Monday, March 31, 2008

Ayam Goreng Berempah


Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - di bersih dan di potong ikut suka (selalunya di potong 8)
4 biji bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk cili (kalau suka pedas mcm kat kedai mamak tu letaklah lebih.. 1 sudu besar gitu)
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit (kalau ada kunyit hidup lagi bestt - tumbuk halus )
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam
* sedikit madu (kalau letak madu, rasa ayam goreng tu manis sikit sapa yg tak suka tak yah letak )


Cara-caranya :

1. Tumbuk halus : bawang putih + halia + serai + kunyit hidup + jintan manis + jintan putih.
2. Campurkan bahan tumbuk dengan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit (klu guna serbuk), garam, tepung gandum dan * madu. Gaulkan semuanya hingga sebati.
3. Kemudian masukkan ayam tadi dan peraplah ia selama kira-kira 3 jam. Kalau lebih lama lagi ummphhh
4. Panaskan minyak dan goreng seperti biasa.
5. Selalunya kalau masak nasi lemak dan nasi ayam.. memang WAJIB sediakan ayam goreng ni.. panas-panas gitu...

*Resepi ni saya ambil dan di ubahsuai ikut selera sendiri. Kalau rasa nak lebih pedas, lebihkan serbuk cili dan serbuk kari. Kalau tak mau pedas ikutlah sukatan di atas. Sekiranya bahan rempah tu agak pekat tambahkan sedikit shj air tapi jangan sampai cair.

No comments: