HATI AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan-bahannya
250 gram hati ayam, dibersihkan dan toskan
1 inci halia, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 biji bawang besar, dihiris
3 sudu makan rempah kari daging
1 cawan air
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan pula bawang besar dan gaul rata.
2. Kemudian masukkan rempah kari daging gaul rata dan masukkan air.
3. Kemudian masukkan hati ayam dan biarkan sehingga kuahnya meresap dan kering. Sekiranya hati ayam belum masak boleh tambahkan airnya dan kemudian masak sehingga ia kering.
4. Jika hendak campurkan hempedal ayam, masak hempedal sehingga 3/4 masak baru masukkan hati ayam. Dan tambah air jika kuahnya kering sehingga hempedal dan juga hati ayam masak dan kuahnya kering. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih

No comments:
Post a Comment