Wednesday, April 2, 2008

Nasi Beriani Bombay

Nasi Beriani Bombay

Bahan bahan:

1 kg beras basmati
1 paket rempah beriani bombay jenama Shan
3-4 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2.5cm halia
2 sudu makan minyak ghee
3 sudu makan minyak zaitun
4 batang lada hijau
1 tin susu cair

secukup kayu manis, buah pelaga, cengkih, daun pudina dan daun ketumbar.

Caranya

Cuci beras dan rendam kira kira 20 minit. Toskan.

Kisar halia dan bawang putih.

Panaskan kedua dua jenis minyak. Tumis kayu manis, bunga cengkih dan pelaga kira kira 2-3 minit. kemudian masukkan bahan bahan yang dikisar dan teruskan menumis selama 2-3 minit lagi.

Masuk kan daun pudina, ketumbar dan sebungkus rempah beriani Shan.

Masukkan beras dan air (sukatan beras dan air hendak lah sama banyak) dan susu cair. Kacau sedikit dan biar semua bahan bercampur rata. Masukkan pula lada hijau yang dipotong kasar kasar.

Teruskan memasak seperti nasi biasa sehingga tanak.

Nota: Nasi ini tidak perlu dibubuh garam kerana semuanya sudah ada dalam rempah.

Tapi akak rasa baik rasa dulu, mana tahu tauke rempah tu ada darah tinggi, kena control garam dia.

Ayam Masak Merah

1 ekor ayam- potong 10, cuci, tos, gaul sedikit garam dan goreng setengah masak
3 labu bawang besar- kisar
2.5cm halia-kisar
3-4 ulas bawang putih-kisar
1 genggam lada kering-kisar

1 sudu makan rempah kari daging
1 tin kecil tomato puree
1/2 tin susu cair
1-2 labu tomato segar
1 labu bawang besar di mayang

secukup minyak zaitun untuk menumis, garam, gula, kayu manis, buah pelaga, cengkih,daun ketumbar dan kacang pis

Panaskan minyak dan tumis kayu manis, pelaga, cengkih dan bawang yg dimayang hingga bawangnya kuning keemasan.

Masukkan bahan bahan yang dikisar dan teruskan menumis hingga bahan garing.

Masukkan rempah kari, tomato puree dan ayam. Kacau hingga rata baru masukkan sisi cair dan tomato yg dibelah empat. Masukkan sekali garam dan gula. Kacau dan masak lah hingga ayam empuk.

Hiaskan lauk dengan daun ketumbar dan kacang pis sebelum dihidangkan.
_________________

No comments: