Lauk di ida dpt dari mana ida lupa,... resepi asal nya gunakan telur
itik... oleh kerana ida tak makan telur itik.,.. so substitute to telur
ayam
Lemak Telur Cili Padi
Bahan-bahannya:-
6 biji telur ayam
10 biji belimbing buluh, cuci dan belah 2
3 biji limau kasturi
1 biji kelapa parut
2 batang serai, dititik
Sedikit gula
Bahan ditumbuk lumat:-
35 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
1 camca teh garam kasar
Cara membuatnya:-
1- Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah utk mendapatkan pati santan. Kemudian masukkan 500ml air dan ramas. Perah utk santan no.2 (santan cair).
2- Dalam periuk, masukkan bahan ditumbuk halus, serai dan santan cair. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kecilkan api dan pecah kan telur satu persatu dalam periuk, seelok2nya dibahagian2 lain dalam periuk utk satu biji telur. Masak dgn api perlahan hingga telur mengeras sedikit dan tidak mudah hancur.
3- Masukkan belimbing dan sedikit gula. Bila mendidih, masukkan santan pekat dan perah kan jus limau kasturi tadi, kacau perlahan dan rasa garamnya. Jika kurang tambah sedikit lagi. Biar mendidih utk 1 - 2 minit dan matikan api.
No comments:
Post a Comment