Friday, April 13, 2007

Last Night's Dinner


I went home in a hurry yesterday... Futhermore it was raining cats and dogs last evening at my place... Once i reach home, went straight to the kitchen and start cooking... Luckily for me, my inlaw has already prepared the crabs coz i'm allergic to crabs not only when i eat them, I can't even touch it... so smlm cook pakai glove... my in law volunteer nak masak tapi 'B' request, nak isteri nya masak...


KETAM MASAK LEMAK NENAS

Bahan-Bahan:
4 Ekor Ketam
½ biji nenas
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
½ inci kuntit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili api
1 biji santan
garam secukup rasa
serbuk perasa

Cara:
Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan kunyit hidup di blender hingga hancur. Ketam yang telah dibersihkan dibelah dua dan masukkan ke dalam periuk.


Nenas yang telah dibersihkan dipotong kecil-kecil dan dimasukkan kedalam periuk.


Masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama dengan 2 batang serai yang telah diketuk ke dalam periuk berisi nenas dan ketam tadi.

Kemudian tutup periuk dan buka api dengan perlahan.
setelah air dari bahan yang dikisar dan ketam serta nenas tadi hampir kering barulah dimasukkan santan.

Kacau dan setelah ia mendidih barulah dimasukkan garam serta serbuk perasa secukup rasa. Didih kan sebentar sahaja dan sedia untuk dihidangkan.

Cadangan Hidangan:
Sesuai dimakan bersama nasi panas dan sambal mangga/sambal belacan/ sambal lonte

Tambahan:
Proses pertama iaitu ketam/nenas dan bahan yang diblender perlu dikeringkan dulu dengan cara menutup periuk dan memasang api yang kecil amat penting untuk mengelakkan gulai tersebut berketul-ketul bila dimasukkan santan. Ia juga amat berguna untuk menambah rasa manis ketam dan nenas tersebut. (this tips I got it from my inlaw)



ASPARAGUS GORENG

seikat asparagus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 batang cili hidup - dicincang halus
1 biji bawang besar dihiris
udang basah
fresh button mushroom

Tumiskan bawang putih, cili hidup dan bawang besar.
Bila dah garing masukkan udang dan mushroom.
Tambahkan garam dan sedikit oyster sauce.
Last sekali masukkan asparagus.

Kemudian bolehlah hidang dan makan.

Asparagus ni optional... kalau tak suka asparagus bole gantikan dengan sawi pendek...


Sambal Lonte

6 cili merah
beberapa cili padi untuk memedaskan sambal
2 bawang merah
2 bawang putih
segenggam ikan bilis
sedikit belacan
cili merah , cili padi , bawang putih dan bawang merah di hiris dan
digoreng sebentar sehingga layu sebentar, juga belacan dan ikan bilis.
Lepas tu ape lagi masukkan kat lesung dan tumbok lah!

And last but not least.... Udang Geragau... also one of 'B's favourite....


Udang geragau goreng

Udang geragau basah
Bawang merah
cili merah
tepung gandum atau self raising flour
telur
garam
Satukan semua bahan ini kecuali tepung.
Apabila ia dah sebati masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Jangan gunakan air, sudukan dan goreng.

Ini sebenar nya resepi mak saya... so ikut resepi nya dan menjadi makanan kegemaran 'B'

No comments: