NASI KEBAB
- Zarinah Abdullah
Bahan untuk Kebab
500 gram daging kisar (cuci, toskan dan kisar semula hingga lumat)
4 batang lada hijau (mayang)
2 labu bawang besar (mayang)
1 cekak daun ketumbar (mayang)
1 camca teh serbuk kunyit
2 sudu teh lada serbuk
1 sudu the jintan halus serbuk
1 sudu makan halia dan bawang putih yang sudah ditumbuk
2 sudu makan tepung kacang kuda
Garam secukup rasa
Cara-caranya
Semua bahan disatukan kemudian gaul hingga menjadi doh. Ambil secukupnya dan bentukkan bulat sebesar syiling 50 sen. Gunakan semua doh. Panaskan minyak dan goreng doh daging ini hingga masak.
Bahan untuk Nasi
600 gram beras
2 labu bawang besar (hiris)
10 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga
2 sentimeter kayu manis
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu teh lada serbuk
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh jintan putih serbuk

4 sudu makan tairu
4 batang lada hijau (belah dua)
3 labu tomato (hiris)
6 sudu makan minyak untuk menumis
8 tangkai daun ketumbar
½ kilo kentang jenis kecil (rebus hingga empuk dan buang kulitnya)
300 gram cendawan butang
Cara-caranya
Panaskan minyak, tumis bawang besar yang dihiris hingga kuning keemasan. Masukkan cengkih, kayu manis dan buah pelaga. Masukkan tomato, lada hijau dan tairu serta semua rempah serbuk. Tumis hingga masak.
Masukkan pula daun ketumbar dan daging kebab dan kentang. Kecilkan api dan masak hingga kentang empok. Masukkan cendawan butang. Teruskan memasak dengan menggunakan api sederhana hingga kuahnya kering.
Rebus beras hingga tiga suku masak (bila patahkan berasnya, bahagian putih tinggal sedikit). Toskan beras dan tuang diatas lauk kebab. Renjiskan air koma-koma diatasnya. Tutup periuk rapat-rapat, kecilkan api dan biarkan hingga nasi tanak.
AYAM MASAK TOMATO DAN TAIRU
- Zarinah Abdullah
Bahan-bahannya
600 gram ayam (buang kulitnya dan potong ikut saiz sederhana)
1 sudu makan halia dan bawang putih yang sudah dikisar
3 labu tomato segar (hiris)
1 sudu teh jintan putih serbuk
1 sudu teh ketumbar serbuk
1 sudu makan lada serbuk
2 sudu makan tairu atau 1 sudu makan badam serbuk
5 labu bawang besar yang sederhana (hiris)
4 – 6 batang lada hijau (belah dua)
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 sm kayu manis
300 ml air
½ biji limau nipis (ambil jusnya saja)
Daun bay secukupnya (jika suka)
5 sudu makan minyak masak
Cara-caranya
Satukan halia dan bawang putih dengan tomato yang dihiris, semua rempah serbuk dan tairu kemudian gaul semuanya dengan ayam.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dihiris, hingga kuning keemasan. Masukkan cengkih, buah pelaga dan kayu manis, selepas itu masukkan ayam dan lada hijau. Tuang air dan kecilkan api. Masak hingga kuah pekat, bubuh garam dan jus limau nipis dan masak hingga ayam empok.
(Nota: Jika anda menggunakan badam sebagai ganti tairu, badamnya hendaklah dimasukkan selepas ayam empok.)
KAMBING MASAK KERING
- Zarinah Abdullah
Bahan-bahannya
500 gram daging kambing (boleh digantikan dengan lembu. Potong saiz sederhana)
1 labu bawang besar (mayang)

4 batang lada hiijau
6 tangkai daun ketumbar
2 sudu teh jintan putih serbuk
1 sudu makan ketumbar serbuk
½ sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh lada serbuk
2 sudu makan tairu
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 sm kayu manis
350 ml air
Daun bay secukupnya (jika suka)
Secukup ubi kentang kecil
Secukup tomato ceri
Garam secukup rasa
Cara-caranya
Kisar lada hijau dan daun ketumbar. Panaskan 4 sudu makan minyak dan tumis bawang besar yang dimayang hingga ia kuning. Masukkan buah pelaga dan cengkih serta kayu manis, semua bahan-bahan yang dikisar dan rempah serbuk. Tumis hingga semuanya garing kemudian masukkan daging dan tumis sebentar sebelum dimasukkan air. Kacau ratakan.
Bila daging hampir empok, masukkan ubi kentang dan tairu. Bila kentang empok, masukkan tomato dan lada hijau serta garam. Jika anda mahu, tambahkan beberapa batang lada hijau yang dibelah dua.
BAJI RAITAH
- Zarinah Abdullah
Bahan-bahannya
150 gm bunga kubis (potong kecil-kecil0
1 batang lobak merah ( hiris jejari)
½ labu lada paprika hijau
½ labu lada paprika merah
5-6 biji tomato ceri
Secukup tairu, lada paprika serbuk, minyak zaitun
Cara-caranya
Celurkan bunga kubis dan lobak merah dalam air panas (sebentar saja). Campurkan kedua-duanya dengan tomato ceri dan kedua-dua jenis lada paprika yang sudah dipotong-potong.
Satukan tairu, minyak zaiton dan paprika serbuk dan jadikan pencecah untuk sayur-sayuran tadi atau digaulkan sekali dengannya.
ANANAS SHARBAT (MINUMAN)
- Zarinah Abdullah
Bahan-bahannya
1 biji nenas yang masak (cincang)
500 ml air
100 gram gula perang
Secukup daun pudina
Secukup kiub airbatu
Cara-caranya
Kisar nenas dan air serta gula perang. Tapis. Tuang air nenas ke dalam gelas saji dan masukkan secukup air batu serta beberapa helai daun pudina.

No comments:
Post a Comment