Friday, April 11, 2008

Daging Bistik

DAGING BISTIK

Bahan-bahan:-

1/2 kilo daging (dipotong sebesar 1/2 tapak tgn)
1/4 cawan serbuk black pepper McCommick (bancuh dgn air - boleh
dikurangkan)
10-12 tangkai cili kering (rebus & kisarkan)
4-5 biji kentang (potong baji- wedges & goreng hingga kekuningan
-ketepikan)
1 tin kecil kacang peas (toskan)
1 senduk kecil kicap manis (boleh dikurangkan)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit garam, gula & air
4 sudu mkn air asam jawa
minyak untuk menumis

cara-cara:-

1. Rebus daging bersama sedikit air sehingga empuk
2. Hiris nipis daging - tebal 1cm & tumbuk / ketuk2 sedikit - ketepikan
3. panaskan minyak - tumis bawang putih & merah hingga wangi
4. masukkan cili kisar - tumis hingga garing / pecah minyak
5. masukkan bancuhan pepper & air asam jawa -tumis 2 minit & tambahkan
kicap
6. sesuaikan garam, gula & tambah sedikit air jika terlalu kering
7. masukkan daging - gaul rata & masak seketika kemudian tambahkan
kentang
8. apabila daging dah sebati /mesra masukkan kacang peas - masak dlm 5
minit

** sesuai utk hidangan hari biasa / juadah raya
boleh dihidang bersama pelbagai jenis nasi / roti

tips : guna serbuk Black Pepper Beef instant cooking Maggi pun boleh
jika tak suka pedas cili kisar tu kurangkanlah

No comments: