Tuesday, April 8, 2008

BUBUR PUTIH BUBUR MERAH

BUBUR PUTIH BUBUR MERAH


Bahan - bahan

4 tin susu beras pulut - bersihkan dan rendam semalaman.
2 helai daun pandan - simpulkan
500 ml santan kotak
Air - secukupnya (anggaran mcm buat bubur nasi gitu - sebab ishzah tak sukat airnya)
1 s/teh garam
Gula merah - secukup rasa dan warna (Jika kurang manis, tambahkan dengan gula pasir)
Gula pasir - secukup rasa

Cara - caranya:
Dalam satu periuk besar, rebuskan beras pulut yg telah di rendam semalaman.
Masukkan air secukupnya serta kesemua santan tadi dan daun pandan.
Masukkan sedikit garam.
Kacau perlahan-lahan untuk memastikan pulutnya bila mengembang ianya tak berkerak di dasar
periuk.

Bila pulut mula agak kembang, senduk pulut secukupnya untuk bahagian putih ke dalam periuk kecil.
Masukkan gula merah di bahagian pulut yg ingin di merahkan.
Kacau dengan perlahan rata-rata agar gulanya sebati.Rasa manisnya.
Jika kurang masukkan sedikit-sedikit gula pasir.Rasa manisnya lagi.

Bahagian pulut berwarna putih, anda masukkan sedikit demi sedikit gula pasir. Rasa manisnya.
Bila pulut sudah mula mengembang seperti yang anda kehendaki.Padamkan api.
Dalam sebuah mangkuk, masukkan bubur merah kemudian di susuli bubur putih di atasnya dan hidang.
Sedap di makan waktu panas-panas.

Note:


Quote:
Ada diantaranya suka masak bubur merah ini dengan menggunakan gula melaka.Ada pula yang guna beras biasa sahaja... tapi ida suka guna beras pulut dan gula merah.Anda boleh pelbagaikannya. Kalau ada yang tak faham jangan segan untuk bertanya lagi k

No comments: