Monday, March 31, 2008

Bubur Ashura


BUBUR ASYURA

Bahan-bahannya
1 tin susu beras, dicuci bersih
1 liter santan
1 cawan kacang hijau (yang telah dibuang kulit)
1 cawan kacang dhal
1 cawan kacang tanah
1 cawan kacang lepat
1 cawan kacang gajus
1 tin kacang kuda
1 tin kacang parang
3 biji kentang, didadu
1 batang lobak, didadu
1 cawan daging cincang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
4 tangkai bunga cengkih
Sedikit bunga lawang
Air secukupnya untuk merebus beras dan kekacang
Secukup hirisan telur yang telah didadar, untuk hiasan
Secukup daun sup
Secukup bawang goreng
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak/ minyak sapi untuk menumis

Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
4 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk jintan
2 sudu teh serbuk lada putih
½ cawan udang kering, direndam dan dibersihkan


Cara-caranya
1. Kacang dhal, kacang hijau (tidak berkulit), kacang tanah dan beras yang telah dibersihkan dimasukkan kedalam periuk besar dan direbus bersama air sehingga ia kembang selama 1 jam. Air mestilah banyak dan cukup untuk mengembangkan kekacang dan juga beras.
2. Masukkan kacang gajus, kacang lepat dan rebus lagi sehingga empuk.
3. Masukkan pula kentang dan lobak yang telah dipotong dadu dan masak sehingga ia empuk.
4. Tumis Darat: Menggunakan kuali yang berasingan, panaskan secukupnya minyak sapi/ minyak dan masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan juga bunga lawang. Tumis bahan yang telah dikisar sheingga naik bau. Masukkan daging cincang dan masak sehingga ia bertukar warna. Masukkan juga garam dan juga serbuk perasa. Angkat dan ketepikan.
5. Didalam periuk yang berisi bubur tadi , masukkan santan. Biarkan ia mendidih sekejap. Masukkan pula kacang kuda dan kacang parang dalam tin (kacang in tidak perlu direbus terlebih dahulu kerana telah pun empuk jadi masukkan pada waktu terakhir). Gaul rata bubur tersebut dan masukkan pula rempah yang telah ditumis secara darat tadi. Gaul rata dan rasakan garamnya, tambah jika perlu.
6. Masukkan secukupnya hirisan daun sup dan bawang goreng. Gaul rata bubur tersebut dan siap untuk dihidang. Hidangkan bubur ini sewaktu ia panas dan hiaskan bersama hirisan daun sup, bawang goreng dan juga hirisan telur yang telah didadar.
_________________
BUBUR ASYURA (2)

1 kg beras-dicuci dan rendam
1/2 kg daging lembu dipotong kecil kecil
5 sudu makan rempah kari daging


Bahan Kisar
2 sudu makan halia
1 sudu makan bawang putih
5 biji bawang besar

Bahan Yg di patah patah
1 cawan daun pudina
1 cawan daun ketumbar

5 cawan santan dari 2 biji kelapa parut putih

300gm campuran 7 kekacang
(seperti 2 jenis kacang dhal, kacang kuda, kacang parang,kacang merah,kacang soya,kacang hijau. Kacang ini hendak lah direndam 1 malam)

2 litre air
2 batang serai dititik

hirisan daun sop & bawang untuk hiasan
bawang goreng
garam secukup rasa
hirisan lada merah
hirisan telur dadar

Panaskan minyak dalam periuk yang agak besar, dan tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.

Masukkan serai & rempah dan daging. Kacau rata.

Campurkan daun pudina & ketumbar dan masak sehingga naik aroma nya.

Masukkan air dua litre, beras dan kekacang.

Masak sehingga beras hancur menjadi bubur. Kalau terlalu pekat tambah kan air lagi.

Masukkan santan & garam. Biarkan sehingga mendidih sebentar.

Semasa menghidang, taburkan bawang goreng dan hirisan daun sop & bawang.



No comments: