Monday, March 31, 2008


NASI BERIANI UDANG

Bahan untuk Masalla

2 kg udang besar, kira-kira 20 ekor setiap satu 12cm panjang

Bahan A - digaul rata dan dikisar halus

10 biji bawang besar
6 batang lada hijau
4 batang lada merah
20 cm halia
10 biji bawang putih
6 biji tomato
6 sudu makan tomato pes atau puree
2 sudu makan serbuk kari daging
2 sudu makan serbuk rempah beriani
2 sudu teh serbuk jintan halus
4 sudu teh serbuk ketumbar

Bahan B - dikisar halus dan ketepikan

2 sudu makan untuk nasi
1 cawan tairu
1 cawan badam
1 cawan kacang gajus

Bahan C

2 batang serai, dititik
3 biji bawang besar, dihiris halus
2 jari kayu manis
10 biji pelaga
10 kuntum cengkih
2 genggam daun ketumbar
2 genggam daun pudina
2 helai daun pandan
15 sudu makan ghee
15 sudu makan minyak

Bahan D - untuk Nasi

15 cawan beras Basmati, rendam 30 minit dan toskan
15 cawan air
3 sudu makan ghee
10 biji buah pelaga
10 kuntum cengkih
2 jari kayu manis
4 helai daun pandan
segenggam daun pudina
segenggam daun ketumbar
2 sudu makan pes gajus/badam/ tairu dari Bahan B
2 biji bawang besar, dihiris
2 sudu makan pes halia
2 sudu makan pes bawang putih
garam secukup rasa

Bahan E - Dham

6 sudu makan susu cair
1 sudu makan air mawar
sedikit pewana kuning, dibancuh dengan sedikit air
sedikit daun ketumbar dan daun pudina

Cara untuk Bahan A, B dan C

Panaskan minyak, goreng udang sebentar, angkat dan ketepikan. Panaskan minyak dan ghee didalam periuk. Tumis pandan dan serai sehingga wangi. Masukkan kayu manis, pelaga dan cengkih. Tumis lagi selama 5-10 minit. Masukkan hirisan bawang dan masak sehingga bawang layu dan kuning. Masukkan pula rempah kisar "A", daun ketumbar, pudina dan masak lagi selama 20-25 minit dan kacau setiap 5 minit. Setelah 30 minit masukkan semua Bahan B, gaul rata dan masak lagi selama setengah jam dengan api sederhana. Jangan lupa kacau setiap 10 minit. Ini membantu memekatkan kuahnya. Matikan api, segera masukkan udang goreng semasa rempahnya sedang panas. Gaul rata dan biarkan meresap sehingga naik minyaknya. Tentukan kuahnya pekat dan tidak kering. Keluarkan semua lebihan minyak dari periuk dan ketepikan. Kalau tidak nasinya kelak akan berminyak.

Cara untuk Bahan D - Nasi

Tuang semua Bahan D kedalam periuk nasi letrik kecuali beras. Biarkan mendidih. Masukkan pula beras dan masak seperti biasa.

Cara untuk Bahan E - Dham

Keluarkan semua nasi dari periuk letrik. Masukkan udang dan rempahnya disebelah bawah periuk nasi. Atur rata. Tentuakan kuahnya tidak berminyak. Tuang nasi diatas udang dan ratakan. Buat beberapa lubang nasi dengan sudu. Renjis sus, air mawar dan pewarna kuning diatas nasi. Ini akan membangkitkan aromanya. Taburkan sedikit daun pudina/ ketumbar. Tuangkan satu sudu makan minyak tumisan ditepi periuk. Tutup periuk dan masak lagi. Selang berapa minit, tekan lagi butang COOK. Ulang proses ini selama tiga kali. Ini dapat membantu wapnya keluar dari lubang. Apabila kelihatan wapnya keluar dari nasi, tamatlah proses Dham.

Panduan

Jika beras basmati direndam lama, sukatan airnya mestilah sama dengan sukatan beras. Jika berasnya tidak direndam, lebihkan airnya. Udang tidak dimasak dengan kuahnya sebab ia akan menjadi keras setelah berlakunya dham. Bahang dham dengan sendirinya membuat udang masak.

Satu kilo beras basmati cukup untuk menjamu 8 orang.

No comments: