Monday, March 31, 2008

Nasi Cenderawaseh Set

resepi ni ida dapat dari berita harian... dari chef aini salim

NASI CENDERAWASEH
- Aini Salim

Bahan-bahannya
1 kilo beras beriani (cuci kemudian rendam setengah jam lalu toskan)
1 cawan susu cair
300 gram sayuran campuran
200 gram isi ayam (didadu) atau daging cincang
1 tin kecil tomato puree
200 gram minyak masak
50 gram minyak sapi
Garam secukupnya
3 sudu makan rempah beriani
4 ulas bawang putih (tumbuk/ kisar)
2 sentimeter halia (tumbuk/ kisar)
1 labu bawang besar (hiris)
3 helai daun pandan
Secukup kayu manis, cengkih, buah pelaga

Cara-caranya

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, daun pandan, buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih. Masukkan rempah beriani, bahan-bahan yang ditumbuk dan daging dan teruslah menumis hingga semua bahan garing dan wangi baunya.

Masukkan secukup air, susu, tomato puree dan garam. Biar air mendidih, masukkan beras dan masaklah sehingga airnya kering, baru masukkan sayuran campur kemudian gaul rata. Tutup periuk dan masaklah hingga tanak.


AYAM TOMATO SELAT TEBERAU
- Aini Salim

Bahan-bahannya
1 ekor ayam (potong kecil-kecil)
2 biji kentang (kupas dan hiris memanjang kemudian digoreng)
3 labu buah tomato (hiris bulat)
2 labu bawang besar (hiris bulat)
½ cawan minyak
10 tangkai lada kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap cair
1 tin kacang peas
Garam, kunyit dan gula secukupnya

Cara-caranya

Bersihkan ayam, kemudian gaul dengan garam dan kunyit, selepas itu goreng hingga masak. Kisar lada kering, bawang besar dan bawang putih.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar. Kemudian masukkan air secukupnya, sos tomato, kicap dan gula serta garam. Masukkan ayam, bahan-bahan yang dihiris dan gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.


ACAR RAMPAI
- Aini Salim

Bahan-bahannya
3 batang timun (buang bijinya dan kerat-kerat sepanjang jari kelingking)
1 batang lobak merah (hiris halus memanjang)
S$1 bunga kobes (potong kecil-kecil)
10 ulas bawang merah
5 tangkai lada merah (belah dua dan buang bijinya)
5 tangkai lada hijau (belau dua dan buang bijinya)
5 ulas bawang putih yang kecil
½ cawan cuka
4 sudu makan gula pasir
1 sudu the garam
10 biji buah keras
1 tangkai lada kering
3 sentimeter halia
5 ulas bawang putih
2 sentimeter kunyit hidup
½ cawan kacang tanah bakar
½ cawan bijan (sanggar)
½ cawan minyak untuk menumis

Cara-caranya

Kisar atau giling buah keras, lada kering, halia, bawang putih dan kunyit hidup.

Timun, lobak merah, bunga kubis, bawang merah dan putih serta lada hijau dan lada merah digaul dengan ½ sudu makan garam dan perapkan selama ½ jam kemudian cuci dan toskan airnya.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar hingga berbau wangi, lalu masukkan garam, gula dan cuka. Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang diperap tadi lalu masukkan bijan dan kacang tanah yang ditumbuk. Gaul hingga rata.


KURMA BAGINDA
- Aini Salim

Bahan-bahannya
1 kilogram daging lembu
300 gram bawang besar (hiris)
300 gram buah tomato
½ cawan tairu
50 sen daun pudina/ ketumbar
5 sentimeter halia
7 ulas bawang putih
300 gram bawang goreng
300 gram minyak sapi
50 gram badam kisar
30 gram rempah beriani
1 biji kecil limau nipis (ambil jusnya saja)
Cengkih, kayu manis, buah pelaga, dan garam secukupnya

Cara-caranya

Kisar atau tumbuk halia dan bawang putih. Panaskan minyak kemudian tumis kayu manis, cengkih dan buah pelaga dan bawang hiris.

Masukkan daging, kemudian gaul hingga rata dan selepas itu masukkan bahan-bahan yang digiling, rempah, badam dan air. Masak hingga daging empuk baru masukkan tairu, tomato, daun pudina/ ketumbar dan akhir sekali masukkan bawang goreng dan air limau. Bubuhkan garam secukupnya kemudian biarkan sebentar baru dimatikan apinya.


SALAD DADU
- Aini Salim

Bahan-bahannya
1 biji nenas (potong dadu)
5 tangkai lada merah dihiris halus
20 sen daun selasih (hiris)
5 ulas bawang merah (hiris)
Garam, gula, dan cuka secukupnya

Cara-caranya

Satukan semua bahan-bahan diatas dan gaul hingga rata.




No comments: