This dish usually i serve it during weekend... sbb time macam ni lah ada orang di rumah... baru selera makan
Bahan utk sos putih
Bahan utk sos putih
2 sudu besar butter
2-3 sudu besar tepung gandum
1 pint (1 ½ cawan) susu (fresh milk) boleh jugagunakan susu carnation. Maybe ½ cawan susu carnation dicampur dgn 1 cawan air.
1-2 cubit serbuk oregano (rasanya ada jual di semua supermarket)
4 sudu mozarella cheese (yang sudah diparut terdahulu atau grated)
Bahan utk sos merah
400 gm daging/ayam cincang(minced) bergantung kepadabanyak mana nak buat kalau bekas kecil sukatannyasedikit, kalau bekas besar lebihkan.
1 tin mushroom (cendawan butang) ditoskan air dan dihiris nipis.
2 labu bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar tomato puree
1 botol sos tomato
2-3 sudu cili blend (ikut rasa, nak pedas bubh lebih)
3 sudu serbuk oregano
garam dan gula sesedap rasa.
air (ikut kepekatan)
minyak utk menumis 3-4 sudu besar
Lain-lain bahan
Kepingan lasagna (lasagna sheet)
200 gm mozarella cheese yang sudah diparut(grated)jikalebih pun tak pe
1 sudu teh serbuk lada hitam (black pepper)
1 sudu teh serbuk lada putih (white pepper)
Ada dua cara nak buat lasagna.
Cara 1:
Kepingan lasagna tak dimasak. Jadi kuah sos merah kenacair sedikit dan banyak. Nisbah sos merah kepada
sosputih ialah 4:1(ertinya kuah merah empat kali lebihbanyak dari kuah putih.
Cara 2: Kepingan lasagna direbus satu persatu dalam airdicampurkan sedikit minyak masak (1 sudu besar) agartak melekat...mungkin boleh rebus dua keping sekaligus. Kuah merah mesti pekat dan tidak terlalu banyak.
Cara memasak sos putih
Cairkan butter dlm periuk kecil, gunakan pemutartangan (whisk)untuk kacau/gaulkan tepung agarberterusan. Api gas kena very slow dan masukkkan sususedikit demi sedikit. Kacau berterusan agar takberketul hingga menjadi satu larutan warna putih susu(creamy). Bila hampir mendidih, masukkan serbukoregano dan taburkan cheese. Sos putih akan bertalibila diangkat dgn senduk disebabkan mozarella cheesetersebut. Padamkan api dan biarkan di satu tempat.
Cara memasak sos merah.
Tumis bawang besar dan bawang puti bersama cili mesin,bila dah agak garing dan naik bau masukkan dagingcincang, tomato puree, sos tomato kacau hingga sebati.Masukkan garam, gula dan cendawan serta serbukoregano. Kepekatan kuah sama seperti kuah spaghettiatau kuah hitam yong tau foo. Padamkan api bila dahmendidih. Kalau tercair, tambah tomato sos. Kalau terpekat, tambahkan air. Jgn lupa adjust garam dan gulanya.
Ambil loyang pembakar (segi empat) atau mangkuk pyrexatau loyang bakar roti. Susunkan lapisan kulitlasagna, susun selapis sehingga tak nampak ruangkosong, tuang satu setengah (1 ½) senduk sos merahratakan ke seluruh kulit lasagna, titis-titiskan sosputih di atas sos merah tersebut, ulang dgn menyusunkulit lasagna di atas lapisan kedua, diikuti dgnmenuang sos merah dan menabur/menitiskan sos putihhingga ke parah ¾ tinggi loyang pembakar.
Lapisan atas sekali mestilah terdiri daripada sos merah.Tinggalkan sedikit lebihan sos merah dan lebihan sosputih. Panaskan oven terdahulu.
Bakar selama 40-45 minit gasmark 4 atau oven 180 darjah.(Kalau menggunakan kulitlasagna yang sudah direbus, masa memasak lebih pendekmaybe about 20-30 minutes)
Cucuk lasagna dgn lidi, apabila lasagna terasa lembutdan masak sepenuhnya, keluarkan sekejap lasagna tadi,tuangkan lebihan sos merah dan putih dan akhir sekalitaburkan mozarella cheese, pastikan semua kawasandiselaputi cheese tadi dan taburkan serbuk lada putihdan lada hitam sedikit. Masak sehingga cheese tersebutcair (jgn terlalu lama sebab nanti cheese akan keras).Biar lasagna cool off (set) sekejap dan boleh dihidangsewaktu masih panas.
Selamat mencuba.p/s: Kalau nak buat banyak dan nak kurangkan kos,boleh juga digunakan daging burger, cuma kena pastikanyang daging tak berketul.
No comments:
Post a Comment