Wednesday, February 21, 2007

Kuetiau Kerang


I got this recepi from blog kak hanieliza... masakan dia sedap2 tau... i selalu cuba....
Bahan-Bahan:
500 gm kuetiaw
300 gm isi kerang
1 ikat daun kucai [dipotong 1 inci ]
1 cawan tauge
1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
2 sudu besar cili mesin
4 ulas bawang putih [ketuk]
4 sudu besar kicap manis
2 s/b sos tomato 2 s/b air
1 biji tomato [potong kecil]
sedikit minyak garam [jika perlu]
Cara:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kicap.
3. Masukkan kerang, tomato sos dan air. Kacau rata.
4. Masukkan kuetiaw, tomato buah, tahu, taugeh dan kucai. Kacau rata dan tutup api.
5. Hidangkan dengan lada jeruk NOTA: pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak basah aje ...

No comments: