CHEE CHEONG FUN
Sumber: Cranko21
Bahan A
250gm tepung beras
30gm tepung jagung
3 cwn air rebusan udang
2 sdm minyak masak
Bahan B
150gm udang kering – tumbuk atau mesin kering - halus
100 gm udang hidup - optional
hirisan daun bawang
1 batang - lada merah di potong kecil2 (nipis2 & halus2)
garam secukup rasa
Bahan C – Taburan semasa menghidang
Biji bijan yg dah di sanggar/di bakar
Sweetened soy sos
Sedikit minyak bijan
Sedikit sos cili / sambal
Hirisan lada merah
Hirisan daun bawang
bawang goreng (optional)
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan2 A dlm blender dan mesin halus. Tapiskan.
2. Campurkan Bahan B dan kacau rata.
3. Panaskan loyang 4 segi yg dah di oles sedikit minyak (kalau takde buat pakai tudung periuk cam buat laksam tu pun boleh laaaa) dlm kukusan sebentar dan tuangkan 1 - 2 senduk bancuhan tadi, ratakan dan dan kukus selama 2 – 3 minit. 4. Bila dah masak gulung dan angkat. (ada org alas sehelai kain putih yg bersih dlm loyang tu tuk memudahkan mengulung)
5. Potong kecil2 dan taburkan bahan2 C. Sedap di makan panas.
No comments:
Post a Comment