Monday, March 31, 2008

Rendang Ayam Serai


Rendang Ayam Serai

Bahan-Bahan Utama:-
1 ekor ayam kampung (kurang lebih 2kg)
1 biji kelapa parut
2 keping asam gelugor
3 helai daun kunyit, dimayang
3 camca besar kerisik
2 camca besar gula melaka
3 - 4 camca besar cili kisar
4 camca besar serbuk kari daging
Garam dan serbuk perasa (jika suka)

Bahan Dikisar Halus:-
10 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
6 biji cili padi (nak menyengat, boleh tambah)
3 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
1 inci belacan
3 biji buah keras
7 batang serai, hiris halus

Bahan Tumis:-
4 ulas bawang merah kecil, dihiris halus
2 ulas bawang putih, dihiris halus
1 batang kayu manis
4 kuntum cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara membuatnya:-

Ayam kampung dipotong ikut suka (jgn terlalu besar), cuci bersih dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang lagi 3 cawan air, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
Dalam kuali tuang kurang lebih 1 1/2 cawan minyak, masuk bahan tumis bila minyak panas dan tumis hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar, cili kisar dan serbuk kari daging. Kacau hingga rata, tambah sedikit air jika pekat. Masak atas api sederhana hingga rempah wangi dan terbit minyak.
Masukkan ayam dan gaul rata. Biar ayam kecut dengan rempah 10 minit. Tuang santan cair dan biar mendidih. Masukkan 1- 2 camca teh garam, kacau rata. Kemudian masukkan pati santan dan biar hingga ayam 1/2 empuk. Tambah air jika ayam masih keras.

Masukkan kerisik, asam gelugor dan gaul rata. Rasa garamnya jika dalam peringkat ini rasa agak kurang masin, tak payah letak garam lagi kerana bila rendang kering, garamnya pun dah ok.
Masak hingga kuah pekat, masukkan gula melaka dan serbuk perasa (jika suka), gaul rata dan masak hingga ayam empuk. Masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Jika suka rendang ayam lembap, boleh lah diangkat dan jika suka kering, masak lagi hingga kering, gunakan api perlahan.

No comments: