Wednesday, April 2, 2008

Talam Suji

TALAM SUJI

Lapisan bawah

100 gm suji
50gm tepung gandum
3 cawan santan cair
80 gm gula pasir
garam dan beberapa titis pewarna kuning.

• Gaulkan kesemua bahan diatas dan kacau hingga sebati.
• Panaskan diatas api dan kacau hingga agak pekat.
• Tuangkan kedalam loyang dan kukus dalam 1/2 jam...semetara tu siapkan lapisan atas.

Lapisan atas

1 cawan gula dan 1/2 cawan air dijadikan gula hangus - sejukkan
2 biji telur
80 gm tepung gandum
75gm gula pasir
1 1/2 cawan santan cair
sedikit coklat emulco utk lebih coklat
esen vanilla.

• Gaulkan gula hangus tadi dengan telur dengan sampai sebati/bercampur
• Campurkan dengan santan, gula pasir tepung gandum coklat emulco serta vanila...kacau
• Double boil adunan tadi sehingga naik wap.
• Tuang kedalam lapisan bawah tadi dan kukus lagi 20 - 25 minit sehingga masak.

No comments: