Wednesday, April 2, 2008

Sambal Tumis Petai Santan


Sambal Tumis Petai santan

Bhn2:

bhn kisar:
cili kering ikut kepedasan
1 bj bawang merah
2 ulas bwg putih
1 inch halia
1 btg serai
sedikit belacan

petai secukupnya
1 cwn ikan bilis
1 cwn santan
1sb jus limau nipis
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

-panaskan minyak dlm kuali.
goreng ikan bilis.angkat,toskan
-goreng sekejap petai.toskan
tumis bahan kisar dgn minyak tadi hingga garing
-masukkan air limau.kacau sekejap.masukkan santan.kacau
-biar pecah minyak.masukkan garam dan gula secukup rasa.biar kering sedikit.
akhir sekali masukkan petai dan ikan bilis.tutup api..hidangkan
-sedap dimakan dgn nasi panas...

khasiat petai:
petai mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan

No comments: