Friday, April 13, 2007

LET'S TALK ABOUT FLOUR

I got this information from a book which i got it from the library.... dont wanna waste useful tips like this.... tot could share it out... especially yang baru belajar masak... like me...


Jenis dan kegunaan tepung

Apakah bahan asas yang paling penting jika anda bercadang untuk membuat kuih, kek, bsikut, roti dan kuih muih?
Jawapan nya ialah tepung.
Namun kebanyakkan daripada kita hanya biasa menggunakan bebrapa jenis tepung sahaja dalam masakan. Tapi sebenarnya terdapat puluhan jenis tepung di pasaran yang tidak diketahui kegunaan nya dan bole mencipta pelbagai jenis resepi

Tepung Hoon Kwee

Tepung Hoon Kwee digunakan untuk membuat kuih muih bagi sesetengah masyarakat Cina. Namun, di pasaran, tepung jenis ini mempunyai pelbagai jenis warna pembukusan nya. plastic berwarna oren mempunyai adaunan tepung kekuningan. Manakala plastik hijau mengandungi tepung kehijauan dan anda perlu campurkan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang lebih terang. Sementara plastik berwarna biru mengandungi adunan tepung putih. Jadi guna lah mengikut kesesuaian anda.

Tepung Beras Pulut

Tepung ini mengandungi 100 peratus beras merah asli, maksud beras itu berwarna merah, sebalik nya beras yang tidak dibuang bahagian merah pada mata padi nya. Selain kaya dgn vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung sesuai mengamalkannya.

Tepung Naik Sendiri / Tepung Kek


Tepung naik sendiri juga dikenali tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik. Tepung jenis ini byk dijual di pasaraya ataupun di kedai Phoon Huat. Namun kalau ada yang tak dapat, bole buat sendiri... dengan mengayak
250gm tepung gandun dengan 1 sudu besar (rata) serbuk penaik. Hasil nya tetap sama.


Tepung Ros

Tepung ros sebenar nya mengandungi bahan tepung jagung yang bole meranggupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung itu tidak terlalu byk dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasil nya lebih baik dari biskut yang diperbuat dari tepung gandum

Tepung Berprotein Tinggi

Tepung berprotein tinggi sesuai digunakan untuk membuat roti kerana daya menganjal nya yang agak tinggi dan akan menjadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis

Tepung Ubi

Tepung kanji adalah tepung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikan nya dengan tepung sagu

Tepung Berprotein Rendah

Sesuai untuk membuat pau


Tepung Serbaguna

Tepung yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Kita biasa menggunakan tepung gandum kerana ia lebih mudah didapati.

Tepung Gandum

Ia didapati byk di pasaran. Fungsi nya serupa dengan tepung serbaguna

Tepung Krimer

Krimer adalah susu yang sering ditambah ke dlm minuman. Bole dibeli di dalam pek atau botol

Tepung Wholemeal

Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Ia tidak bole diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin akan menjadi bantat or bantut.

Tepung Hong Kong

Tepugn Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih dan sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana is mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya gunakan kan tepung pau di dalam kotak (tepung berprotein rendah) walaupun hasil nya mungkin tidak serupa tapi rasanya tetap sama.

Tepung Biskut Marie

Tepung ini adalah dari biskut marie yang dikisar halus kemudian diayak di dlm pengayak halus yang biasanya digunakan untuk mengayak tepung atau gula aising agar hasil nya seperti tepung.

Tepung Kastard

Selain mewangikan, tepung kastard akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda bole gantikan dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri.

Tepung Optima

Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalam nya dan sesuai untuk membuat cheese cake. Bagaimanapun penggunaan tepung serbaguna, tepung kastard atau tepung jagung bole digunakan sebagai pilihan bergantung kepada resepi.

Tepung Jagung

Ia adalah untuk memekatkan walaupun agak berbeza dari tepung ubi



Perbezaan antara tepung kek dengan tepung biskut.

Tepung kek tidak byk bezanya dengan superfine flour (bole didapati dalam kotak dan dijual dengan meluas di pasaran) namun anda akan mendapat hasil yang agak sama jika terlebih dahulu mengayak tepung gandum sebyk 3 kali.

Tepung biskut selalunya dicampur dengan sedikit tepung jagung dan bahan yang akan merangupkan biskut. Jika tiada kedua-dua nya, tidak mengapa jika anda menggantikan nya dengan tepung gandum biasa.

Hasil nya akan mempunyai sedikit perbezaan. Namun biasanya tidak byk resepi yang meminta anda menggunakan tepung kek atau tepung biskut kerana kedua dua bahan hanya bole diperolehi di pasaraya besar atau kedai kedai yang khususnya menjual peralatan membuat kek sahaja.

Biasanya resepi biskut yang mempunyai tepung kastard atau tepung jagung atau serbuk badam atau kacang akan menghasilkan biskut yang lebih rangup.





2 comments:

Anonymous said...

wahhhh..tq sooooo much dear coz share pasal tepung2 ni..i dh lama btul cari fungsi2 tpung..kat sini i jumpa..ya bedabedooooo..i likeeeeeeeee

anizarina said...

waa...tengs for all this info... :) ;)