Wednesday, April 2, 2008


AYAM MASAK KETUMBAR JINTAN
Bahannya-:

1 ekor ayam ( potong ikut suka )
1 tin susu cair atau santan pekat
12 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 in halia
4 btg serai
Beberapa biji cili merah & hijau ( belah dua)
1-2 biji bawang besar ( hiris bulat atau potong empat )
1/2 cawan ketumbar
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan manis
Sedikit kunyit & garam
Rempah tumis
1/4 cawan minyak sapi
1/4 cawan butter

Caranya:
Kisar Bawang merah, putih, halia, serai. gaulkan ayam dgn kunyit dan garam perap kejap. Goreng tanpa minyak ketumbar & jintan2 dan kisarkan.

Panaskan butter & minyak sapi. Masukkan rempah tumis, serbuk ketumbar & jintan dan bahan kisar goreng hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam, masak sekejap kemudian masukkan susu/santan rasakan garam perlahankan api dan renehkan ayam hingga masak boleh tambah air sikit kalau agak kering.

Bila ayam dah masak akhir sekali masukkan lada hidup dan hirisan bawang besar. Kacau rata -rata.

No comments: