikit lengkuas
6 biji bawang putih
1 jari halia
½ jari kunyit hidup
12 biji bawang merah
2 keping asam gelugur
2 helai daun limau purut
4 helai daun salam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Cara
Panaskan minyak didalam periuk. Tumis rempah kisar dan perlu dibalik-balikkan dan dikacau rata. Tumis sehingga garing dan naik minyak. Masukkan daun limau purut dan daun salam. Gaul lagi. Barulah dimasukkan daging bersama air rebusannya sekali. Masukkan asam keping dan sedikit garam. Biarkan sehingga mendidih atau sehingga dagingnya empuk. Setelah mendidih, rasa kuahnya. Jika ada yang kurang, tambah.
Enak disajikan dengan nasi putih beserta lauk pauk lain seperti, bergedil, sambal belacan, paru goreng, tempeh goreng serta sambal goreng tempe tauhu.
PERHATIAN
Jika rasa masam kuahnya sudah mencukupi berdasarkan selera anda, anda bolehlah keluarkan sahaja asam kepingnya. Ini kerana, jika asam kepingnya ditinggalkan lama, mungkin rasa rawon anda, akan terlalu masam.
CARA HIDANGAN :
NASI, KUAH RAWAN, PARU GORENG, BAGEDIL, TEMPEH GORENG, SERUNDING, SAMBAL BELACAN.... LAGI ENAK TAMBAH SAMBAL SOTONG
No comments:
Post a Comment