Monday, March 31, 2008

Tips dan Resepi untuk BBQ

TIPS DAN HIMPUNAN RESIPI UNTUK BARBEQUE

Kepada yang ingin membuat barbeque. Resipi ini ilham dari barbeku yang selalu keluarga Diana adakan. Sekiranya da resipi-resipi lain yang sesuai untuk majlis barbeku harap ahli-ahli sudi berkongsi bersama.


TIPS
1) Buat keputusan bahan-bahan barbeku hendak disediakan oleh tuan rumah ataupun kira "pot luck" dimana sesebuah keluarga atau seseorang diberi tugas untuk menyediakan keperluan untuk masakan tersebut.

2) Listkan menu untuk barbeku. Apakah makanan yang hendak dibarbeku dan apakah lauk-pauk sampingan yang harus ada.

3) Kalau ada daging/ayam yang harus diperap dengan sos perapan, lebih sedap kalau diperap semalaman. Lebihan sos marinate jangan dibuang boleh direnjis atas daging sewaktu barbeku.

4) Sediakan semua bahan yang hendak dibarbeku sebelum memulakan barbeku.

5) Jangan campurkan daging mentah yang belum dimasak dengan lauk-pauk yang telah dimasak (eg. Mee goreng). Kena organize sikit.

6) Paling simple, mudah dan tidak membazir. Gunakan pinggan kertas dan cawan plastik. Kira dah pakai, buang.

7) Sediakan balang air yang besar. Jadi tak payah buat air berkali-kali. Selalu air yang keluarga D sediakan adalah sirap rose + sirap orange + ice cream soda = fruit punch.

8) Juga tidak lupa Sos Cili Thai, Black Pepper Sos, Sos Tomato, Mayonaisse untuk mencecah segala yang dibarbeku.

10) Majlis barbeku juga adalah sesuai untuk berinteraksi. Jadi adakan permainan "games" elok untuk keluarga atau sahabat-handai yang hadir. Jangan lupa sediakan hadiah kalau tidak hampa si kecik tu kalau menang.

Diana himpunkan resipi-resipi menarik untuk barbeku dan juga yang selalu disediakan untuk barbeku termasuk sos yang boleh digunakan untuk bahan perapan "marinate" daging.


* Daging Steak BBQ
* Rusuk Kambing dilumur rempah BBQ
* Udang Garlic Butter
* Ketam Garlic Butter
* Kepah Garlic Butter
* Drumstick/ Kepak Ayam BBQ
* Ikan Kembung Balut Daun Pisang BBQ
* Kebab
* Satay
* Jagung BBQ
* Kentang BBQ
* Coleslow
* Salad Buah
* Bee Hoon Kering
* Macaroni Goreng
* Mee Goreng
* Marshmallows (ini untuk budak-budak cucuk kat lidi panggang atas bara kasi lembik sikit lepas tu boleh dimakan)
* Agar-agar konyakku (pencuci mulut, D tak sertakan resipinya ikut peraturan seperti di kotak)
* Cocktail Jelly
* Kuih-Muih (biasanya seperti karipap, kek, jelly, pudding dan hasil kreativiti keluarga "pot luck" Diana – roti sardin pun ada)


SOS BBQ/REMPAH UNTUK DIJADIKAN BAHAN "MARINATE"

SOS BBQ (Basic)

Bahan-bahannya
1 biji bawang, dicincang halus
2 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula perang
4 sudu besar jus lemon
1 cawan sos tomato
3 sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh sos tobasco
garam secukup rasa

Cara-caranya
Panasakan minyak dan tumis bawang sehingga kuning dan masukkan bahan-bahan yang lain. Reneh sos selama 30 min. Setelah sejuk masukkan kedalam belender untuk mendapatkan sos yang halus. Boleh digunakan untuk ayam, daging, rusuk sewaktu barbeku.


SOS PERAPAN YANG SESUAI UNTUK DAGING STEAK
(daging hendaklah diperab dengan sos sekurang-kurangnya 4 jam dan lebih baik semalaman)

Bahan-bahannya
1/3 cawan soya sauce
1/3 cawan minyak sayuran
2 sudu besar madu
2 sudu besar halia, diparut halus
1 ulas bawang putih, dicincang halus

Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gunakan untuk perap daging steak yang hendak dibarbeku


REMPAH RUB UNTUK RUSUK KAMBING

Bahan-bahannya
1 ¼ cawan gula
1 ¼ cawan gula perang
¼ cawan serbuk lada hitam
¼ cawan paprika
garam secukupnya

Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan boleh digunakan untuk rusuk kambing yang hendak dibarbeku. Lumurkan pada rusuk kambing 10 minit sebelum dibarbeku. Lebihan rempah boleh disimpan dalam bekas ketap udara.


GARLIC BUTTER (sesuai untuk udang, kepah dan ketam)

Bahan-bahannya
1 cawan mentega
8 ulas bawang putih, dicincang halus

Cara-caranya
Bawang putih yang telah dicincang digaulkan dengan mentega. Lumurkan 10 minit sebelum barbeku udang. Udang juga sedap dibarbeku begitu sahaja untuk mengekalkan rasa manisnya.

Untuk ketam lumurkan dengan Garlic Butter sewaktu barbeku taburkan sedikit lada hitam atas ketam. Fuhh sedap hingga menjilat jari. Kepah juga sesuai untuk dilumur bersama garlic butter sebelum dibarbeku. Kalau suka boleh taburkan dengan serbuk parsley.


DRUMSTICK/ KEPAK AYAM BBQ
24 keping drumstick ayam

Bahan perapan
16 sudu besar sos tomato
16 sudu besar sos Worchestershire
9 sudu besar madu
250 gram gula perang
2 sudu the sos tobasco
garam dan lada hitam secukupnya

Cara-caranya
Atur drumstick ayam dalam bekas. Campurkan kesemua bahan perap dan tuangkan ke atas drumstick. Perap dalam peti sejuk selama 12 jam. Kemudian boleh dibarbeku.

Nota : Boleh juga gunakan kepak ayam.


IKAN KEMBUNG BALUT DAUN PISANG

Bahan-bahannya
Ikan kembung secukupnya
daun pisang (secukupnya)
10 helai daun limau purut dihiris halus
200 gram cili hidup merah
100gr lada kering
2 labu bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia muda
1 biji limau kasturi
kicap manis secukup rasa
garam
serbuk perasa
minyak untuk menumis secukupnya

Cara-caranya
Kisar kesemua bahan kecuali ikan dan daun pisang. Letak ikan diatas daun pisang dan lumurkan dengan rempah yang telah dikisar. Kemudian balut daun pisang dan disematkan dengan lidi. Perap dalam peti sejuk dan sedia untuk dibarbeku.


KEBAB

Bahan-bahannya
2 cawan jus tomato
½ cawan mentega
¼ cawan bawang besar, dicincang halus
1/3 cawan sos tomato
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih, dicincang
1 sudu besar sos Worchestershire
1 sudu teh sos tobasco (yang pedas tu)
2 pound daging lembu, potong dadu 1 inci
200 gram cendawan butang segar, buang batangnya
tomato ceri secukupnya
1 biji bawang besar, dibelah empat
1 biji capsicum hijau, potong 1 inci persegi
lidi satay secukupnya (sebaik-baik lidi satay direndam dengan air, jadi bila dibarbeku lidi tak mudah patah)

Cara-caranya
Panaskan kuali, campurkan jus tomato, mentega, bawang, sos tomato, garam, lada hitam, bawang putih, sos Worcestershire dan sos tobasco. Biarkan ia reneh selama 30 minit. Angkat dari atas api dan biarkan ia sejuk. Cucuk daging, cendawan, tomato ceri, bawang dan lada capsicum ke lidi yang telah direndam air. Bila hendak barbeku, sos yang dimasak tadi disapukan dan barbeku.


SATAY

Bahan A
1kg daging kambing/ peha ayam/ lembu
250 gram gula pasir
garam secukup rasa
lidi sate

Bahan A - Untuk dikisar
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
sejari halia
sejari kunyit hidup
2 batang serai
4 biji bawang putih

Bahan B
1 biji buah keras, ditumbuk
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan air
1 sudu makan minyak makan
(kesemua bahan B ini dibancuh)

Bahan C - Kuah Sate
600 gram kacang tanah, digoreng dengan sedikit minyak
60 gram asam jawa
240 gram gula pasir
2 batang serai, dititik
sejari lengkuas, dititik
minyak untuk menumis

Bahan C - Untuk dikisar
30 batang lada kering
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
8 biji buah keras
sejari kunyit hidup40 g belacan

Cara untuk Bahan A
Daging dicuci bersih dan ditoskan. Hiris daging mengikut citarasa anda, tetapi selepas dihiris jangan dicuci lagi. Gaul hirisan daging in dengan Bahan A yang telah dikisar, gula dan garam sehingga rata. Perap selama 2 atau 3 jam supaya rempahnya meresap. Barulah dicucuk dengan lidi. Bakar diatas tempat pembakar sate dengan menggunakan bara arang. Renjis dengan Bahan B dan bakarlah sehingga ia garing dan masak. Hidangkan dengan kuah sate, ketupat, hirisan timun dan bawang.

Cara untuk Bahan C - Kuah Sate
Kacang tanah dikisar jangan terlalu halus. Asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis. Panaskan minyak. Tumis rempah kisar sehingga garing dan enak baunya. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Tuangkan air asam. Kacau rata.. Masukkan pula gula pasir dan garam Akhir sekali masukkan kacang tanah dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhan. Kuah sate ini perlu dikacau selalu, supaya dasarnya tidak hangus. Masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan. Kuah sate enak dimakan setelah disimpan semalaman.


RESIPI SAMPINGAN

JAGUNG BBQ

Bahan-bahannya
10 batang jagung
mentega secukupnya
garam dan gula secukupnya
sedikit air
aluminium foil

Cara-caranya
Sapukan mentega secukupnya pada jagung dan taburkan sedikit garam dan gula secukupnya. Tuangkan satu sudu makan air dan balut dengan aluminium foil. Kemudian boleh dibarbeku.


KENTANG BBQ

Bahan-bahannya
10 biji kentang (yang sedap kentang kulit merah)
sour cream
sedikit hirisan daun bawang
aluminium foil

Cara-caranya
Balutkan kentang dengan aluminium foil, kemudian barbeku. Bila sudah masak buka aluminium foil belah memanjang dan melintang dan tekan gunakan jari tepi kentang. Isi kentang akan terkeluar sedikit. Tuangkan sedikit sour cream diatas kentang yang panas itu dan hirisan daun bawang.


COLESLOW

Bahan-bahannya
200 gm kobis manis, diracik
1 batang carrot kecil, diracik
1 cawan mayonis
2 sudu besar air sejuk
1 sudu kecil lada sulah
garam

Cara-caranya
Gaulkan kesemua bahan dan disimpan didalam peti sejuk. Hidangkan bila hendak dimakan.


SALAD BUAH

Bahan-bahannya
2 cawan epal - dikiub
1 sudu teh jus lemon
1 cawan anggur hijau tanpa biji
1/2 cawan tembikai merah - dikiub
1 cawan tembikai susu - dikiub
1 sudu teh jus oren
1 cawan krim putar
2 sudu besar yoghurt
3 sudu besar mayonis
¼ cawan gula kastor - lebihkan, jika suka
secubit garam

Cara-caranya
Campurkan epal dengan jus lemon. Gaul dengan semua buah-buahan lain. Dalam mangkuk kecil, satukan jus oren, krim putar, dadih, mayonis, gula dan garam hingga sebati. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk atau hidangkan segera.


JUADAH YANG DISEDIAKAN UNTUK MAJLIS BARBEKU

BEE HOON KERING

Bahan-bahannya
1 biji bawang besar
sedikit bawang putih
2 biji telur
1 batang lada merah
sedikit lobak merah
8 ekor udang
sedikit kobis panjang
mee hoon - dicelur
1 sdt kicap pekat
1 sdm kicap cair
1 sdm sos tiram
taugeh

Cara-caranya
Panaskan minyak. Masukkan telur, bawang besar, bawang putih, lada merah dan lobak merah. Gaul sehingga rata. Masukkan udang, kubis panjang, mee hoon, kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan taugeh. Gaul bahan-bahan ini sehingga rata.. Akhir sekali masukkan kesemua bahan-bahan dan digaul selama 5 hingga atau 10 minit.


MAKARONI GORENG

Bahan-bahannya
500g makaroni (sudah direbus)
250g daging cincang
2 sudu besar gula madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil serbuk lada putih
1 biji bawang besar dihiris
minyak secukupnya
garam secukup rasa
2 sudu besar mentega
1 sudu besar bawang putih dikisar
½ sudu kecil serbuk buah pala
daun sup dan daun bawang secukupnya (hiris halus)
100g udang
100g lobak merah dihiris

Cara-caranya
Perapkan daging cincang dengan kicap cair dan gula madu. Panaskan sedikit minyak dan goreng daging. Masukkan sedikit mentega, serbuk lada putih, garam dan sos tomato. Gaul rata sebelum diangkat. Panaskan minyak di kuali baru dan tumis bawang putih kisar. Kemudian masukkan bawang besar diikuti dengan udang dan makaroni. Masukkan serbuk buah pala, serbuk lada putih dan sedikit mentega. Akhir sekali masukkan lobak merah dan daun sup dan daun bawang. Hidangkan makaroni dengan meletak daging cincang di atasnya.


MEE GORENG

Bahan-bahannya
500g mi kuning, cuci
250g taugeh
400g sawi
200g udang
150g sotong
4 sudu makan minyak tidak tepu
1 sudu makan kicap pekat
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 sudu teh garam

Bahan-bahan yang dikisar:
12 batang lada kering
4 batang lada merah
1 labu bawang besar

Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan terus tumis hingga naik baunya. Masukkan kicap dan dikacau rata. Masukkan sotong, udang dan tumis. Goreng selama 1 minit sebelum memasukkan sayur-sayuran. Masukkan mi dan goreng lagi selama 4 minit. Akhir sekali, masukkan taugeh dan gaul sebentar saja. Alihkan dari dapur dan hidangkan.


COCKTAIL JELLY

Bahan-bahannya
1 gelas agar-agar (basahkan utk disukat dlm gelas)
5 gelas air (saiz gelas yang sama)
I tin cocktail (asingkan isi dan air)
1 gelas air cocktail
3 sudu mangga juice (sebagai penyedap rasa dan penambah warna)
1 senduk gula (ikut citarasa masing-masing)

Cara-caranya
Masukkan agar-agar + air + gula ke dalam periuk kemudian masakkan sampai semua sebati dan agar-agar benar-benar hancur kemudian masukkan air cocktail + mangga juice kacau hingga mendidih susun buah cocktail dalam acuan kemudian tuangkan agar-agar tadi kedalam acuan yang sudah sedia dengan buah cocktail biarkan sejuk kemudian masukkan ke dalam peti ais.

1 comment:

Anan Azri said...

copy paste ke ni? hahaha