Bahan-bahannya
1 ekor ayam, dipotong ikut suka
1 liter santan
3 biji tomato, dibelah dua
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat empat
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak secukupnya
Bahan untuk dikisar
10 batang cili padi merah
10 batang cili padi hijau
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Cara-caranya
1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
3. Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
4. Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.
Nota: Sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini.
No comments:
Post a Comment