Tuesday, April 8, 2008

Daging Goreng Purba Cheef

I got this from Cheeff nya website.. kenapa nama resepi ni ada word purba... i myself dont know ... must ask the owner of the resepi

DAGING GORENG PURBA CHEEFF

BAHAN BAHANNYA

2KG DAGING KAMBING ATAU LEMBU(YANG DIREBUS EMPUK)
3 CAWAN SANTAN (YANG DIPERAH)
3 SUDU MINYAK SAPI
1/2 SUDU GARAM
1/2 SUDU PERASA
1 SUDU GULA
A)
1 SUDU KETUMBAR
1 SUDU JINTAN MANIS
1 SUDU JINTAN HALUS
1/2 SUDU LADA HITAM
4 BIJI BUAH PELAGA
3 KUNTUM BUNGA CENGKEH
1 BUNGA LAWANG
1 BATANG KAYU MANIS
1/2 BIJI BUAH PALA

B)
15 BIJI LADA KERING

C)
7 BIJI BAWANG MERAH
4 BIJI BAWANG PUTIH
1 BATANG SERAI (YANG DIHIRIS)
1 BIJI HALIA
1 BIJI LANGKUAS

CARA CARA MEMASAKNYA

Panaskan minyak sapi kedalam kuali yang panas. Pertama tumiskan bahan bahan A kedalam kuali panas dan tunggu hingga bahanya kuning, barulah angkat. Selepas itu masukkan pula bahan B dan tunggu hingga garing barulah angkat. Dan yang terakhir masukkan bahan C pula dan sedang sedang garing dan angkat semua bahan bahan itu.

Selepas itu kisarkan semua bahan bahan yang digoreng tadi. Masukkan kedalam kuali yang panas beserta santan dan biarkan ia mendidih panas. Masukkan daging, garam gula. Balik balikkan dan biarkkan ia selama 20 minit diatas dapur.

Untuk dihidangkannya, maka taburkanlah bawang goreng beserta daun bawang yang dihiris supaya kelihatan menarik unutk disantap.

No comments: