Ikan Bakar Asam
Bahan-Bahan:
2 ekor anak ikan pari
daun pisang (secukupnya)
10 helai daun limau purut dihiris halus
200gr cili hidup merah
100gr lada kering
2 labu bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia muda
1 biji limau kasturi
kicap manis secukup rasa
garam
serbuk perasa
minyak untuk menumis secukupnya
Cara:
Bersihkan ikan atau makanan laut dan ketepikan. Kisar cili hidup merah dan cili kering yang telah di rendam air panas. Kisar bawang besar, bawang putih, halia muda berasingan.
Panaskan minyak dan tumis cili yang dikisar sahaja dahulu, campurkan dengan sedikit sahaja daun likmau purut yang telah di hiris. Setelah cili garing masukkan bahan bawang dan halia yang telah dikisar juga. Tumislah sehingga terbit minyak. Setelah terbit minyak dan baunya bangkit masukkan garam, serbuk perasa, kicap manis dan lebihan daun limau purut yang dihiris halus.Perahkan jus limau kasturi sebelum tutupkan api.
Ikan atau makanan laut tadi dibakar setengah masak dahulu. Alas kuali dengan daun pisang dan bubuhkan separuh dari sambal tadi dan letak ikan atau makanan laut tadi dan siramkan lebihan sambal lagi. Tanak diatas api dan biarkan ikan atau makanan laut tadi masak.
Enak dimakan bersama nasi yang hangat.
Cadangan Hidangan:
Bagus disaji dengan ulam-ulaman.
Tambahan:
Boleh juga digunakan siakap, ikan bawal hitam atau ikan kembung. Jika suka makanan laut seperti udang dan sotong juga boleh digunakan.
No comments:
Post a Comment