MEE REBUS UDANG GERAGAU
Sumber: Mami Asmah Laili
Bahan-Bahan
1 kilo mee kuning, di rebus sebentar dan ditoskan
2 keping tauhu, digoreng dan di hiris
½ kilo taugeh, di celup sebentar dalam air panas dan di toskan
Beberapa biji limau kasturi, dibelah dua
Beberapa dahan daun salad, cuci bersih dan hiris
Secukup bawang goring
Beberapa batang lada hijau dan lada merah dihiris
Sedikit kicap
Beberapa biji telur rebus
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAHNYA
200 gram daging, direbus dan didadu kecil, direbus sehingga lembut, ketepikan dengan stok sekali.
300 gram udang hidup yang sedang besarnya, buang kulit dan direbus sebentar, ketepikan dengan airnya sekali
190 gm tauco dicuci dan di ramas
2 biji kledek di rebus dan dikisar, ketepikan
$1/- udang geragau
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih dikisar halus
1 ibu jari halia
1 batang serai, dititik
1 jari lengkuas , dititik
2 sudu makan rempah kari ikan
½ cawan kacang tanah, yang digoreng dan dikisar (jika suka)
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Cara
1 Rampah kisar digaul rata dengan tauco dan rempah kari.Panaskan sedikit minyak. Tumis serai dan lengkuas sehingga wangi. Masukkan rempah kisar dan tumis sehingga naik aromanya. Masukkan daging beserta airnya.. Masak sebentar.Masukkan sedikit air dan keledek.(Ada orang lebih suka mengunakan air rebusan udang atau air rebusan tetelan, tanpa mengunakan daging tetelan mahu pun udang hidup – cara ini pun boleh.)Biarkan ia mendidih.Lepaskan udang dan airnya sekali.
2 Masukkan kacang dan gaul rata. Jika kurang pekat, masukkan sedikit tepung gandum yang digaul dengan sedikit air.Masak sehingga rasanya enak. Rasa, baru masukkan garam dan gula. Jangan masukkan garam dahulu sebab anda
mengunakan tauco.
3 Cara menghidang - Ambil sedikit mee letakkan didalam mangkuk. Letakkan taugeh, dan curahkan kuah diatasnya. Hiaskan hirisan daun salad di atasnya,Sebutir telur rebus, tauhu,lada hijau dan merah, bawang goreng dan renjiskan sedikit kicap. Enak dihidangkan panas-panas.

2 comments:
Udang geragaunye masukkan bila?
taruk last kan?
Post a Comment