MURTABAK KRACKERS
Sumber: Mami Asmah Laili
Bahan-Bahan
500 gram biskut tawar CREAM CRACKERS
1 besen air
8 biji telur (jika kurang, tambah lagi) dikocak dengan sedikit garam dan lada putih
2 biji bawang besar, didadu kecil
3 biji lada merah, dirampai
3 biji lada hijau, dirampai
1 pokok daun sup, dirampai
1 pokok daun bawang, dirampai
1 loyang kek, sapu sekeliling dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas kek
500 gram daging cincang, disanggar
1 sudu makan rata rempah kari daging/rempah beriani siapkan dagingnya
Sedikit lada putih dahulu
Sedikit garam
Cara Cara
CARA UNTUK MASAK DAGING
Sanggar daging dengan rempah, garam dan lada putih. Angkat dan ketepikan.
CARA MELAPIS MURTABAK
Rendam beberapa keping biskut didalam air. Angkat perlahan-lahan dan tekap supaya airnya keluar. Atur didalam loyang. Ulang sehingga lapisan pertama berisi penuh dengan biskut.
Tabur rata diatas lapisan pertama biskut tersebut, sedikit daging. Tabur pula diatasnya sedikit hirisan lada merah dan hijau. Ini diikuti dengan bawang dadu dan hirisan daun sup dan daun bawang. Curah rata sekelilingnya sedikit telur.
Seterusnya buat lapisan kedua, dan ulang seperti yang dibuat untuk lapisan pertama. Buatlah beberapa lapisan, sehingga habis semua bahan-nya. Tetapi untuk lapisan terakhir, haruslah biskut sahaja diatas. Tuang sedikit telur diatas lapisan terakhir. Setelah lengkap semua lapisanya dibuat, barulah dibakar didalam ketuhar, dengan suhu 160 darjah sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar. Biarkan sejuk, baru dikeluarkan dari loyang dan dipotong. Enak disajikan dengan sos cili dan tomato
No comments:
Post a Comment