Tuesday, April 8, 2008

Kuih Tepung Pelita

KUIH TEPONG PELITA

Bahan Bahannya

Air Gula Halus 60 hingga 70g

UNTUK LAPISAN BAWAH

Tepong Beras 50g
Tepong Biasa 20g
Air Daun Pandan 500ml,dari 10 helai daun pandan yang diserap dengan air suam
1/2 biji limau nipis di perah dengan 1/2 sudu air
Perwarna Hijau 4 titik

UNTUK LAPISAN ATAS

Tepong Beras 20g
Tepong Biasa 7g
Santan Kelapa 250ml,dari 200g santan kelapa dicampurkan dengan sedikit air
1/2 biji limau nipis di perah dengan 1/2 sudu air
Garam
1/4 sudu air
Daun pisang 7-8, dipotong 7x10cm helai dihias 4 persegi dan diikat dengan lidi

CARA CARA MEMBUATNYA

Letakkan 2 sudu air gula halus didalam cetak daun pisang yang dibuatnya dan susunkan acuan daun daun pisang itu kedalam tempat kukus.Untuk lapisan bawah, campurkan tepung beras,tepung biasa,air daun pandan,air limau nipis,dan perwarna hijau kedalam mangkuk dan kacau. Selepas itu, masukan bahan bahan itu kedalam loyang untuk dikukus hingga adunan menjadi pekat. Dan masukkan adunan itu kedalam acuan daun pisang 3/4 penuh,kukus hingga masak.

Untuk lapisan atas,semua bahan bahan lapisan atas hendaklah dicampur dan dikacau hingga sebati. Selepas itu, dikukus hingga menjadi tebal dan pelan pelan tuangkannya kedalam acuan daun pisang tadi dan kukus selama 10 min. Selepas masak, sejukkannya sebelum dihidangkan.

MASA UNTUK SEDIAKAN BARANG BARANG SELAMA 35 MINMASA UNTUK MEMASAK MENGAMBIL 40 MIN KEISTEMEWAAN KUIH INI ADALAH CAMPURAN BAU DAUN PANDAN DAN DAUN PISANG YANG MEMBUAT BAUNYA NAIK HINGGA TAK TERKATA.

No comments: